AGENSI KENEGARAAN PERLU BERUBAH, MEMBINA NEGARA BUKAN MEMBINA KERAJAAN

on Friday, March 6

SSK: '...especially those who were born in Malaysia, are Malaysians ...'
Salah seorang mentor politik yang saya hormati DSP Salleh Said Keruak memberi mesej yang sangat jelas ini kepada Putrajaya. Anda boleh membaca, ianya sangat jelas difahami.

25 tahun dahulu, seorang penulis yang terkenal berkata Tun Dr. Mahathir tidak memerlukan undi Sabah untuk Barisan Nasional (BN) memerintah kerajaan persekutuan. Mereka boleh memerintah cukup hanya dengan undi komponen BN di Semenanjung Malaysia sahaja. Ketika itu, digambarkan oleh penulis itu allahyarham Tun Datu Mustapha seperti tidak dipedulikan.

Itu dahulu, tetapi sekarang tanpa undi dari Sabah, parti BN sudah menjadi pembangkang di Malaysia sejak tahun 2008 lagi.

Sebagai membalas budi orang-orang Sabah, maka kerajaan BN telah melantik ramai wakil rakyat dari Sabah sebagai Menteri Penuh dan Timbalan Menteri.

Permintaan Demi Permintaan
Walau pun begitu, permintaan daripada pelbagai pihak di Sabah tidak cukup sekadar itu sahaja. Malahan pelbagai permintaan dibuat meliputi aspek autonomi dan sebagainya. DSP Salleh Said Keruak menyebutnya secara berperingkat sebagai tuntutan, permintaan, rundingan dan situasi menang-menang.

Pihak lain pula menubuhkan pelbagai gerakan menuntut hak-hak asal negeri Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 sebagaimana saya dedahkan di sini

Saya turut memberi pandangan ini sejak tahun 2012. Di Sabah, kepelbagaian kaum dan etnik adalah keunikan. Jika pendidikan kenegaraan dan program bertatanegara diberi penekanan yang betul, kepelbagaian kaum dan etnik itu bukan isu yang besar dalam proses nation-building, sebaliknya boleh menjadi kekuatan jika diurus dengan betul
Agensi Kenegaraan Persekutuan
Daripada sudut yang lain, saya tidak menyalahkan permintaan-permintaan di atas kerana ianya bersifat demokrasi. Sebaliknya saya melihat agensi persekutuan yang bertanggungjawab perlu melakukan sesuatu dari sekarang untuk memantapkan pendidikan kenegaraan kepada generasi muda khususnya di Sabah.

Modul kenegaraan perlu diperbaharui dengan mengambil contoh negara-negara lain yang berjaya membina kenegaraan yang kukuh dalam hidup bernegara dan bertatanegara.

Agensi kenegaraan di peringkat pusat perlu membuka mata bahawa patriotisme sekarang telah ditafsir semula. 

Patriotisme tidak lagi dilihat kepada lambang-lambang nasional seperti bendera, bungaraya, puisi patriotik, sambutan hari kemerdekaan atau slogan-slogan sahaja.

Tetapi tafsiran baharu itu telah memasuki fasa baharu dengan mengambil kira pemikiran-pemikiran baharu yang semakin berkembang maju. Pendidikan telah merubah dan membawa pembaharuan.

Kegagalan agensi kenegaraan kita ialah modulnya tidak bersifat negarawan. Membina kenegaraan bukannya membina kerajaan, sebenarnya membina kenegaraan ialah membina Negara. Membina kerajaan adalah kerja orang lain! 

Inilah kelemahan agensi kenegaraan sejak kebelakangan tahun ini, akhirnya fasiliti yang lengkap akan menjadi semakin uzur kerana tidak dapat digunakan dengan betul. Ini merupakan suatu pembaziran kepada negara.

Profesor Francis Fukuyama (JHU) dalam kertasnya 'Guidelines fo Future Nation-Builders' berkata, 'There are four separate activities that are commonly lumped under the heading of nation-building, which may or may not become parts of the actual nation-building process, depending on the circumstances of the particular state. These are peacekeeping, peace enforcement, post conflict reconstruction and long term economic and political  development'. Bagaimana modul kenegaraan kita?

Begitu juga kertas yang dibentangkan oleh Profesor Michele A. Flournoy (NDU) bertajuk "Nation-Building: Lessons Learned and Unlearned". Katanya, "Efforts to build public support for an operation must be undertaken not only before the operation begins, but also whenever significant changes on the ground on in overall strategy occur. Failing to do so can have significant ramifications".

Anda mungkin tidak bersetuju dengan saya, tetapi kerosakan telah berlaku. Kita tidak lagi boleh berpatah ke belakang kerana kerosakan yang telah terjadi tidak boleh diperbaiki sekelip mata.

"We must change, or the people will change us!"

Nota: Artikel berkaitan satu .



















1 Komen:

Anonymous said...

Correct and agree, the goverment must change, or the people will change the government !

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan