PENGKRITIK NAJIB TIDAK MENYAKINKAN

on Monday, January 19

LAPORAN SEBUAH BERITA UTAMA DI TV
DS Anwar Ibrahim kelihatan mula masuk campur dalam isu yang dibangkitkan oleh Tun Daim Zainuddin baru-baru ini. Adakah Anwar memberi signal rekonsiliasi siri 2015? 

Nampaknya, Ketua Pemuda kelihatan menjauhkan diri dalam percaturan politik yang terkini. Beliau kurang menunjukkan keprihatinan perkembangan politik semasa, begitu juga dalam isu banjir besar pun beliau bersikap agak pasif. Adakah itu play save?

Apa pun, saya faham orang-orang politik mempunyai sebab untuk berdiam diri dalam banyak isu dan mereka juga mempunyai sebab tersendiri untuk tiba-tiba menjadi hero walaupun bukan dalam bidang kuasa mereka. 

Ada pihak mahu melihat supaya perdebatan 1MDB ini menjadi lebih besar dengan harapan DS Najib mengalah dengan tekanan yang diberikan kepadanya. Sebenarnya inilah  kesilapan besar mereka, iaitu tidak mensasarkan kritikan utama mereka kepada orang yang betul. Mereka menembak orang yang salah!

Dalam kita mengukuhkan nation building, rakyat tidak boleh dilibatkan dengan persaingan peribadi, persaingan politik dan khususnya persaingan perniagaan kerana kesannya akan merugikan kedua-dua pihak. Kesannya, rakyat menjadi fed up dan mereka boleh mengubah sokongan sekelip mata dalam PRU14 nanti kerana mereka mahukan kestabilan berterusan, masa hadapan yang meyakinkan dan kesejahteraan yang berkekalan.

Nampaknya di sini pun terdapat 18 soalan:-

1. Jika Pak Lah ditolak kononnya flip flop dan sebagainya, kini DS Najib pula dituduh perkara yang sama, maka namakanlah siapakah pengganti DS Najib itu? Sebutkanlah kerana rakyat mahu tahu siapakah dia? 

2. Jika Anwar dibebaskan dalam keputusan rayuannya tidak berapa lama lagi, adakah Anwar akan menjadi Perdana Menteri selepas PRU14, itukah kemahuan anda?

3. Dalam artikel saya yang lepas, wakil rakyat UMNO sendiri 
mahukan Anwar menyertai semula kerajaan. Adakah mustahil Anwar menyertai semula kerajaan jika masih lagi wujud simpatisma Anwar dalam kerajaan dan parti UMNO sendiri.


4. Soalan umum, adakah negara kita dalam kucar-kacir, porak-peranda dan kacau-bilau sekarang?

5. Berterus-teranglah kepada rakyat, anda marah kepada DS Najib atau marah kepada orang-orang di sekeliling DS Najib? Kerana itu saya nyatakan janganlah memarahi orang yang salah, marahilah orang yang betul?

6. BR1M memang merugikan kata orang yang ada banyak wang! Betul atau tidak? Semasa saya ke pasar tani pagi tadi, dua orang rakyat biasa sangat bersyukur dan berterimakasih kepada DS Najib kerana dengan BR1M dan bantuan RM100 kepada anak sekolah, mereka boleh membeli pelbagai keperluan untuk keluarga mereka. Orang Utan di Sepilok akan pengsan kalau ada bisnesman pun turut berbaris menerima BR1M !

7. Dengan segala momokan ke atas ekonomi negara kita, saya hanya terbayang keadaan negara kita sepatutnya sudah collapse, rakyat huru-hara, ramai orang terjun bangunan membunuh diri kerana kononnya bursa saham di Malaysia merudum teruk berbanding negara Pakistan. Ironinya, ia agak pelik bilamana semakin ramai rakyat Malaysia makan dan minum di luar rumah, sebaliknya semakin ramai pekerja asing Pakistan membanjiri negara kita. Amat kontradiksi sekali di antara laporan dan realiti. 

8. Adakah Pilihanraya Umum ke-14 perlu disegerakan untuk memuaskan hati semua pihak? Atau untuk memberi peluang kepada parti pemerintah memperolehi 2/3 majoriti? 

9. Pengkritik DS Najib kurang meyakinkan, kerana mereka tidak berjaya membuktikan kepada rakyat Malaysia salahsatu cabang pelaburan kerajaan yang dihentam terok iaitu 1MDB itu benar-benar akan membuatkan rakyat jatuh miskin, bankrap dan hidup menderita. Jika mereka boleh membuktikan pelaburan 1MDB itu benar-benar mengalami kerugian total kepada rakyat, maka sudah pasti rakyat akan bersama mereka. Malangnya, 1MDB masih boleh menunaikan tanggungjawab sosial mereka membantu mangsa banjir, menunaikan haji, memberikan biasiswa kepada semua kaum dan sebagainya. Sebab itulah kritikan ke atas 1MDB tidak menggegarkan Kerajaan dan DS Najib.

10. Apa yang ditonton oleh rakyat hanyalah perebutan, persaingan, ketakutan, kerisauan, permainan, kerugian, keuntungan, ringgit, wang Amerika, saham, musuh, tuduhan, menjatuhkan, menekan, visualisasi, hipotesis, kebencian, melulu, melalak, berbanding rakyat tidak melihat kesyukuran, terimakasih, ketenangan, kesabaran, kenegaraan, masa hadapan, kehebatan, kehormatan dan kecantikan. Di manakah semua itu menghilang secara tiba-tiba?

11. Adakah ekonomi Malaysia akan bertambah baik jika melantik Tony Pua ataupun Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi yang baharu? Atau adakah ranking kebebasan akhbar di Malaysia akan bertambah baik jika melantik Nurul Izah atau Tian Chua sebagai Menteri Penerangan yang baharu? Yang pasti, Anwar akan lebih rela menjadi pensyarah di University Washington berbanding jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua. Politik matang, politik dendam dan politik bentuk baharu (new politic), anda pilih yang mana?

12. Adakah anda percaya Anwar akan menyerahkan bukti kepada SPRM? Masalah Anwar sekarang ialah integritisasi, rakyat bukan mahu mendengar ugutan, silakan bawa bukti itu segera kepada SPRM jika ada. Seseorang berkata kepada saya, kenapa baru sekarang, kenapa tidak 17 tahun dahulu?

13. Siapakah di TV popular sekarang? Siapakah di dalam konglomerat media perdana sekarang? Saya sangat yakin wartawan negara lebih dahulu makan garam dalam persoalan ini. Hanya dalam tempoh tidak sampai 20 tahun, dunia media di Malaysia sudah terbalik 360 darjah kepada si sang gelojoh.

14. Sebab itulah saya katakan sebelum ini, Kerajaan tidak statik. Sebaliknya pengkritik Najib kelihatan statik. Jika wang disimpan bawah bantal wang itu statik dan merugikan. Pengkritik Najib membuat silap besar kerana menyerang orang yang salah. Seranglah orang yang betul. Masalahnya anda tahu atau tidak orang yang betul itu?

15. Di manakah saudara A. Nazri Abdullah sekarang? 

16. Adakah UMNO Selangor akan menerima Tan Sri Khalid Ibrahim? 

17. Najib adalah Jokowi Malaysia, adakah anda bersetuju?

18. Untuk menjatuhkan DS Najib, seseorang perlu mengumpulkan 100 pengkritik yang berkualiti kerana kelihatannya majoriti rakyat tidak terpengaruh dengan kritikan angka 18. 

Barangkali Allah SWT memuliharanya. Wallahua'lam.

Selamat menjawab.
KLIA.




11 Komen:

Anonymous said...

banyaknya soalan. berulang ulang pun ada.

1. jika pemimpin dilihat gagal. turunlah. bagi kat orang lain. dolah badawi sekurang kurangnya tahu dia gagal. dia berundur. dalam UMNO dah takde pemimpin pelapis ke? Muhyidin tak layak ke? 3 naib presiden? semua tak layak ke?

2. kenapa mengkritik najib = menyokong anwar? jangan singkat sangat brader. dolah badawi dikritik dan berundur. bukan anwar yang ganti. najib.

3. tidak mustahil anwar join UMNO. everything is possible.

4. siapa kata huru hara? tidak diurus tadbir dengan baik. takkan nak tunggu rusuhan dengan perang saudara dulu kot?

5. analogi. kalau lembu makan sayur dalam kebun kita. marahkan tuan lembu.

6. BR1M tidak menguntungkan dalam jangkamasa panjang. BR1M ni populis. negara eropah dan us yang banyak buat welfare policies pun dah banyak dikomplen oleh rakyat mereka sendiri. mampu kah kita mempertahankan BR1M? berapa lama? kalau kita kata orang yang komplen pasal BR1M ni sebab dia kaya, ada banyak salahnya. pertama. aku sendiri belum masuk kategori kaya raya. kedua. kenapa orang kaya itu kaya? kecuali yang lahir anak orang kaya, semua orang kaya adalah orang yang bekerja keras. cuba baca cerita syed mokhtar, boon siew. semua orang ada 24 jam sehari. kenapa orang kaya boleh buat duit lebih dari orang tak kaya? bukan nak kata orang miskin pemalas. ada banyak sebab kenapa seseorang tu kaya atau tak kaya. nak diskus pasal wealth/economic disparity, panjang dan mungkin boleh melukakan hati orang dan membuat discussion panas. kau mesti ada kawan kawan yang kaya dan yang tak kaya. cuba kau sembang dengan diorang. sebahagian jawapan pada persoalan ni akan terjawab kat situ. balik pada BR1M. bak kata pepatah cina. kalau kita bagi seseorang itu seekor ikan. dia akan kenyang untuk hari itu. jika kita mengajar seseorang itu menangkap ikan. dia akan kenyang seumur hidupnya. kita nak bagi ikan ke nak ajar cara menangkap ikan.

7. ekonomi negara memang dalam tekanan bro. kalau kau rasa takde apa apa. memang kau jenis burung unta yang tanam kepala dalam pasir. kalau kau ada kawan kat MOF atau bank negara, cuba tanya diorang. dah susah hati. yang bagusnya, itu tanda MOF sedar ekonomi kita terancam dan mereka mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah. kalau kau jadi pegawai kanan MOF. dengan sikap macam ni. kelaut la Malaysia.

8. kenapa nak dicepatkan PRU14? siapa punya idea? apa perlu 2/3? bukan nak ubah perlembagaan pun. as long as ada strong majority, cukuplah. dalam keadaan negara tak berapa nak ada duit ni. kenapa nak buat PRU. berapa besar kos nya. nak cover pasca banjir lagi. BR1M lagi. matawang jatuh. minyak jatuh. nak mati?

9. menunaikan tanggungjawab banjir bukan tanda kekukuhan kewangan. kalau 1MDB perform. baguslah. tapi setakat ni. belum ada laporan 1MDB perform. ada 1 report nak paper crack kata duit labur kat cayman island dah dapat balik. itu je lah. kalau aku tanya apa fungsi 1MDB boleh cerita tak bro? apa tujuan 1MDB ditubuhkan? ada 5 tahun 1MDB ditubuhkan. apa hasilnya? boleh tunjuk?

10. kenapa merah? siapa yang overreact? point 10 ni sama je dengan 7 sebenarnya.

11. siapa percaya kat tony pua? raspussy? lagi tak guna.

12. orang dah tak percaya anwar. sekali cakap 10 kali bohong.

13. siapa kontrol media arus perdana? bukan tun mahathir. bukan tun daim. kenapa dimusuhi diorang ni? kalau aku nak pedantic kan bro. kalau kau pusing 360 darjah. kau mengadap ke mana?

14. ini lebih kurang 5. siapa yang lantik punahsihat najib? siapa yang bertanggungjawab? yang pasti bukan mak tiri nenek aku. jangan pukul lembu. marahkan tuan lembu. worse. jangan berhujah level lembu.

15. aku kritik kepimpinan najib bukan sebab nazri abdullah.

16. tidak mustahil. aku tak nampak khalid ibrahim ada excess baggage. apa salahnya kalau UMNO selangor rasa boleh membantu.

17. ha. ha. ha. agak agak la nak membodek pun.

18. ini pun ayat up sendiri. macam 17. tak payah jawablah kot.

Anonymous said...

panjang sangat ...
kena sambung ..
perlu approval ke? he. he. he.

all in all. yang overreact adalah so called penyokong najib. kenapa overreact? adakah mengkritik najib bermakna menyokong DAP? come on. terlalu singkat pemikiran tu. honestly, kalau ada parti yang boleh diharap, orang tak undi UMNO ni. tapi nak harapkan PAS? PKR? haram. DAP? itu parti komunis. sekarang ni, masih lagi level, UMNO ni teruk tapi pilihan bukan ada. tapi jangan sampai, UMNO ni dah teruk sangat, pergi mati lah.

apa yang jelas, najib gagal. ekonomi malaysia dibawah tekanan, walaupun banyak perkara macam harga minyak, diluar kawalan malaysia. harga minyak turun, kita mungkin happy. tapi harus diingat, 45% - 50% cukai pendapatan malaysia dibayar oleh petronas. itu belum yang petronas bayar extra. kalau kita dok seronok rasa ekonomi tak terjejas dengan kejatuhan harga minyak. memang korang spesis burung unta. jenis kambus kepala dalam pasir. diulang, MOF pun dah terasa bahang. tapi rakyat kena console dan remedy kena sediakan. macam point 7 kat atas. memang bagus bila orang MOF cakap, MOF terasa bahang. tandanya diorang tak tidur.

kalau najib rasa tak boleh handle, turun je lah. bagi lah orang lain ganti. bagi muhyidin pulak ke. ada jaminan ke muhyidin lebih baik? takde. tapi macam dah takde harapan najib ni. apa yang berlaku sekarang, pr exercise. naik lrt lah. itu populis je. tak membantu.

kalau najib rasa boleh handle. stay. tapi kena tunjuk boleh handle. tackle isu kritikal. bukan sibuk tunjuk gambar tengok orang main ice skating kat IOI mall. baca macamana tun mahathir handle krisis ekonomi 1998 tulisan nor ahmad yakcop. masa tu puaka anwar dok melalak dan menyusahkan negara kat atas jalan dengan juak juak dia. dan masa tu, ramai 'pakar' politik yang melalak dalam web ni, masih berhingus atau kencing bercabang lagi.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terima kasih kerana memberi komen dan jawapan. Saya tidak boleh menolak jawapan dan komentar anda, ianya sesuatu yang perlu dihormati dan difikirkan. Sama ada saya diberi gelar penyokong Najib dan sebagainya itu perkara kedua, kerana bagi saya secara ringkasnya sistem demokrasi telah melantik Tun Dr Mahathir, Pak Lah dan DS Najib sebagai PM, maka kita mesti mempertahan mereka semua seagai PM yang telah dipilih dalam sistem yang kita amalkan itu. Saya memberi sokongan kepada semua PM yang telah dipilih oleh rakyat Malaysia melalui sistem demokrasi. Jika anda melihat PM yang ada sekarang failed, biarkan rakyat menghukumkan semasa PRU14 nanti, bukannya sesuka hati menyokong kemudian tidak menyokong kerana sesuatu isu yang hanya melibatkan sesetengah pihak. Saya tidak setuju dengan cara seperti ini, janganlah mendidik generasi muda dgn cara ini. Jagalah kerajaan yang telah dipilih dan dibentuk melalui sistem pilihanraya. Itulah secara ringkasnya.

Anonymous said...

Sy juga melihat kritikan mereka ke atas Najib mempunyai motif peribadi, bukannya kerana isu rakyat, lebih kpd tak dpt itu takdpt ini? mahu banyak dan mahu lebih, tidak petnah betsyukur, tiba2 saja menentang selrpas menghirup nikmat ke sana ke mari, mendapat itu dan ini, sebab itu rakyat tsk berapa peduli kesah... kesian mereka ...

Generasi Pejuang Bangsa said...

ada maksud tersirat artikel ini ...adakah sdr sedang cuba beri hint untuk kami fikirkan ..

Anonymous said...

tidak dinafikan. ada orang mengkritik kerana ada kepentingan peribadi. tapi ramai, seperti tun mahathir, tun daim, ku li, yang mengkritik kerana mereka sayangkan UMNO. aku mengkritik kerana nasib orang melayu. walaupun sakit hati tengok UMNO tapi risiko lebih besar mungkin berlaku kalau BN kalah. kenapa najib tak boleh dikritik? dolah dikritik. najib mendapat manfaat dari kritikan tun m keatas dolah. kalau tak. najib mungkin dah belayar. dolah dah susun pengganti najib. antara key player adalah menantu zumba dia. adakah najib terlalu besar sampai nak perjudikan UMNO untuk najib? sikap biar rakyat menentukan pada PRU ni bahaya bro. jangan dicabar pengundi. dolah mula mula menang 2004, bukan setakat 2/3, dekat 90%. tapi sebab sikap, "biar rakyat tentukan masa PRU", tak sampai 2/3 jadinya pada 2008. harus diingat, najib menang tak sampai 2/3. kalau guna sikap yang sama. tak mustahil BN tumbang PRU14.

Anonymous said...

There are 3 groups of people who criticised najib

1. Elderly statesmen, retired judges and senior govt officers, reasonable minded rakyat, caring malay and muslim ngos and the concerned masses. Criticisms to put the country back on right track albeit ideas and actions.

Why......the love for malaysia as sovereign state, enhancing islam without infringing other religions and strengthening our malays vis-a-vis other races without depriving the rights of other races....all under the purview of the federal constitution

2. Ex umno leaders captained by dsai and his followers.

Why......to secure the PM's seat.

3. DAP, PAS and others who wish to end BN regime.....irrespective of who leads the country.

Why.......ubah for the sake of ubah

The 1st to 4th PMs have put the nation strong on the world map only to be weakened by paklah as 5th PM. Thinking that najib could correct the position, all of us were taken for a ride as najib's priorities is to receive heaps of praises for human rights from international comunities regardless whether the rakyat like it or not.
In other words, the 6th PM is going to bring us to the dogs.

The sbove article suggested that the critcisms were wrongly adressed. I said criticisms were and are correctly addressed because najib is PM. To say PM's advisors are idiots....YES ISTHE ANSWER.....TQ

Anonymous said...

Satu soalan besar yg perlu di fikirkan dan di jawab oleh team pro TM dan Daim, ialah.Apakah agaknya keputusan PRU ke 13 lalu jika Tun Mahahtir yg jadi PM dan Daim sebagai Menteri Kewangan ?.BN menang besar?.BN menang tipis,atau BN kalah teruk?.Jawapan saya berdasarkan pengalaman PRU 1999 ialah BN kalah teruk.Jawapan orang lain saya tak tahu.

Anonymous said...

PRU 1999 BN 'kalah teruk' tapi masih dapat 2/3. PRU 2004 sebahagian besar adalah hasil usaha team Tun M dan Tun D dan feel good factor PM baru. PRU 2008 baru lah betul betul usaha Pak Lah.

lepas depa ni berhenti. apa macam performance BN? ada baik ka? PRU 2008 dan 2013 BN menang besaq ka? beghapa besaq? ada besaq teluq kerbau?

heh. heh. heh. salah soalan beb.

Anonymous said...

Terbaik!!!! Terutama yang 'jangan berhujah macam lembu'. Hahahha..

Anonymous said...

Betul2.. Teruk2 pun x penah bawah 2/3. Soalan tak sedar diri...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan