RAHSIA BUNG MOKHTAR RADIN ?

on Thursday, March 12

Saya tidak mengenali YB DSP Bung Mokhtar (Bung Mokhtar) secara peribadi, tidak pernah bertemu walaupun sering bersimpang-arus semasa saya bertugas di parlimen. Tidak sempat berdiskusi. Bung Mokhtar dikenali ramai dengan suara dan skil berucap di dalam Parlimen.

Jika tidak silap, saya hanya pernah bercakap dengannya melalui telefon sekitar tahun 2007 kerana satu perkara yang memerlukan pertolongannya.

Saya menerima beberapa kiriman gambar bandar baharu Kinabatangan. Saya fikir wakil rakyat di Sabah khususnya patut mencontohi Bung Mokhtar membangunkan kawasannya dengan memiliki sebuah bandar yang lengkap dengan kemudahan asas seperti jalanraya, hospital, balai polis, deretan kedai moden, kemudahan perbankan (ATM), padang permainan dan sebagainya.

Maka tidak perlulah rakyat Kinabatangan pergi jauh ke bandar Sandakan (sejauh 78.1km) atau bandar Lahad Datu sejauh 97.7km) untuk membeli keperluan harian dan perkhidmatan. Kali terakhir saya melawat Kinabatangan pada tahun 2013, pembangunannya memang mengkagumkan.

Bermegah-megah
Seseorang wakil rakyat diiktiraf berjaya apabila dia berjaya membantu rakyat menyediakan kemudahan asas di kawasannya 

Sebaliknya seseorang wakil rakyat dikategorikan gagal apabila pembangunan di kawasannya sangat menyedihkan, walaupun dia bermegah-megah kerana bangganya sudah berpuluh-puluh tahun menjadi wakil rakyat. Sekiranya kita melawat di kawasannya, seolah-olah kita berada di tahun 1960an. Biasanya wakil rakyat seperti ini tidak mahu mengakui kegagalannya. 

Rakyat amat sukar mempercayai alasan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan tidak memberikan apa-apa peruntukan pembangunan. Setiap tahun Perdana Menteri dan Ketua Menteri membentangkan Bajet. Rakyat akan menyoal ke manakah Bajet itu?

Salah satu masalah kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dahulu, ialah isu implementasi. Perancangan dan dasar Pak Lah yang bagus tidak sampai di peringkat bawah. 

Jika Bung Mokhtar boleh memajukan kawasannya daripada hutan belantara kepada bandar baharu, apakah rahsianya? Bung Mokhtar barangkali tidak perlu berundur kerana teriktiraf berjaya, bagaimanakah pula yang gagal? 

Kata Tun Dr. Mahathir Mohamad, berhentilah makan sebelum kenyang. Maka jika terbukti gagal, berhentilah menjadi wakil rakyat sebelum diturunkan oleh rakyat sendiri.
MINI MARKET DAN KEDAI
KEDAI MAKANAN DAN MINUMAN
AGRO BANK KINABATANGAN
BANGUNAN KERAJAAN
KFC PUN ADA !
BANGUNAN KERAJAAN UNTUK PERKHIDMATAN



7 Komen:

Anonymous said...

Kalabakan paling buruk di Sabah. Pekan pun tiada apalagi bandar. Heran juga aku itu Kalabakan itu macam bikin malu Sabah saja.

Janda 3 tahun said...

hidup Bung.. aku salute & chinta sama Bung!

Anonymous said...

Bung mokhtar memang selalu mendahulukan pengundinya

Anonymous said...

Saya dengar2 la, ada pamimpin tu sukak tinggal luar negera, tarak masa tengok kawasan..cucah lerr

Anonymous said...

tidak mau komen pasal bung mokhtar cakap sabah dianaktirikan apabila menyebut pasal elaun penjawat awam di sabah dan semenanjung

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terimakasih kepada pembaca dalam blog ini dan juga dalam portal www.merdeka-online.com Ramai juga peminat Bung Mokhtar ya...Dalam tempoh 24 jam sahaja, jumlah pembaca yang direkod mencecah 25,0000 orang pembaca! Rekod baru kepada saya.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

pembetulan : 25,000 orang (25K)

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan