RAHSIA ADIK-BERADIK NAJIB TIDAK MASUKKAN NAMA NAJIB

on Saturday, February 28

Isu Seperti Ini Sangat Mudah Dijawab
TINDAKAN Dato' Sri Najib (DS Najib) menyaman akhbar Harakah atau lebih tepat kepada penulis artikelnya adalah sangat tepat. 

Malah dengan serangan bertubi-tubi daripada portal-portal pro pembangkang ke atas DS Najib, isterinya dan keluarganya maka saman tersebut sangat bertepatan.

Seperti saya nyatakan di sini bahawa DS Najib terpaksa mempertahankan dirinya sendiri. Bahagian media di Jabatan Perdana Menteri hendaklah merangka idea baharu dan juga mengambil pakar-pakar media dalam bidang politik, ekonomi dan sosial yang berpengalaman dalam pengurusan media siber dan akhbar perdana supaya provokasi-provokasi dan tuduhan-tuduhan ke atas Perdana Menteri dijawab dengan cara yang betul, cepat dan tepat.

Contohnya dalam isu surat kepada media oleh adik-beradik DS Najib tanpa memasukkan nama DS Najib. Media pro pembangkang malahan ada juga wartawan veteran mentafsirkannya sebagai pergaduhan keluarga besar ini.

Sebenarnya, jika anda membaca buku-buku mantan Perdana Menteri terdahulu seperti allahyarham Tunku Abd Rahman dalam 'Looking Back' dan wawancara Tun Dr. Mahathir tidak berapa lama dahulu, bahawa ketika mereka menjawat jawatan Perdana Menteri, pelbagai perkara khususnya hal-hal yang melibatkan keluarga mereka tidak dicampuradukkan dengan isu-isu dan pentadbiran kerajaan.

Begitu jugalah dalam isu tindakan 4 adik-beradik DS Najib tidak memasukkan nama DS Najib itu adalah tepat kerana mereka faham bahawa abang mereka sebagai Perdana Menteri Malaysia, tidak wajar dilibatkan dalam kes mereka mempertahankan nama besar ayah mereka Tun Abd. Razak.

Tetapi saya percaya, apabila DS Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti, beliau sendiri akan menulis dalam bibliografinya menerangkan hal-hal peribadinya dan hal-hal keluarganya semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.
Ketika Saya Mengunjungi Tun Dr. Mahathir Mohamad
Perkara seperti ini dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir dalam bukunya 'A Doctor In The House', Tunku Abd. Rahman dalam bukunya 'Looking Back', Lee Kuan Yew dalam bukunya 'The Memoir Of Singapore', dan mantan Panglima ATM Jen (B) Tun Ibrahim Ismail  dalam bukunya 'Pahlawan Melayu'.
Saya Mengunjungi Jen (B) Tun Ibrahim Ismail, Mantan Panglima ATM Semasa Hayatnya Beberapa Bulan Sebelum Meninggal Dunia
Saya sangat yakin DS Najib juga akan menulis bibliografinya sendiri kelak.

Jadi kita sebagai pembaca yang bijak, usahlah terpedaya dengan hasutan seperti ini . Mereka ini terpengaruh idea lama kewartawanan dengan konsep 'jangan tulis lori itu melanggar seekor anjing tetapi tulislah 'seekor anjing telah melanggar sebuah lori'. Maknanya, apabila anda menulis mengenai DS Najib tulislah yang buruk sahaja walaupun sedikit, sebaliknya kebaikan DS Najib yang besar hendaklah disembunyikan.

Kesimpulannya, tindakan DS Najib menyaman akhbar Harakah satu bukti yang jelas DS Najib berada di pihak yang benar. Dengan tindakan drastik dan penuh tanggungjawab itu, DS Najib berada dalam kedudukan seorang individu yang berintegriti, berkredibiliti dan dihormati.

Namun, saya percaya jika pemfitnah dalam Harakah itu memohon maaf, saya sangat-sangat yakin DS Najib akan memaafkannya, kerana DS Najib adalah seorang pemimpin yang pemaaf. Beliau telah memaafkan ramai orang yang telah memfitnahnya selepas mereka menyedari kesilapan dan memohon maaf.

Bersambung...






8 Komen:

Anonymous said...

menarik jawapan anda. sy stuju pmo tak kreatif, maybe kurang org yg berpengalaman.

Wak Kojo said...

Nice reading

Anonymous said...

Thanks a lot !

Anonymous said...

Anwar Ibrahim patut ambik pluang berehat dalam penjara tulis bibiliograpinya juga la... tak ler rugi duk buang masa dalam tu, at least ada juga diaca kelak

Anonymous said...

Kenapa bila Harakah tulis pasal kes Atlantuya sebelum ini Najib tak nak saman?

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terimakasih atas soalan tersebut, menurut sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Kes_Pembunuhan_Altantuya_Shaariibuu kes ini berlaku tahun 2006. Anda boleh terus membaca sambil mendapatkan sumber2 primier daripada mahkamah. Berkenaan soalan itu, saya tidak membaca lagi bentuk tulisan sama ada bentuk fitnah atau berbentuk ulasan/pandangan dsbnya dalam Harakah sebagaimana soalan itu. Kalau ada mohon beri link. Tkasih.

orang kelante ore kelante said...

cerita altantuya dah basi

Anonymous said...

Malangnya sesetengah dari kita suka sangat memetik dari sumber2 begini. Bercampur pula cenderung suka berkhayal benda2 yg x pasti ttp suka disensasikan termasukla dr kalangan pengendali blog pro BN. Ada dari mereka terlalu obses nak tgk DS Najib turun.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan