HJ HADI BERPELUANG MENDAPAT 121 SOKONGAN AHLI PARLIMEN ISLAM

on Thursday, March 26

Cabaran Hukum Hudud di Parlimen Malaysia
Saya telah membuat sedikit kajian berdasarkan perkembangan semasa dan faktor-faktor lain yang akan menjadi penentu kepada kejayaan pengundian Hukum Hudud di parlimen tidak berapa lama lagi.

UMNO
Walaupun UMNO tidak mengeluarkan arahan rasmi, tetapi petunjuk di Dewan Undangan Negeri Kelantan menunjukkan ahli-ahli parlimen UMNO tidak menghairankan akan memberikan undi 100% kepada rang undang-undang Hukum Hudud di parlimen. 

Walaupun seorang ahli parlimen UMNO berkata tidak bersetuju tetapi tidak bermakna beliau tidak akan mengundinya. Situasinya begini, anda tidak bersetuju anak anda berkahwin dengan si polan, tetapi akhirnya anda bersetuju menerima pinangannya kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.

PAS
Wakil rakyat PAS pula terikat kepada bai'ah dan wala' kepada kepemimpinan tertinggi PAS. Sekurang-kurangnya 7 wakil rakyat PAS kelihatan tidak menyokong kerana mereka terikat dengan perkawanan dengan Pakatan Rakyat. Namun begitu, saya mellihat ketujuh-tujuh mereka adalah pemain silap mata zaman moden. Percayalah ketujuh-tujuh mereka akan mengundi menyokong bill private ini. 

Saya sungguh-sungguh tidak percaya mereka tidak akan menyokong Hukum Hudud. Bagi saya, hanya orang gila di dalam PAS sahaja yang tidak akan menyokong Hukum Hudud. 

PKR
Parti PKR telah membuat pendirian awal bahawa semua wakil rakyat Islam PKR tidak akan mengundi menyokong Hukum Hudud. Namun, anda harus melihat bahawa mereka yang menentang Hukum Hudud di dalam PKR hanya segelintir ahli parlimen sahaja. Tetapi ahli-ahli parlimen lain tidak menyatakan bantahan rasmi mereka! 

BEBAS
Apa lagi yang hendak diperjuangkan oleh TS Khalid Ibrahim? Kekayaannya melimpah ruah, kemasyhurannya sudah pernah menjadi Menteri Besar Selangor. 

Hanya satu sahaja Tan Sri Khalid Ibrahim belum menunaikannya ketika umat Islam di dalam kesempitan dan memerlukan sokongannya, iaitu membantu agama Allah SWT. Adakah kamu fikir TS Khalid Ibrahim tidak akan mengundi Hukum Hudud?

PBB
Manakala 10 ahli parlimen PBB (Sarawak) sudah pasti akan bersama-sama UMNO menyokong Hukum Hudud.

DAP
Bagaimanakah wakil rakyat DAP? Sehingga sekarang hanya Zairil sahaja secara rasmi menentang Hukum Hudud. Sebaliknya ahli parlimen DAP yang lain belum memberikan apa-apa kenyataan rasmi. 

Jika dilihat daripada latarbelakang wakil rakyat ini, beliau dikhabarkan pada mulanya cenderung kepada parti PAS. Oleh kerana semasa PRU13, beliau tidak mempunyai tempat di dalam PAS, maka beliau bernasib baik kerana diberi peluang bertanding di atas tiket DAP, di mana kejayaannya banyak dibantu oleh jentera dan pengundi PAS.

Kesimpulan
Kesimpulannya, dengan 113 undi yang bakal diterima oleh PAS di parlimen kelak, saya tidak percaya 8 ahli parlimen lagi (1 daripada UMNO dan 7 daripada PAS pro PASMA) akan membiarkan agama Islam ini diperkotak-katikkan.

Saya percaya, di saat-saat akhir, kelapan-lapan ahli parlimen ini akan mengubah sikap, di mana private bill Hukum Hudud ini akan menikmati 113 + 8 = 121 undi majoriti mudah. 

Tidak ada umat Islam yang akan membiarkan saudaranya tersepit di kala bantuannya diperlukan.

Pada pandangan saya, Hj. Hadi perlu teruskan pembentangan Bill Private ini dengan penuh yakin, tidak gentar dan istiqamah sebagaimana telah dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan.







1 Komen:

Anonymous said...

Tuan mohon baca surat terbuka TG Haji Hadi Awang yang terbaru. TK.
kat sini http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/34548-surat-terbuka-kepada-umat-islam-isu-hudud-yang-dikelirukan

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan