5 YB PAKATAN RAKYAT DIJANGKA SOKONG BILL HUDUD DI PARLIMEN

on Thursday, March 19

KEJAYAAN Menteri Besar Kelantan membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah (Hukum Hudud) di Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam adalah satu langkah permulaan kepada negeri-negeri lain melaksanakan undang-undang Islam yang adil kepada semua pihak.

Walaupun menerima tentangan bukan alang-alang daripada DAP dan PKR, diugut berbulan-bulan, dicerca berhari-hari namun ianya tidak menjejaskan istiqamah Menteri Besar Kelantan untuk meneruskan pembentangan tersebut. Semua ugutan dan cercaan itu tidak ada setitik nilai ketakutan pun kepada Menteri Besar Kelantan.

Ianya satu permulaan yang baik, sudah pasti kejayaan perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan nanti akan membuka ruang kepada perlaksanaannya di negeri-negeri lain pula dan juga di peringkat persekutuan. Masyarakat Cina dan bukan Islam di Brunei hidup dengan aman dan damai selepas perlaksanaan Hukum Hudud !

Tun Dr Mahathir
Sebenarnya, di dalam melaksanakan dasar-dasar Islam di Malaysia bukannya dipelopori oleh PAS sahaja. Sejarah membuktikan, beberapa minggu sebelum Tun Dr. Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah mengisytiharkan Malaysia adalah sebuah negara Islam fundamentalis. Negara pertama yang mengkritik dan menyerang Tun Dr Mahathir ialah negara Israel. Adakah anda sudah lupa?

Malah, 20 tahun sebelum itu Tun Dr Mahathir melaksanakan dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam. Pada ketika itu, penerangan telah disampaikan di dalam Parlimen bahawa dasar tersebut bukan bermaksud mengIslamkan orang yang bukan Islam tetapi ianya lebih kepada membawa nilai-nilai Islam yang universal di dalam pentadbiran kerajaan dan kehidupan rakyat Malaysia. Di antara nilai-nilai itu seperti menepati masa, bertanggungjawab, jujur dan amanah.

Semasa zaman Pak Lah pula, dilaksanakan dasar Islam Hadhari yang tidak jauh bezanya dengan dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam.

Kejayaan perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan akan memberikan dua implikasi besar:-

1. Negeri-negeri lain juga boleh melaksanakan undang-undang Islam di negeri masing-masing dengan sokongan majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri masing-masing;

2. Kejayaan negara Brunei dan negeri Kelantan merupakan dua contoh yang sangat sesuai di mana undang-undang Islam yang adil boleh dilaksanakan di peringkat persekutuan. Sudah tentu rakyat bukan Islam di Brunei dan Kelantan mendapat keadilan, keselamatan dan kebahagiaan.

4 Ahli Parlimen PKR, 1 DAP
Pada pandangan saya, DAP menentang Hukum Hudud kerana bimbang dua kesan besar itu. Ianya adalah kebimbangan politik semata-mata. 

Jika UMNO telah membantu PAS di negeri Kelantan, saya yakin PAS juga boleh membantu UMNO di negeri-negeri yang dikuasai oleh parti UMNO.

Di peringkat Parlimen nanti saya juga yakin ahli-ahli Parlimen daripada UMNO dan PAS akan sama-sama menyokong bill Hudud ini. 

Dengan sokongan 4 ahli parlimen daripada PKR (TS Khalid Ibrahim menyertai Bebas) dan 1 orang ahli parlimen daripada DAP, sudah mencukupi untuk meluluskan bill Hudud ini dilaksanakan di negeri Kelantan. 

UMNO dengan kekuatan 88 orang dan PAS pula 21 orang akan menghasilkan 109 undi. Ia belum termasuk 10 orang daripada parti PBB Sarawak. Bill private Hudud hanya memerlukan 114 undi majoriti mudah sahaja untuk dilaksanakan di Kelantan.

Terpulang kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sama ada menggunakan undi sulit atau secara terbuka.



















0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan