SERANGAN FASA KEDUA: TANGAN KIRI REMBAS KAKI NAJIB TANGAN KANAN HULUR TANGAN

on Wednesday, March 11

Hari Pertama Pembukaan Sesi Parlimen Penggal Ke-3
DS Najib & TS Muhyiddin Tonggak Kekuatan UMNO Dan Kerajaan
Selepas kegagalan pihak-pihak tertentu menjatuhkan Dato' Sri Najib (Najib) melalui isu 1MDB, kini serangan ke atas Najib memasuki fasa kedua.

Mereka mula melaga-lagakan Najib dengan TS Muhyiddin (Muhyiddin) dengan membanding-bandingkan kenyataan kedua-dua pemimpin utama kerajaan mengenai 1MDB. 

Kemudiannya, ketidakhadiran TS Muhyiddin semasa pertemuan ketua-ketua bahagian baru-baru ini, menambahkan lagi bahan perasa kepada mereka untuk menjarakkan kedua-dua pemimpin utama kerajaan ini.

Untuk menerangkan serangan-serangan politik ke atas 1MDB bukannya mudah kerana ada rentetan peristiwa.

Saya tidak akan menerangkan dari aspek audit dan amaun kerana ianya bukan bidang saya. Anda boleh menghantar amaun jika anda memilikinya di dalam kotak emel saya. 

Kedua, saya yakin pihak lembaga pengurusan 1MDB mempunyai angka yang lebih tepat dan pihak pengkritik juga sudah tentu memiliki angka mereka sendiri dari sumber mereka yang tersendiri daripada pihak-pihak tertentu. 

Soal siapa benar, kita tunggu hasil siasatan Jabatan Akauntan Negara (JAN) dan pihak-pihak lain seperti PDRM, SPRM dan PAC sendiri.

Survival, Mereka, B
Isunya ialah kegagalan sesetengah pihak di keliling Najib menjaga survival sekumpulan kecil penyokong kerajaan yang bergantung harap daripada bantuan pihak kerajaan. Walaupun sebelum ini mereka pernah menikmati pelbagai bantuan, namun apabila ianya dihentikan sokongan kepada Najib turut berpusing 180 darjah.

Mereka kecewa, marah dan mengambil peluang untuk membantai kerajaan termasuklah Najib. Harapan mereka supaya Najib akan tumbang dan digantikan dengan orang lain yang boleh menuruti kehendak mereka.

Sejak tahun lalu, mereka mula membangkitkan pelbagai ketidakpuasan hati khususnya kepada Najib. Malang kepada mereka, kebanyakan isu yang dibangkitkan menjadi tidak relevan kerana kerajaan mempunyai jawapan.

Oleh kerana mereka pernah menjadi sebahagian dari team di pihak Najib, maka mereka mengetahui banyak perjalanan dalam kerajaan kerana mereka bergaul dengan semua orang di situ.

Mereka mengetahui akan wujudnya serangan oleh pengendali Sarawak Report. Mereka turut mengetahui akan serangan-serangan oleh pihak pembangkang mengenai 1MDB.

Secara umumnya tidak ramai kumpulan penyokong pro kerajaan yang membantai Najib dan 1MDB. Hanya segelintir pihak sahaja yang tidak henti-henti menari mengikut lenggok pembangkang.

Hari ini mereka sudah kehabisan peluru. Mereka sudah kehabisan amaun dan angka. Mereka sudah kehabisan persepsi untuk dimainkan. 

Salah satu perkara yang tidak terfikir oleh kumpulan ini ialah apabila Najib menyerahkan isu ini untuk ditangani oleh pihak JAN, PAC, SPRM dan PDRM. Akhirnya mereka terpaksa berdiam diri daripada terus mengaitkan Najib dengan isu 1MDB.

Mereka kini memainkan isu lain kononnya wujud pertelagahan Najib-Muhyiddin dengan harapan pertelagahan itu benar-benar terjadi.

Namun, mereka semua terlupa Tuhan Maha Adil. Nampaknya Tuhan menyebelahi Najib. 

Nasehat
Tidak perlu saya menyatakan secara terperinci hal ini, cukuplah sekadar umum. Kita tidak boleh mengamalkan tangan kiri merembas kaki Najib, tangan kanan menghulur tangan kepada Najib. 

Nasehat saya marilah kita bersama semula. Semuanya sudah berakhir.








7 Komen:

Anonymous said...

Siapakah mereka yang dimaksudkan itu?

Anonymous said...

Bagaimana pula dengan kami bukan ahli umno, bukan dari semenanjung malaysia tetapi yang telah memberi sokongan kepada umno/bn selama ini? Kami tak pernah dapat kontrak dari najib atau federal?

Kami tak pernah paksa najib turun takhta tapi mahu beliau buat sukarela kerana beliau tak boleh pimpin orang melayu islam dan negara!

Semakin hari semakin hancur. Semakin hari semakin lari dari perjuangan adal. Semakin hari kita di hina oleh bjksn melayu islam.

ISA dah terbang, 1MDB bon jangka, BRIM yang akan merosak kewangan negara, TPPA yang akan menghilangkan kedaulatan negara dan bermacam2 lagi.

najib did not silence critics on1MDB....only resting the issue until the completion of audit...depands on how good is the audit. Its a time bomb......

So the writer, you can be a ball carrier but not us in east malaysia....sorry. We help bn at federal level

Anonymous said...

apakah ianya sudah berakhir atau ianya baru bermula??Allah maha besar..kita tunggu n lihat..klu nak merembas najib..elok di tengkuknya terus..

Anonymous said...

kita boleh tgk dgn suasana politik yg tidak stabil..kini pemimpin yg berkuasa terlalu lembik dan bacul..Akta hasutan hampir dipersetankan Najib..tanah2 rezab melayu semakin merosot tidak diganti..klu di negeri Perak pula..tanah2 kerajaan di bandar spt Ipoh habis dijual pada cina contoh tanah kuarters kerajaan di depan rumah MB,tanah kuarters di sg.senam juga telah dibangunkan pusat komersial yg dimana bangsa Melayu pn xmampu berniaga..jadi nak tanya dimana UMNO yg kata perjuangkan Bangsa Melayu??kembalikan lah UMNO yang kuat n tegas..rindukan zaman cina india xberani angkat muka..

Anonymous said...

SIAPA KATA SEGELINTIR PENYOKONG KERAJAAN MEMPERTIKAIKAN NAJIB!!turun lah kebawa dan dengar betul apa yg org ramai cakap..jgn dok dengar penasihat2 yg SUKA MELIHAT RAJA YG BOGEL!!

Anonymous said...

Awak sindir sapa sebenarnya ne? sungguh tajam sindiran awak, mcm boleh agak ne awak sindir sapa

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terima kasih di atas komentar anda semua. Semuanya bagus.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan