AHLI PKR TANYA DS NAJIB, BOLEHKAH MEREKA MENYERTAI UMNO SEMULA?

on Tuesday, March 31

PERKEMBANGAN politik semasa tanah air nampaknya memasuki landskap baharu selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara di Sungai Buluh. Kedua, selepas Lim Kit Siang kelihatan menyerah kalah dengan mencetuskan idea gabungan baharu parti-parti politik.

1. Saya telah menerima beberapa pertanyaan di luar negara, di antaranya mereka bertanya tidak adakah ruang untuk ahli-ahli PKR yang hendak kembali ke pangkuan UMNO?

2. Kedua, mereka bertanya jika dahulu ahli-ahli Semangat 46 boleh diterima semula menyertai UMNO mengapa mereka tidak diberikan peluang? 

3. Sambung mereka lagi, kebanyakan bekas ahli-ahli Semangat 46 yang menyertai semula UMNO menjadi ahli yang lebih baik kepada UMNO dan negara? Mereka memberikan contoh Tengku Razaliegh Hamzah, Tan Sri Rais Yatim dan Datuk Shabery Chik.

4. Keempat, mereka berkata jika Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Seri Zaharin Mohd. Hashim dan ramai lagi yang merupakan antara orang-orang penting DS Anwar boleh diterima menyertai UMNO, mengapa mereka ahli-ahli biasa tidak boleh ditawarkan untuk kembali kepada UMNO?

Saya berkata OK, kita tulis dan lihat apakah respon pemimpin-pemimpin UMNO. Jika mereka memberikan respon yang positif, maknanya anda ada peluang untuk kembali ke pangkuan UMNO.

Secara peribadi, saya berpendapat sekiranya pucuk pimpinan UMNO memandang serius hal ini eloklah dibawa berbincang di dalam Majlis Tertinggi UMNO. 

Atas nama perpaduan orang-orang Melayu dan umat Islam di negara kita, saya fikir elok mereka diberikan peluang. Sedangkan Allah SWT Maha Pengampun dan menerima taubat hamba-hambaNYA, inikan pula hanya sekadar kehidupan di dunia semata-mata.

Barangkali akan ada proses kaunseling, ceramah kesedaran dan seminar-seminar pemutihan sebelum mereka diterima menyertai semula UMNO selepas bertahun-tahun mereka terpedaya.

Apa kata anda?







8 Komen:

Anonymous said...

Sy rasa ok jer, tapi nak ker Umno terima?

Anonymous said...

pening den nak jawab, bersetuju dan tidak tidak, atau tidak bersetuju untuk bersetuju, dan bersetuju untuk tidak bersetuju, atau setuju untuk setuju, yang penting tidak merugikan orang Melayu dan org Islam.

Anonymous said...

...Tapi tidak pada ketua Ketum dan ahli keluarga terdekat...!!!

Anonymous said...

UMNO UNTUK ORANG MELAYU. MASA DAH TIBA BUBARKAN PKR YG HANYA UNTUK KEPENTINGAN ANWAR DAN KUNCUNYA2 AJE

Anonymous said...

SALAM BRO,SETAHU AKU UMNO TIDAK MENUTUP PINTU KEPADA SESIAPA PUN YANG INGIN MENYERTAI UMNO KECUALI MEREKA-MEREKA YANG MENGKHIANATI UMNO.AKU SETUJU JIKA AHLI-AHLI PKR ATAU PAS SEKALIPUN INGIN MENYERTAI UMNO DEMI AGAMA ISLAM DAN PERPADUAN MELAYU.

Anonymous said...

Saya rasa tiada masalah utk menerima mereka semula melainkan ada org dalam UMNO nak jadikan UMNO kelab mereka sendirian berhad.

Anonymous said...

Kenapa tak bolih terima? Ini masa terbaik untuk balas tsunami Cina PRU 13 dulu. Kita buat tsunami Melayu PRU 14. Kita tengok dia orang ketar lutut tak!

ALIWIRA said...

Demi kekuatan UMNO sila kembali kepada UMNO janagan malu jangan segan tapi jangan buat kacau dan hendak jawatan . Inilah masa terbaik untuk ahli-ahli PKR untuk tingggalkan pemimpin PKR yang merugikan Melayu . Baliklah kepangkal jalan . Ahli Pas pun boleh masuk UMNO , Rahmat Allah ada pada UMNO kerana ianya di tubuhkan atas dasar semangat , sumpah setia ,pengorbanan agama dan bangsa .

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan