RAFIZI TIDAK DISAMAN KERANA FLIP-FLOP ?

on Sunday, March 8

Minggu Yang Menyakitkan Mereka 
Nampaknya minggu ini, pengkritik-pengkritik 1MDB terkedu apabila DS Najib (Najib) memfailkan saman fitnah ke atas Tony Pua Kim Wee, Chan Chee Kong serta Harakah atas fitnah yang mereka lakukan ke atas diri dan keluarga Najib. 

Tinjauan saya mendapati minggu ini, portal-portal pro pembangkang tidak lagi menyiarkan hal 1MDB sebagaimana biasa. Malah, pemimpin-pemimpin utama pembangkang mengunci mulut dan tidak lagi berani mengaitkan Najib dengan 1MDB.

Biar saya nyatakan kepada anda bahawa Najib adalah seorang pentadbir (Perdana Menteri) yang teliti. Jika anda diberikan tanggugjawab dan anda gagal menjalankan taggungjawab itu dengan betul, maka anda perlu bersedia menerima pertanggungjawabannya. 

Di luar kerajaan pula, jika anda membuat fitnah yang keterlaluan dan berterusan tanpa henti, maka menjadi hak peribadi Najib untuk memfailkan saman.

Rafizi Flip-Flop?
Rafizi berkata kenapa tidak saman dia dahulu?

Pertama, Rafizi hanyalah tukang cakap Anwar Ibrahim sahaja. 

Kedua, Rafizi tidak ada kredebiliti untuk bercakap hal ekonomi, sebab itulah Rafizi tidak mampu bekerja sebagai Penasihat Ekonomi Selangor

Ketiga, sumber Rafizi adalah sumber sekunder dan tidak accurate. Sesiapa boleh meminta dan menerima maklumat daripada mana-mana pihak termasuk dalam kerajaan, soalnya adakah ia up to date dan accurate. Pemberi dan penjual maklumat palsu bermaharajalela sekarang. Amat melucukan emel-emel 1MDB yang diperolehi diperap selama 2 tahun dan tidak akan didedahkan selama-lamanya. Macam cerita dongeng!

Keempat, Rafizi menagih saman Najib kerana itulah cara untuk dia mempopularkan semula dirinya selepas kegagalan Langkah Kajang melantik Dr. Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. 

Kelima, nilai politik Rafizi sekarang sangat tidak berbaloi untuk disaman. Kredibilitinya semakin tercemar selepas flip flop memberi komentar dalam isu kenaikan dan penurunan harga minyak di Malaysia. Oleh kerana hilang pertimbangan, Rafizi bercakap 'ya' di satu pihak dan bercakap 'tidak' di pihak yang lain walaupun mengenai isu yang sama. 

Kesilapan besar Rafizi ialah dia mengandaikan semua rakyat Malaysia bodoh belaka.

Lee Kuan Yew
Satu-satunya Perdana Menteri di dalam dunia yang suka menyaman pengkritiknya sehingga hilang kedudukan dalam parlimen, bankrap dan tidak mampu lagi bergerak ialah Lee Kuan Yew. Salah satunya ini, sungguh kasihan.

Dalam bibliografinya, Lee Kuan Yew berkata dia perlu melemahkan pembangkang dan tidak akan memberi peluang pembangkang menjadi kuat kerana salahsatu sebab negara mundur adalah kerana pembangkang seringkali menghalang dasar-dasar kerajaan. 

Saya melihat, Pulau Pinang menggunakan cara yang sama di Singapura.

PAC & JAN
Najib tidak menghalang kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai wakil rakyat DAP untuk menyiasat 1MDB.

Najib juga memberi arahan kepada Jabatan Audit Negara (JAN) yang digeruni oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk turut juga mengaudit 1MDB walaupun 1MDB sudah memiliki juru audit antarabangsa.

Tindakan Najib memberi kebenaran kepada PAC dan JAN untuk mengaudit sekiranya berlaku kesalahan dalam pengurusan 1MDB, menjadi kedu yang paling mengejutkan pengkritik Najib. Mereka tidak sangka Najib begitu transparent dalam hal ini.

Hj Hadi
Apabila Najib berkata, "If any wrongdoing is proven, the law will be enforced without exception", maka berakhir jugalah usaha-usaha pemimpin pembangkang menyerang 1MDB. Mereka semua terkedu, terduduk dan 'kecelaru'.

Satu-satunya pemimpin pembangkang yang tenang, sabar dan wisdom seperti Najib ialah TG Hj Hadi Awang. 

Selamat Berhujung Minggu,
DC, USA,
Mac, 7, 2015.





3 Komen:

John B. said...

Very good and interesting. Simple but enjoy reading.

Anonymous said...

correct correct correct

jgn jadi bodoh!!! said...

hahaha..Najib saman apa??pasal fitnah pengurusan dana 1mdb ke sbb fitnah dia n keluarganya dikaitkan dgn 1mdb??NAMPAK SERUPA TP MAKSUD BERBEZA..belum selesai audit..dah canang semuanya betul..sabar..kita tunggu dan lihat..bkn pembangkang je persoalkan 1mdb..Tun m pn sama..tun m pn ada ckp pegawai 1mdb pn xbleh jawab persoalannya masa jumpa dia..

-rindu UMNO yg kembali ke pangkal jalan-

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan