BUGIS SABAH MENJELANG PRU14 : KE MANA HALA TUJU ANDA?

on Thursday, February 5

Satu-Satunya Wakil Masyarakat Bugis Sabah
Dalam DUN Sabah
Masyarakat Bugis di Sabah tidak sepatutnya berasa selesa dengan kemajuan mereka dalam bidang perniagaan, pendidikan dan pekerjaan. Sebaliknya masyarakat Bugis Sabah hendaklah sedar bahawa masa hadapan mereka akan lebih berjaya sekiranya mempunyai wakil-wakil yang berkualiti di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan juga dalam Parlimen (sama ada dalam Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara).

Satu orang wakil dalm DUN Sabah (khususnya di DUN Pulau Sebatik) sebenarnya tidak mencukupi jika hendak dibandingkan dengan jumlah masyarakat Bugis Sabah sebesar 250,000 orang (Rujuk Laporan RCI Sabah). Yakni populasi Bumiputera Islam yang kedua terbesar di Sabah selepas masyarakat Bajau.

Saya percaya jumlah yang sebenar lebih besar kerana terdapat di kalangan Bugis Sabah tercatat sebagai Melayu dan sebagainya selepas melalui proses asimilasi seperti perkahwinan campur dan sebagainya.

Masyarakat Bugis di Sabah hendaklah tidak lupa bahawa sebelum UMNO, mereka memiliki dua wakil dalam DUN melalui allahyarham Datuk Salim Bacho (Kunak) dan allahyarham Datuk Hj Said Senang (Merotai).

Kemunculan PAS sebagai parti alternatif kepada UMNO oleh masyarakat terpelajar Bugis di Sabah seharusnya diambilkira oleh kepimpinan UMNO Sabah bahawa, meminggirkan masyarakat Bugis dalam arena politik boleh memberi kesan yang buruk kepada UMNO dan BN.

Ini kerana isu baharu telah muncul, di mana keputusan PRU13 baru-baru ini menunjukkan majoriti bijak pandai Bugis Sabah telah membuat penilaian sendiri. Generasi lama masih memberikan sokongan kepada UMNO tetapi generasi baharu nampaknya mempunyai pilihan yang berbeza.

Semasa PRU13, parti PAS di parlimen Kalabakan, DUN Merotai dan Tg.Batu telah menunjukkan jumlah undi yang sangat besar. Sekiranya PAS meletakkan calon-calon Bugis yang lebih berwibawa, saya khuatir UMNO akan menghadapi saingan yang perit.

Generasi baharu Bugis Sabah menghantar emel kepada saya persoalan-persoalan berikut;-

(1). Jika parti lain seperti PAS mencalonkan Bugis Sabah di parlimen Kalabakan, Merotai dan Tanjung Batu, sebaliknya UMNO/BN mencalonkan orang lain yang tidak majoriti di kawasan tersebut, agaknya ke manakah masyarakat Bugis akan memberi undi mereka?

(2). Jika masyarakat Bugis di Sabah mempunyai 3 atau 4 wakil dalam DUN (satu dari UMNO dan 2 atau 3 daripada PAS), sudah pasti suara masyarakat Bugis dalam Kerajaan Negeri akan lebih kuat untuk memperjuangkan keadilan kepada mereka dalam pelbagai isu yang sudah bertahun-tahun tidak berjaya  diselesaikan oleh Kerajaan Negeri.

Nota : Kerajaan Negeri bermaksud komponen parti pemerintah dan komponen parti pembangkang. Kedua-dua komponen ini memainkan peranan penting membangunkan negeri. Komponen parti pembangkang berfungsi sebagai "check and balance"

Penulis Bersalam Bersama TYT Sabah Semasa Kunjungan Hormat
Konsep 'New Politic' DS Najib
Pada tahun 2013, DS Najib dalam ucapan beliau di Perhimpunan Agung UMNO menyebut konsep 'new politic'.

Apakah yang anda faham konsep 'new politic'?

Pertama, pentadbiran DS Najib telah memberi layanan yang baik kepada ahli-ahli politik PAS dan PKR yang memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan. Mereka diberikan pelbagai peranan baharu seperti bergiat aktif dalam NGO, duta dan politik. 

Contohnya, Datuk Zulkifli Noordin mantan YB PKR kini aktif bersama NGO Perkasa malah diberi peluang menjadi calon UMNO Shah Alam. Datuk Seri Zaharin mantan YB PKR kini menjadi Duta Malaysia di Jakarta. Datuk Nasharudin Mat Isa mantan YB PAS/Timbaan Presiden PAS kini aktif dalam NGO Yayasan Nassar juga memainkan peranan penting dalam organisasi Islam Antarabangsa kepada kerajaan persekutuan. Malah mantan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim menjalin semula hubungan lebih erat dengan Kerajaan Persekutuan.

Itulah dia 'new politic'.

Sejarah UMNO Sabah sejak 1994, tidak pernah memberi lebih kerusi kepada masyarakat Bugis Sabah melainkan hanya satu sahaja, ianya tidak berpadanan dengan jumlah masyarakat Bugis Sabah sebagai Bumiputera Islam kedua terbesar di Sabah (rujuk Laporan RCI Sabah).

Tiga tahun dahulu sebelum PRU13, saya menyatakan bahawa masyarakat Bugis Sabah perlu ada Senator malangnya UMNO Sabah memandang sebelah mata cadangan tersebut. Baca ulang di sini 

Ada pembaca memberi komen dalam artikel saya sebelum ini bahawa lebih baik masyarakat Bugis Sabah bersatu di dalam kategori Melayu. Saya sangat bersetuju akan komentar itu, soalnya Kerajaan Negeri yang diterajui UMNO Sabah sendiri gagal berlaku adil kepada profesional Bugis Sabah yang telah terlatih dalam pentadbiran dan diplomatik. 

Tidak berapa lama dahulu seorang profesional Bugis Sabah telah dilantik memegang jawatan pengarah jabatan persekutuan di negeri Sabah, malangnya sentimen negatif, sikap prejudis dan persepsi negatif menyebabkan beliau dihalang untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat Sabah atas alasan kesukuan. Hal ini sangat tidak adil.

Kita sudah lebih 50 tahun merdeka, kita sepatutnya sudah boleh memiliki kebersamaan dan mempercayai antara satu sama lain. Nampaknya, agensi ketatanegaraan perlu bekerja lebih keras untuk melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu hati, bersama hati dan hormat-menghormati.

Salam dari Group Bugis Bersatu.
Penns, Pennsylavania, 
Amerika Syarikat.
January, 05, 2015.

Nota : Selamat bertugas di tempat baharu kepada Datuk Osman Jamal (Presiden PKBS) , dan selamat bersidang kepada Dato' Samsul Alang (Presiden PBRM). 

Bersambung tajuk 'Palemba'

New Politic  
New Politic

















17 Komen:

Anonymous said...

Kasi jadi.......

Anonymous said...

Sejarah membuktikan bahawa issue yang di gariskan itu adalah betul tetapi pemimpin nya perlu memperlihatkan kesatuan nya semua Persatuan Bugis yg ada harus bersatu padu agar dapat bangkit menyuarakan pandangan dan pendapat yang bernas ..Intelektual Bugis dan Koprat Bugis harus lah duduk semeja berbincang alah tujuh orang orang Bugis untuk mencapai impian nya ....Fikir-fikir lah..

Mandor Malaya said...

Satu perkara yg jelas ialah org Bugis yg kaya raya di Sabah adalah PENAKUT. Mereka punya banyak wang tapi tidak fikir apa yg penulis ini fikirkan. Jika kamu punya wang yg banyak kamu bersatu naikkan valon2 kamu. Kalau UMNO tidak beri tempat, pergi kamu kepada PAS, atau mana-mana parti yg sah, kamu satukan bajet2 kamu, mustahil kamu boleh tewas. Jika kamu ada 4 atau 5 wakil dlm DUN Sabah seperti kata penulis ini, maka suara kamu akan lebih ramai dalam DUN. Muis apa dia boleh buat, mulut dan kakinya diikat oleh Ghapur, lagipun Muis tidak punya pemikiran yg tinggi, dia hanya jadi calon kerana itulah level2 bahagian UMNO Kalabakan, dan kerana hubungan bisnes mereka dengan CM Sabah. Satu Sabah pun tahu akan hal ini. Skrg Bugis sudah byk yg educated, berjawatan tinggi, yg kaya raya...apa tunggu lagi. Idea ini bagus walaupun sy bukan Bugis. Jika kamu menunggu Osman Jamal or Samsul Alang waduh waduh tunggu gunung Kinabalu jadi sawah padi ler ooi...

Anyway terserah kpd kamu juga ler...i komen ajer sebab kesian tengok Bugis Sabah...

Anonymous said...

Yang sebenarnya orang bugis usahawan yg kaya dan mampu di sabah tidaklah begitu ramai. Cuma mereka terserlah di bhgian Tawau sahaja. Itu pun mereka berjaya bukan hasil bantuan mana2 persatuan bugis atau menteri2 yang sedia ada. Apa lagi tidak juga disokong atau didorong ole yb yg ada.Yg jelas yb dan presiden2 bugis yg ada hidup dn mewah sendiri2. Mereka pun saat ini merebut apa2 peluang untuk diri sendiri.

Mereka bukan pemimpin yg sebenar yg sanggup berkorban harta, jiwa dan raga utk memajukan bangsa mereka. Kejayaan usahawan bugis yg ada kerna usaha dikari mereka sendiri. Dan saya melihat bahwa presiden2 persatuan bugis yg ada tidak bijak mengekspoitasi keadaan. Bagi sy yg PENAKUT itu bukan usahawan tapi mereka yg pegang pimpinan persatuan.

Ambil contoh OJ sebagai salah seorang presiden sejak berdekad2 lamanya. Cuba tanya orang2 bugis, apa gerangan pencapaian beliau selaku presiden selama ini yg boleh dibanggakan utk org2 bugis. Jawabnya "nehe", "dek gaga", "tidak ada".

Sayang sekali kerena opotuniti sebgai pgrah tanah sabah tidak dimanfaatkan sebaiknya untuk membantu org2 bugis. Orang Cina bila jadi Pgrah di JKR atau lain2 jabatan bersemangat sekali membantu kaumnya. Tapi OJ ?

Memang orang bugis sabah hidup dalam separa kucar kacir kerna tiada seorang pun dikalangan mereka yg bisa d gelar pemimpin atau punggawa. Jelas sekali Bugis Sabah ketandusan pemimpin yg bijaksana, bervisi dan patriotik.

Anonymous said...

Memartabatkan su a tu bangsa bukan perkara mudah.tidak seperti mengurus bawang, kulit rambut an. Tp kalau bukan di mulai sekarang bila lagi....ewako

Anonymous said...

Kasi kumpul semua orang2 bugis dalam satu daerah, dan di situ boleh pilih 2-3 orang Bugis jadi wakil rakyat untuk wakil Bugis sahaja. Ingat semua kawasan tu orang Bugis saja ka yang ada? YB Muis jadi YB di DUN Sebatik pun bukan sebab dia mewakili orang2 Bugis saja tapi menjadi wakil rakyat utk semua rakyat tempatan di dalam DUN Sebatik tidak kira apa suku kaum. Sama juga ADUN sebelum ini (Arwah YB Said Senang & YB Salim Bacho). Mereka layak menjadi wakil rakyat bukan kerana berbangsa bugis aan mewakili bugis saja. Tapi, mereka memang layak di situ atas pilihan majoriti pengundi di kawasan mereka tanpa megira suku kaum. Sudah-sudahlah dengan perjuangan suku kaum ni. tidak akan ke mana juga. Lagi bikin berpecah melayu Islam shj. Orang Bugis sudah ramai yang berjaya, educated dan berprofil tinggi. Mereka berdikari sendiri tanpa bantuan siapa2 bilangnya. Sebenarnya, semua boleh maju dgn usaha sendiri dan tiada isu mana2 suku kaum dipinggirkan. Terpulanglah dari diri sendiri samada mahu majukan diri atau tidak tanpa mengira suku kaum. Bugis tidak dipinggirkan tetapi mereka sendiri yang ingin mengasingkan diri dan ingin menjarakkan sempadan dengan suku2 kaum lain. Walaupun bugis 250,000 orang tetapi ini pun sudah berpecah2 dan adakah jumlah ini juga boleh menandingi kesatuan suku2 kaum lain yang bersatu atas nama Melayu Islam? Fikir2kanlah..
Saya pun ada darah Bugis juga tapi saya tidak setuju dengan artikel ini. Maaf saudara..

Anonymous said...

Kamu senang sahaja cakap tetapi apa yg berlaku adalah sebaliknya. SETIAP TAHUN anak2 Bugis yg berjaya masuk UITM Sabah dihalau kerana dokumentasi walhal kalau mendaftar di smenanjung boleh pula diterima... itu bukti jelas dianaktirikan, dipaksa org Bugis mengaku Melayu tetapi apabila bersetuju tidak juga diiktiraf oleh Kerajaan negeri sbg Melayu malah dlm borang2 dipaksa tulis bangsa bugis walau kita tulis bangsa melayu... jadi sebenarnya menyuruh org Bugis mengaku Melayi ada MITOS untuk melemahkan dan membodohkan prg Bugis... hanya memerangkap masa depang Bugis Sabah sebab itu sy setuju supaya org Bihis stick kpd perkuangan bangsanya semula sebagaimana org Bajau tak nagaku Melayu org Suluk Tidung dll juga tak ngaku Melayu... hanya ngaku Melayu dibibir mulut sahaja sebenarnya dlm hati busuk dgn prasangka dan irihati... Org Bugis yg berjaya hebat dan berpengalaman dilantik Pengaraj JPN Dulu tidak sampai satu hari dihalau dan ini menjatuhkan maruah bangsa kami... jadi apa makna komen kamu, tidak ada erti... lain dibibir lain dihati!!!

Anonymous said...

Salam 1malaysia semua... Saya sebenarnya confused dengan dengan pemahaman anda semua pribumi hanya valid pada melayu malaysia dan tidak pada negara sabah hanya istila native saja diguna pakai... Ingin saya sampaikan bahawa tidak adil untuk saudara saudara mengatakan bahawa tidak timbul kaum tertentu tidak diberi perhatian kerana dalam pembentukan malaysia KDM memainkan peranan penting dalam pembentukan malaysia namun kerana projek ic diberi kepada kaum yang akan mengangkat melayu disabah tetapi majority menjadi minoriti... Saya tidak salahkan anda semua kerana tidak memahami sejarah yang sebenar....

Org Tausuq said...

Org KDM beruntung kerana kebetulan Jesselton atau Api api menjadi pusat pentadbiran penjajah dahulu, tapi Sejarah juga mbuktikan bhw tidak ada org KDM di wilayah pantai timur Sabah khususnya di kawasan Semporna hingga ke Tawau. Sejarah menunjukkan semasa wilayah Tawau masih di bawah kuasa Belanda, DO pertama adalah org Bugis, apabila British ambil alih kuasa di wilayah Tawau daripada Belanda , tidak ada catatan org KDM membuka ini Tawau sebelum kedatangan Belanda dan British. Faktanya KDM hanya ramai di bahagian atas sandakan sahaja. Bilalah perkataan Kadazan mula digunakan? Sebelum perkataan Kadazan digunakan sebenarnya nama Dusun Murut sahaja yg wujud. Nama Kadazan diperkenal oleh Tun Fuad Stephen, adakah kamu sudah baca bukunya yg dicerita oleh Ben Stephen? Makanya kamu kajilah semula sejarah negeri Sabah ini siapa berkuasa di Utara, Selatan, Timur dan Barat dahulu....

Anonymous said...

Yang kena halau daripada UITM tu bukan sebab broang urang Bugis tapi disebabkan dokumentasi kan. Maksudnya, Kad Pengenalannya diragui. Jangankan bugis, tidung ka, suluk ka, bajau ka, kalau ada masalah dokumentasi, semua pun kena reject. Saya tidak fikir kalau Bugis itu ada dokumentasi yang betul dan lengkap akan dihalau. Bukan semua orang Bugis itu bukan orang tempatan. Malah ada juga yang jadi anak negeri (Native). Yang membezakannya, bila mereka sampai ke bumi Sabah..

Anonymous said...

Bersatulah Bugis dbwah pakatan rakyat. umno pun cuma dgr pndangan bjau dn kdm. tengk yb dtawau yg diundi tu semua tiada guna.. . Elction pun menipu.

Anonymous said...

Nampak sangat masyarakat bugis dsabah telah dianak tirikan. Pada zaman ini jika keadaan ini brlarutan masa depan anakx bangsa akan gelap sekiranya tiada tindakan diambil oleh masyrakat itu sndri. Banyk manipulasi dlakukan oleh sukux lain agar bangsa ini akan sentiasa tercorot kebelakang.. . Kena bersatu kekuatan yg ada.. . Mereka akan sekat apa jua secara halus.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terima kasih semua komentarnya, pandangan anda semua dihargai dan dihormati.

Daeng Jumat said...

ewako..sokongla bangsa ta'..

Daeng Jumat said...

betul3..rumpun melayu pantai timur patut lebih berani menyuarakan hak mereka..

Daeng Jumat said...

pru next undilah calon bugis..x kesahla dari PAS..janji ada wakil bugis d parlimen..

Anonymous said...

Perlu diingat bahawa bugis bukan bumiputera sabah

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan