ALTERNATIF KEPADA GST, JAWAPAN KEPADA TIMBALAN MENTERI KEWANGAN

on Thursday, April 23

Gambar Hiasan
Sebelum GST dilaksanakan di Malaysia, saya telah berdiskusi dengan beberapa pelajar Malaysia di Amerika Syarikat ini. Walau bagaimanapun, diskusi kami agak terlewat kerana kami hanya bertemu dua minggu sebelum GST dilaksanakan di negara kita. 

Namun begitu, semalam Timbalan Menteri Kewangan yang bertanggungjawab berkenaan GST telah mencabar pihak pembangkang supaya mengemukakan alternatif lain yang boleh meringankan beban rakyat dan pada masa yang sama dapat memajukan negara. Anda boleh rujuk di sini .Saya fikir cabaran itu juga perlu diambilpeluang oleh kakitangan kerajaan dengan memberikan idea alternatif untuk kebaikan negara kita.

Maka, saya berfikir inilah masanya untuk saya mencadangkan idea ini. Saya mendapatkan semula pandangan mereka dan hasil diskusi kami di bawah ini dicadangkan penambaikan GST di Malaysia.

Saya yakin dan percaya, anda pakar-pakar ekonomi di peringkat mana pun mempunyai idea yang lebih baik untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan idea ini. Silakan beri komentar anda.

Tujuan saya hanya dua sebagaimana cabaran oleh Timbalan Menteri Kewangan iaitu untuk meringankan beban rakyat dan pada masa yang sama mereka memberi sumbangan kepada pembangunan negara.

Menurut rekod EPU (rekod 2012), pendapatan penduduk di bandar-bandar yang melebihi RM5,000 sebulan ialah 41%. Manakala mereka yang berpendapatan RM4,000-RM4,999 sebanyak 12.4% . Hanya 3.2% penduduk di bandar-bandar mempunyai pendapatan di antara RM499-RM999 sebulan. Anda boleh rujuk di sini

Tafsiran pendapatan penduduk di bandar itu pula telah dinilai semula dengan pengenalan istilah miskin bandar kerana faktor-faktor harga barang dan perkhidmatan yang lebih mahal berbanding di bandar-bandar sederhana dan kecil. 
Sekadar Contoh: Cadangan Penambahbaikan GST Berdasarkan Pendapatan Perkapita & Kawasan
          
Nota:
1. Saya tidak mempunyai data yang terkini Pendapatan Perkapita bandar-bandar di atas. Oleh yang demikian, saya hanya meletak perkataan Tinggi, Sederhana, Rendah dan Sangat Rendah sahaja. Sekiranya idea ini boleh digunapakai untuk penambahbaikan GST, pasukan pemikir GST di Kuala Lumpur sepatutnya memiliki data-data yang lebih terkini. Namun begitu, ideanya ialah GST dikenakan secara berperingkat-peringkat mengikut Pendapatan Perkapita penduduk di sesebuah kawasan.

2. Kaedah GST sekarang dikenakan secara samarata iaitu 6% kepada semua peringkat pendapatan dan semua kawasan tanpa mengambilkira Pendapatan Perkapita penduduk di sesebuah kawasan. Kesannya, rakyat yang berpendapatan rendah atau tidak mempunyai pendapatan merasa beban yang sangat berat.

3. Cadangan 7% dan 8% itu untuk menampung kawasan-kawasan yang hanya dikenakan 0% hingga 5%. Ini hanyalah idea dan mekanisme yang boleh ditambahbaik lagi. 

Isunya adalah bagaimana GST ini boleh meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah atau langsung tidak mempunyai pendapatan. Kedua, bagaimana rakyat boleh terus memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Ketiga, saya ingin mencadangkan supaya perlaksanaan GST sekarang dikategorikan sebagai percubaan sahaja, di mana pada bulan ketiga ianya perlu dinilai semula sekiranya terdapat kelemahan.

Bahagian 2 akan menyusul... berkenaan GST makanan dan GST perkhidmatan.


6 Komen:

Anonymous said...

Good idea but sure Menteri CGPA 3.85 not agree...but ya as i say good idea to the poor.

Anonymous said...

Sy rasa ok juga ideamu ne, yg penting 6% dikasi sapurata memang ideo goblok. Mana boleh orang yg gaji RM10k dan yg income rm500 di kampung2 membayar GST yg sama 6%... Mereka tidak pikir panjang. Percayalah hari ini pilihanraya saya sendiri tak undi BN walau sy karja kerajaan.. Ini Kalilah!

Anonymous said...

Negara masih banyak punca kewangan. Minyak, hasil pertanian, pelancongan dan sebagainya. Rezab kerajaan pun orang kewangan cakap masih kukuh. Jadi mengapa Gst perlu direalisasikan??
Usaha tinggikan dulu pendapatan isirumah. Sediakan peluang2 pekerjaan. Tangani masalah social, turunkan harga barang dengan kawalan yang ketat, barulah rakyat bersedia untuk membayar cukai.
Ini berlaku sebaliknya. Kerja buat tak mahu, takde duit nak agih dalam Negara pandai mintak dengan rakyat saja. Sebelum ni tabor juta juta sana sini, borosnya dalam belanja, nak beli kapal angkasa Soyuz nasib baik tak jadi.
konklusi saya mudah. Negara masih belum bersedia untuk gst kerana banyak factor. Jadi tamatkan dulu gst!
Kelihatan yang menzahirkan gst adalah najib! Jadi turunkan dulu najib! Ganti dengan TsMY contohnya!
Susun semula strategi pentadbiran Negara, hapuskan penasihat luar Negara contohnya, Kos yg dibayar kepadanya terlalu tinggi sedang hasil menyusahkan rakyat! Tidak ke itu satu pembaziran?
Saya juga tak akan keluar mengundi selagi najib masih PM. Beliau sudah tak kompeten unt terus menerajui Negara.

Anonymous said...

Kejaan kena pikir cadangan ne sebab tidak ada kerugian kerana 0% Gst tu akan dikowtim oleh 8% GST di bandar2 besar... itupun kalo mentri cgpa ada akal ler...

Anonymous said...

Sy tak stuju melainkan Hapuskan GST baru stuju ... tak pe la suka koranglah , kitaorsng tunggu Pru dan tau la kita mcmana nak hukum ko orang

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terimakasih kepada yg menyumbangkan idea. Biarlah pembaca memberi penilaian mereka.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan