PAC TIDAK FOKUS

on Tuesday, March 10

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
Dalam isu 1MDB ada dua keadaan yang berbeza.

Pertama, Perdana Menteri DS Najib (Najib) yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB bersungguh-sungguh menunjukkan ketelusan dan transparent dalam isu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak.

Kedua, pembangkang pula berusaha membangkitkan apa jua perjalanan 1MDB dari sekecil-kecil kepada sebesar-besarnya.Tujuannya, supaya Najib mengundur diri dan meletak jawatan. 

Beberapa kumpulan kecil dalam parti kerajaan pula turut memainkan isu 1MDB dengan harapan Najib berundur dan mereka mahu menaikkan ayam tambatan mereka. Perkara ini akan saya huraikan kemudian, kenapa-mengapa dan siapakah mereka itu.

Daripada dua keadaan itu, pembangkang dan kumpulan satu lagi itu masih gagal menunjukkan bukti yang meyakinkan dalam bentuk dokumentasi kononnya berlaku penyelewengan. Kebanyakan bukti mereka hanyalah hear say dan persepsi sahaja. Sebab itulah majoriti rakyat tidak terpengaruh.

Walaubagaimanapun, kita faham kerana salah satu sumber mereka daripada pengendali Sarawak Report menyatakan, 'mereka menyimpan beribu-ribu emel 1MDB tetapi mereka tidak akan mendedahkannya'. Baca semula di sini seperti cerita dongeng

Dalam hal ini, prinsip saya sama seperti Najib iaitu "If any wrongdoing is proven, the law will be enforced without exception". Untuk melihat siapa dia wrongdoing itu, kita tunggu laporan Jabatan Akauntan Negara (JAN).

PAC Tidak Fokus ? 
Saya sangat bimbang kerana PAC kelihatannya terlalu banyak bercakap satu demi satu perkara tetapi isu-isu lama yang pernah dibangkitkan oleh PAC belum ada laporannya. Maka kita bertanya, PAC ini seriuskah atau berpolitik?

Pada tahun lalu, PAC mempersoalkan pemberian kontrak keselamatan di sekolah-sekolah bernilai RM2 Billion. Di manakah hasil laporannya?

Kemudian PAC juga bercakap hal pengurusan kapal RV Discovery. Ini pun senyap begitu sahaja.

PAC juga mempersoalkan Kementerian Pengangkutan berkenaan isu mendapan dan takungan air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2). Adakah PAC sudah membentangkan laporan susulan.

Malah, PAC juga mempersoalkan isu 14 balai polis tidak siap mengikut jadual. 

Begitu juga hal-hal lain kelihatannya seolah-olah PAC menonjolkan diri sendiri berbanding peranan asal penubuhan PAC yang bertanggugjawab kepada Parlimen. 

Pernahkah PAC membentangkan apa-apa isu yang dibangkitkannya kepada Parlimen? Bagi saya, PAC hendaklah membentangkan isu-isu yang dibangkitkannya di dalam parlimen sama ada telus atau tidak supaya mereka yang dipersoalkan itu mendapat keadilan dan tidak teraniaya dengan persepsi buruk ke atas mereka semata-mata.

Saya melihat PAC ini seperti syok sendiri hendak menjuarai semua isu dalam negara. Saya belum nampak mana-mana hasil laporan PAC yang boleh dibanggakan oleh rakyat yang memberikan kesan positif kepada negara. Keadaan ini menyebabkan rakyat tertanya-tanya dan hilang kepercayaan kerana PAC kelihatannya lebih banyak bercakap daripada membuat kerja.

Kita perlu memperkasa jawatankuasa ini ke tahap yang tinggi supaya rakyat beryakinan dengan kemampuan jawatankuasa ini. Kelihatannya, jawatankuasa ini yang diwakili oleh wakil daripada parti (kerajaan dan pembangkang) tidak fokus kepada kerja mereka.

Jika inilah keadaan PAC, saya ingin mencadangkan supaya biarlah Jabatan Akauntan Negara (JAN) yang digeruni itu membuat penyiasatan mereka ke atas 1MDB. 

PAC pula bolehlah menyiapkan laporan isu-isu yang terdahulu supaya rakyat mengetahui kesudahannya. 

Bersambung...








6 Komen:

Ramu N said...

Saya pun tak pernah lihat chairman pac ini duduk sama2 dengan jk nya bentang report, asyik dia sorang saja buat pc... mcm ada poblem dgn ahli jk pac dari opposite...

Unknown said...

Adakah sdr blogger ini tahu apa itu Auditor General dan Accountant General? Kalau tak tahu janganlah nak tulis mengenai isu 1mdb. Buat malu saja.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Sila terangkan, terima kasih. Fokus dan mesej saya kepada fitnah yang dilemparkan kepada PM bukan drpd aspek auditor dan accountant. Berkenaan Auditor dan Accountant sila terangkan. Saya akan lepaskan komentar anda tanpa tapisan. Saya lihat terdapat kerisauan pihak tertentu kerana mempertahankan ketelusan PM.

Anonymous said...

Salam, saya fikir sy stuju pandangan artikel ne, pembangkang masih kabur mengenai maoun dan jumlah yg disahkan. Butiran tidak dibuktikan. Dokumen kewangan tidak ada. so, jika ada info auditor dan accountant elok diberi la kot... kalau tak de tu tanda emosi dan marah ajer...wallahualam.

orang kelante ore kelante said...

banyak cakap tak guna.....BUKTIKAN macam Tan Sri Shafee BUKTIKAN dengan sejelasnya ANWAR adalah PELIWAT TEGAR yang menyorok dalam almari...part JIJAH KIPAS Dan anak2 lipas izzah dan whatever adalah akedemik

Orang KL said...

Mana dia penerangan auditor dan accountant tu,..sy pun nak tau jugak ne.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan