LIMA CERITA MENARIK DI AMERIKA UNTUK RAKYAT MALAYSIA

on Saturday, January 31

SEDANG MAKAN "BURASAK" YANG DIBEKAL DARI MALAYSIA KETIKA TRANSIT DI AIRPORT LONDON, DI HADAPAN BILIK SOLAT MUTLI FAITH PRAYER ROOM*
Kehidupan di Amerika Syarikat, kita sering disajikan dengan kehebatan negara kuasa besar ini di dada akhbar dan di kaca TV.

Sejak saya menjejakkan kaki di negara ini, saya melalui pelbagai pengalaman baharu yang mencuit hati, saya fikir elok dikongsikan bersama dengan pembaca blog saya khususnya di negara Malaysia.

1. Security System di pintu masuk negara
Semasa transit di London, saya mengalami pengalaman melalui pemeriksaan keselamatan yang sangat teliti di kaunter Imigresen. Segala barangan dalam beg saya dikeluarkan seperti colgate, ubatan-ubatan dan makanan diperiksa satu persatu menggunakan mesin pengimbas biasa dan mesin pengimbas kedua.

Minuman seperti air mineral dan minuman kotak Dutchlady yang diberi semasa di dalam kapal MAS diambil, diperiksa dan melalui special scan di mesin pengimbas kedua yang lebih kecil.

Semasa di Amerika Syarikat, jabatan kastam dan keselamatan mereka menunjukkan profesionalisme kerja yang tinggi. Ketika mereka memeriksa borang perisytiharan kastam yang diisi semasa di dalam kapal terbang, mereka menyoal apa yang kita tandakan dan mereka memeriksa barang makanan mentah satu persatu. Jika kita bercakap benar, maka urusan menjadi sangat mudah.

Pengalaman saya di beberapa buah negara yang pernah saya lawati, saya mendapati pemeriksaan di pintu masuk negara kita perlu dipertingkatkan lagi.

2. Homeless (Warga Tanpa Rumah)
Di negara kita, amat sukar untuk melihat rakyat Malaysia tidur bergelimpangan di tepi-tepi kedai dan di lorong-lorong. Sebabnya mudah, kerana kita mempunyai Kerajaan yang prihatin dengan memberikan bantuan tempat tinggal di rumah-rumah Kebajikan Masyarakat ataupun di rumah-rumah NGO yang menyediakan perkhidmatan tersebut dengan bantuan kerajaan, juga private sector melalui program social responsibility mereka.

Amerika Syarikat jelas mengamalkan sistem kapitalis, jika anda rajin berusaha, bijak berusaha anda boleh berjaya. Kebankrapan anda, kemiskinan anda, kesusahan hidup anda di sini perlu anda tanggungi sendiri tanpa mengharapkan bantuan pihak Kerajaan. Kelihatannya fungsi kerajaan di sini lebih kepada fasilitator (mempermudahkan urusan).

3. Harga Minyak
Di Amerika Syarikat, stesen minyak mempunyai kuasa sendiri untuk meletakkan harga minyak di stesen-stesen mereka. Kerana itu harga satu gallon RON95 ada yang mencecah USD2.26 (RM8.21) satu gallon malah ada juga mencecah USD2.30 (RM8.36) satu gallon. Maka, anda boleh menilai sendiri hal ini dengan apa yang dimomokkan oleh Rafizi khasnya seperti ini .

4. Halal Food
Makanan halal yang menjadi kebanggaan kita di Malaysia, sayangnya tidak dikembangkan di sini. Kebanyakan makanan halal di sini diusahakan oleh komuniti Arab dan India Muslim itupun dalam jumlah yang sangat kecil dan tidak banyak pilihan. Saya percaya, jika syarikat-syarikat makanan di negara kita mengembangkan makanan halal ke Amerika Syarikat, saya percaya keuntungan akan berlipat ganda.

5. Patriotisme
Saya kebetulan bertemu dengan beberapa warga Indonesia keturunan Cina. Satu perkara yang sangat membanggakan ialah, walaupun mereka berada di Amerika Syarikat dan mereka keturunan Cina, tetapi perbualan mereka menggunakan bahasa nasional iaitu bahasa Indonesia (kita sebutkan sebagai bahasa Melayu) dengan penuh rasa bangga. Bagaimanakah patriotisme rakyat kita di luar negara?

Bersambung akan datang...

Penns, USA.
5.30 pagi waktu tempatan.

*Multi-Faith Prayer Room - berkongsi tempat sembahyang seperti penganut agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Jews dan sebagainya.





0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan