SURAT DARI AMERIKA KEPADA DS NAJIB

on Wednesday, March 4

Istiqamah
Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh,

Dato Sri' Najib, 

Saya dapat merasakan betapa peritnya apabila pembangkang menyerang bertubi-tubi Dato' Sri setiap masa dan setiap hari. Kini bukan sahaja peribadi Dato' Sri, malah mereka juga menyerang keluarga dan allahyarham Tun Abd Razak. Perbuatan itu sungguh tidak adil kerana allahyarham Tun tidak ada untuk menjawab tuduhan-tuduhan mereka. Bersabarlah, sesungguhnya Allah SWT bersama hambaNYA yang bersabar.

Begitulah musuh politik, mereka tidak kira siang dan malam, di dalam atau di luar negara mereka berusaha tanpa henti supaya Dato' Sri fed up dan menyerah kalah. Malangnya mereka silap orang, Dato' Sri bukannya Richard Nixon.

Pada tahun 2006, mereka berusaha mengaitkan Dato' Sri dengan kematian Altantunya. Walaupun Dato' Sri sudah bersumpah dengan kitab suci Al-Quran di dalam masjid pada tahun 2007 di Ijok, kemudiannya di Permatang Pauh namun mereka terus-menerus membuat tuduhan dengan harapan Dato' Sri akan menyerah kalah. 

Akhirnya, setelah hampir 10 tahun perbicaraan, mahkamah telah menunjukkan kebenaran. 

Kini mereka tidak lagi mengaitkannya dengan Dato Sri, sebaliknya mereka beralih arah pula kepada 1MDBMereka berusaha bermati-matian menyerang Dato' Sri melalui isu 1MDB pula, dengan harapan Dato' Sri akan mengaku kalah. 

Beribu-Ribu Emel
Kali ini, sumber utama mereka dari seorang yang duduk di luar negara tetapi kononnya lebih tahu hal negara kita sendiri!. Dia mendakwa memiliki beribu-ribu emel sejak dua tahun lalu! 

Wauw! Peliknya kenapa dia tidak mendedahkannya semasa PRU13. Seandainya dia mendedahkannya pada tahun 2013, barangkali DS Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng sudah menjadi Perdana Menteri sekiranya emel beribu-ribu itu didedahkan! 

Malangnya, dia berjaya menipu sekelompok pemimpin pembangkang dalam satu masa, tetapi dia tidak dapat menipu semua orang dalam semua masa. 

Ternyata semua itu adalah permainan politik sahaja. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah untuk menyerang musuh politik, seseorang terpaksa memerap beribu-ribu emel dalam tempoh 2 tahun. Kemudiannya menyatakan dia tidak akan mendedahkannya. Sungguh-sungguh sama cereka drama berkotak-kotak dokumen yang tidak dijumpa-jumpa sehingga sekarang!

Begitu juga halnya seorang wartawan lama asyik mencari kesalahan apa sahaja dibuat oleh Dato' Sri kebelakangan ini. Sebagai seorang wartawan senior, kita tidak akan mengungkit hal-hal yang telah terjadi semasa hayat mana-mana pemimpin yang telah meninggal dunia. Kerana mereka sudah tiada untuk menjawab tuduhan-tuduhan terbaharu. Sabarlah Dato' Sri, kerana sememangnya 'Melayu Mudah Lupa'.

Modus Operandi
Dato' Sri, itulah modus operandi mereka. Apabila Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, mereka tuduh Tun Dr. Mahathir maha Firaun, diktator, kronisme, kolusi dan nepotisme. 

Apabila Pak Lah mengambilalih kuasa dituduh pula flip flop, terlalu lembut dan campurtangan menantu. 

Apabila Dato' Sri menjadi Perdana Menteri bermacam-macam lagi tuduhan dibuat-buat. 

Kemudiannya, apabila Pak Lah dan Tun Dr. Mahathir tidak lagi menjadi Perdana Menteri mereka seakan-akan lupa dengan semua tuduhan-tuduhan itu. Malah mereka memuji pula mantan-mantan Perdana Menteri tersebut.

Begitulah juga dengan Dato' Sri, apabila kelak Dato' Sri tidak lagi menjadi Perdana Menteri, pada masa itulah pula mereka akan menelan semula tuduhan-tuduhan mereka itu sebaliknya memuji-muji pula Dato' Sri. 

Pusingan seterusnya mereka akan menghina-dina pula Perdana Menteri yang terbaharu.

Falsafah Sang Pinisi
Sang 'Pinisi' Gagah Perkasa Di Samudera,
Layarnya Berkembang Megah Walau Ombak Lautan Mengganas
Harapan saya dan majoriti rakyat Malaysia, supaya Dato' Sri teguh pendirian dan istiqamah. Jadilah seperti 'sang Pinisi' yang gagah perkasa di lautan gelora, walau ombak setinggi gunung, layarnya berkembang megah meredah lautan yang mengganas. 

Dato' Sri, di sebalik serangan semua itu, marilah kita bersyukur jua kerana majoriti rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan tipu helah mereka.

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kesabaran kepada Dato' Sri.

Salam hormat,

Al-Azharri Siddiq,
Amerika Syarikat,
Mac, 3, 2015.












5 Komen:

Unding koko said...

Kami sentiasa menyokong kepimpinan datuk dan sentiasa berdiri teguh d belakang datuk.

Anonymous said...

Umno terus mara untuk rakyat malaysia

Anonymous said...

WALAU AKU MARAH UMNO AKU MASIH PERCAYA HANYA UMNO SAJE YG MAMPU MENTADBIR NEGARA.. PARTI2 LAIN TAK BOLIH DIHARAP.

Admin SpotTheBloggers said...

Salam. Mohon izin blog ini dipautkan ke http://spotthebloggers.blogspot.com Sila email ke spotthebloggers@gmail.com sekiranya tn membantah. TK

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Waalaikum salam, silakan saudara, semoga memberi kebaikan untuk agama dan negara kita.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan