LANTIK BUNG MOKHTAR MENTERI HAL-EHWAL KHAS SABAH

on Saturday, March 14

SAYA sangat terkejut kerana artikel saya ini dibaca hampir 30,000 pembaca dalam tempoh 48 jam. Manakala semalam dalam tempoh 24 jam sahaja ianya dibaca oleh lebih 20,000 orang.

Nampaknya, YB DSP Bung Mokhtar tidak perlu berkempen setengah mati dalam PRU14 kelak, cukup dengan saya menulis beberapa artikel sahaja. Jika saya masih berada di tanahair, barangkali Bung Mokhtar boleh belanja saya minum secangkir kopi.


Elaun Perumahan & Elaun Cola
Berkenaan isu-isu perkhidmatan awam di Sabah, saya telah berjuang melalui penulisan beberapa kali. Namun, Cuepacs khususnya yang bertanggungjawab menjaga kebajikan kakitangan awam khususnya isu-isu Elaun Cola dan Elaun Perumahan yang adil dan saksama kepada Sabahan dan Sarawakian 100% Gagal. 

Cuepacs jelas kelihatan hanya memperjuangkan kakitangan awam dari Semenanjung sahaja. Cuepacs sendiri tidak ada jawapan dalam isu ini, mereka sengaja memekakkan diri mereka atas kemarahan kakitangan awam dari Sabah dan Sarawak. 

Dari segi politik, sikap Cuepacs ini merugikan kerajaan Barisan Nasional. Saya percaya, mereka tidak ada kemampuan dan tidak ada kebijakan menyelesaikan isu ini. Cuepacs sengaja membiarkan sokongan kakitangan awam dari Sabah dan Sarawak beralih angin kepada Pakatan Rakyat.

Anda boleh membaca semula artikel-artikel yang berkaitan di bawah:-




Kebetulan pula hari ini di dalam parlimen, saya membaca Bung Mokhtar bercakap hal Elaun Perumahan yang berbeza di antara kakitangan Sabah/Sarawak dengan kakitangan dari Semenanjung Malaysia. Perkara ini sudah terlalu lama diperkatakan dan diperjuangkan tetapi tidak pernah diambilpeduli termasuklah oleh menteri-menteri dari Sabah di peringkat persekutuan, barangkali kerana isu ini bukan di bawah bidang kuasa mereka.

Maka, sebab itulah amat wajar dicadangkan kepada Perdana Menteri supaya mempertimbangkan seorang Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah (khusus menjaga portfolio kebajikan kakitangan awam Sabah). Nampaknya, Bung Mokhtar wajar dipertimbangkan ke jawatan tersebut. Sudah lama kementerian ini tidak diwujudkan, kali terakhir diduduki oleh allahyarham Bapa Kemerdekaan negeri Sabah Tun Datu Hj. Mustapha Datu Harun. Anda bersetuju?

Kita janganlah lupa, bahawa semasa DS Anwar membuat tawar-menawar dengan wakil-wakil rakyat UMNO supaya melompat ke Pakatan Rakyat (16 September 2008), Bung Mokhtar lah ketika itu mengetuai Barisan Nasional BackBenchers Council (BNBBC) telah menyelamatkan Kerajaan Persekutuan daripada bertukar tangan.

Isu-isu yang kita perjuangkan seperti tulisan-tulisan saya di atas, hanya akan mencapai kejayaan apabila kita memiliki Menteri yang vokal seperti Bung Mokhtar. UMNO Sabah patut mempertimbangkan cadangan ini.

Bagaimana pandangan anda?

Selamat berhujung minggu,

Pennyslavania, USA,
Mac, 14, 2015.



8 Komen:

Anonymous said...

inda payah banyak sudah YB dari sabah yg mempertikaikan ketidakseragaman elaun yg diterima oleh orang malaya yg bertugas disabah dan serawak dan orang sabah dan serawak bertugas di semananjung,kebanyakan YB dari parti kompenan BN tetapi mereka tidak di war-war kan di news,si Bung ini suka pubalisiti saja bah,di kinabatangan pun teruk -teruk itu jalan ke kg.cakap boleh lah dia ini.

Anonymous said...

Cantek Tn Bloger !, idea yang bagus..

Ambalangan said...

i my self agree !

Anonymous said...

Sanang saja saudara, PRU14 tukar anginlah sama Pakatan Rakyat. Itu Cuepacs mana dangar kamu menjerit bagai apa kah mereka sengaja buat bodoh bah...kalau elaun2 orang Malaya semua dia kajar dia parjuangkan... INI KALILAH

Anonymous said...

YA INI KALI LAH TUKAR KERAJAAN, CUEPACS PIGI MAMPUSSS KAMU SAMA ORANG SEMENANJUNG SAJA KAMU PERJUANGKAN. MANA KEADILAN!!!

Anonymous said...

Tanang-tanang bah, forward saja ini artikel sama PM sama si Musa Aman dll YB kita bah yg jadi Manteri tu...kasi jadi juga si Bung ini jadi Manteri, na kita kasi sama arat itu Elaun Cola sama Elaun rumah... mana buleh ndak seragam kita sama2 bayar cukai bah..kalkau bayar cukai boleh pula dikasi seragam..

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terimakasih kepada semua kerana memberi komentar.

Muzmirza said...

Askm. Sy ingin brkongsi kisah sedih mngenai prmohonan sy beberapa tahun yg lepas ke JPNS utk EPW dan BIW. Sy berasa gembira membawa borang yg telah siap diisi dan lengkap brsama 'Cover Letter' utk diproses. Tp kegembiraan ini brakhir apb telah kali ke-3 mmbw borang lengkap tp tiada kesudahannya yg mn ia dikatakn telah hilang dn tentunya tdk diproses. Betapa maruah sy sbgi pemegang IC 12 diprkotak-katikkn sedemikian rupa. Sungguh sedih bha :C (Sy sambung lg...) Tp sy gagahi juga diri sy utk mmbw isu ini ke peringkt yg lbh tinggi dgn melalui bdn politik dn PPTD. Dipendekkn cerita..sy telah MENANG dlm prjuangn sy utk mndptkn hak sy di negeri ini dgn mndpt simpati dpd semua pihak di KL, Putrajaya dn Shah Alam. Itupn jika dibandingkn dgn kwn2 Semenanjung di Sabah Sarawak mrk lbh byk 'lebih'. Tp itu rezeki mereka di Tanah tumpah darah sy :D

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan