KETOKOHAN HJ HADI, BERJAYA ANGKAT IMEJ ISLAM DAN PAS

on Sunday, February 8

Sekeping Gambar 1000 Makna
Saya menjangka kemelut Pakatan Rakyat (PR) yang ditunjukkan dalam drama mesyuarat PR baru-baru ini akan memasuki episod baharu selepas keputusan rayuan DS Anwar Ibrahim dimuktamadkan pada 10 Februari ini.

Mari lihat di sebalik kemelut PR:-

Pertama, episod mesyuarat PR semalam menunjukkan dengan jelas kebijaksanaan Hj Hadi mengawal dan me'remute control' keceluparan pemimpin-pemimpin DAP. Hj Hadi berjaya memberi pukulan TKO kepada Lim Guan Eng (LGE). Gambar di atas jelas membuktikan LGE 'gabra' dan merah padam dengan pukulan TKO Hj Hadi.

Kedua, tetapi sebenarnya LGE tidak peduli pun akan hal-hal yang berlaku dalam PKR dan PAS. Sama ada Anwar berada dalam penjara atau di luar penjara, DAP hanya menggunakan Anwar sebagai mekanisme politik mereka sahaja. 

Simplinya, DAP sudah 70% berjaya menguasai politik Malaysia. DAP sudah menguasai banyak kerusi di Johor, Melaka, Sabah, Sarawak, Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Kedah tidak termasuk Selangor, KL dan Pulau Pinang. 

Sama ada Anwar berada di dalam penjara atau di luar penjara, DAP sudah memiliki semua itu. Maka, Anwar sudah tidak berapa relevan kepada DAP lagi melainkan untuk meneruskan cita-cita PR menawan Putrajaya.

Ketiga, Hj Hadi telah berjaya meningkatkan imej PAS di mata orang Melayu dan umat Islam. Hj Hadi berjaya menaikkan imej PAS di mata DAP yang selama ini memandang rendah parti PAS. Paling penting, Hj Hadi berjaya meningkatkan imej Islam. Kini, imej Hj Hadi lebih terserlah berbanding Anwar.

Dalam kemelut PR itu, Anwar paling rugi. Bukan kerana Anwar berhadapan dengan kebarangkalian buruk 10 Januari ini, tetapi Anwar kehilangan banyak perkara khususnya sokongan rakyat. 

Sejak tamat PRU13, Anwar dan pasukan kempennya tidak lagi mampu mengumpul orang ramai untuk menyokongnya, terutama sepanjang perbicaraan di mahkamah. Pemerhatian saya mendapati hanya penyokong tegar sahaja kelihatan dalam 200-300 orang dan ada satu-satu ketika tidak sampai 50 orang. Ahli politik sehebat Anwar akan dilihat tidak berguna lagi oleh rakan-rakan politiknya dalam PR dengan jumlah sekecil itu. "Politics is related to the amount"

Cabaran
Percubaan kumpulan-kumpulan majoriti dalam PAS dan percubaan simpatisma Anwar dalam PKR dan kerajaan untuk mendekati DS Najib kelihatan berlumba-lumbaan. Bersambung akan datang...

Kecurigaan DAP kepada isu ini tidak pernah berhenti.

Selamat Berhari Minggu.
Washington DC
January, 08, 2015.


1 Komen:

Anonymous said...

Anwar sekarang tidk boleh memperalatkan rakyat lagi seperti dulu,tapi beliau lah yg sedang di peralatkan oleh pihak tertentu seperti DAP dan Kumpulan Pasma.Mereka ini bukan tak kenal siapa Anwar sebenarnya, tapi saja berpura -pura kononnya mereka masih mempercayai Anwar 'bersih' dan mengiyakan saja kononnya beliau di fitnah dan di zalimi.Sekiranya Anwar ke penjara ,mereka akan melihat mood rakyat,jika kelihatan nya rkyat masih ada rasa simpati pada Anwar,keluarga Anwar pula akan di peralatkan oleh mereka.Tapi kalau rakyat sudah tidak kesah lagi pada Anwar,keluarga Anwar juga akan mereka pinggirkan,mungkin saja PKR sendiri pun akan terlepas dari kawalan keluarga Anwar daki di pimpin oleh Azmin,tapi hayat PKR tidak akan lama.Pasma akan sekali gus menggantikan Pas dan PKR utk bersama DAP sehidup tapiu se mati.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan