SOKONGAN PEMUDA UMNO KEPADA NAJIB SETIPIS KULIT BAWANG ?

on Sunday, April 19

KJ Ketika Berucap Di University of Pennyslavania,
Amerika Syarikat Baru-baru Ini (Mac, 7, 2015)
BARU-BARU ini Khairy Jamaluddin (KJ) yang mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO telah melambung DS Najib di sini sebagai tanda sokongan. Ianya berlaku ketika selesai taklimat oleh DS Najib kepada Pemuda UMNO mengenai isu-isu semasa.

KJ adalah seorang yang bersifat opportunist. Sifat seorang opportunist adalah akan berada di tempat yang sesuai dan pada masa yang tepat. Semasa masih belajar dahulu, diberitakan dalam banyak media sosial kononnya KJ pernah meminta Tun Dr. Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketika itu, tetapi saya belum mendengar sendiri rakaman video itu. Mungkin tidak benar.

Semasa memenangi kerusi Pergerakan Pemuda UMNO dahulu (2008), KJ telah melompat daripada tempat duduknya untuk merayakan kemenangannya, kerana Pak Lah ketika itu menerima tekanan yang amat kuat daripada Tun M supaya meletak jawatan. 

Hari ini, apabila DS Najib dilanda gelombang besar sekali lagi KJ muncul di tempat yang sesuai dan pada masa yang tepat. KJ memberikan komen yang bermakna di awal-awal kritikan Tun M dan seterusnya KJ menyerlahkan lagi sokongan itu ketika peristiwa melambung DS Najib.

Secara peribadi, tindakan KJ itu okey dalam mempertahankan Presiden UMNO, tetapi bagi saya ianya tidak mencukupi. Apa yang dilakukannya itu boleh dilakukan oleh persatuan-persatuan pelajar di peringkat sekolah dan universiti. Malah, NGO-NGO juga boleh melakukan yang lebih berkesan daripada itu. Janganlah merendahkan level Pemuda UMNO ke tahap persatuan siswazah atau NGO di kampung.

Saya ingin memberi cabaran kepada KJ dan Pergerakan Pemuda UMNO supaya mengumpulkan 100,000 Pemuda UMNO seluruh negara berhimpun di Stadium Bukit Jalil untuk menunjukkan sokongan sebenar Pemuda UMNO kepada Presiden. Baharulah dinamakan Pemuda yang hebat! Jikalau setakat 191 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian sahaja, ianya umpama sokongan tahi kuku. Tidak berkesan dan bersifat olok-olok sahaja, sebab itulah Tun Daim dan ramai lagi mentertawakannya.

Sehingga sekarang ini, saya masih sangsi apakah KJ mampu mengumpul 100,000 Pemuda di dalam stadium. Rekod menunjukkan semasa himpunan Bersih dahulu (2011), ketika KJ dengan kumpulan pemuda yang diberikan nama Patriot itu, KJ hanya mampu mengumpul lebih kurang 300-500 orang sahaja berbanding NGO Bersih yang berjaya mengumpul puluhan ribu orang. Ianya sangat memalukan di sini .

Kepada KJ, saya memberi cabaran dengan ikhlas, buatlah, tunjukkan sokongan yang sebenar Pemuda UMNO kepada DS Najib bukannya sokongan dalam dewan berukuran 40 X 100 kaki sahaja. Itu kerja NGO yang tidak punya wang. Saya tidak percaya KJ tidak mempunyai sumber kewangan untuk melestarikannya.

Janganlah Pemuda UMNO memalukan diri di hadapan Datuk Ibrahim Ali. Kalaulah Datuk Ibrahim Ali masih muda, dia boleh mengumpul 70,000 orang dalam tempoh 24 jam sahaja. Dia sudah membuktikannya beberapa kali ketika zaman mudanya.

Saya bukan anti KJ, saya cuma mahu KJ membuat lebih daripada itu. Saya mahu KJ membuat 3 dan 4 langkah ke hadapan, bukannya jumlah yang ciput dan statik. Saya sudah berbisik kepada KJ dua tahun lalu ketika bertemu di sini, saya akan mengkritik anda jika perlu untuk masa hadapan parti, kerajaan dan negara. Saya sangat bimbang bilamana saya diberitahu oleh seorang pemimpin Pemuda bahawa tidak ada satu pun exco-exco Pemuda UMNO berani mengkritik KJ atau berbuat sesuatu yang lebih baik daripada KJ, walaupun untuk kebaikan. Ini adalah masalah besar!

Perbandingannya adalah, sokongan sejumlah 191 Ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO adalah umpama setipis kulit bawang, namun sokongan 100,000 Pemuda UMNO tiada bandingan lagi.

Bagaimana KJ ?, mampukah Pemuda UMNO mengumpul 100,000 orang di dalam stadium Bukit Jalil, barangkali pada 1 Mei 2015 ini. Jika berjaya, ramai orang mahu melihat KJ berucap dengan hanya sehelai kertas A4 di tangannya. Seorang peguam menyatakan kepada saya, beliau dan rakan-rakan sukakan cara simple and steady begitu.

Nota: Pada tahun 1998, semasa Tun Dr Mahathir menerima tentangan maha dasyat daripada penyokong Anwar dan pihak pembangkang, Tun Dr Mahathir telah membuat acara yang memenuhi stadium Bukit Jalil. Acara tersebut sempena Sukan Komanwel di mana seluruh rakyat memenuhi setiap inci stadium Bukit Jalil tanda sokongan kepada Tun Dr Mahathir.

Acara-acara lain yang pernah digunakan oleh Tun Dr. Mahathir untuk menunjukkan sokongan rakyat adalah perhimpunan menyokong Yasser Arafat, perhimpunan menyokong Presiden Saddam Hussien melawan kekejaman tentera bersekutu Amerika, perhimpunan SEMARAK dan sebagainya. 

Semua perhimpunan tersebut berjaya menyatukan rakyat untuk menyokong Perdana Menteri dan kerajaan!.

Selamat Berhujung Minggu.

Washington DC, USA.
April, 18, 2015,


8 Komen:

Anonymous said...

Saya tak terpikir Pemuda Umno mampu membuatnya...cabaran yg bagus!!! Kita tengok mereka sahut tak cabaran u..

Anonymous said...

mana ada dah pemuda UMNO yg memperjuangkan Alif ba ta..yg ada pemuda UMNO skang yg perjuangkan duit n harta..buktinya apa tindakan drastik pemuda ketika ucapan pembukaan pemuda,wanita n puteri oleh TSMY ttg 10 perkara apa yg difikirkan belia diluar ttg UMNO!!

#pemudaLiberalUmno
#pemudaBacul

Anonymous said...

Biarlah sy berterus-terang, selepas KJ pemuda UMNO akan hancurr... yg ada tak kredible malah byk isu... sy pun akan out from Umno after KJ...

Anonymous said...

KJ is a weak Youth Leader, a non performing minister and also an expert in rhetoricism.

Your challenge to him, sir is too heavy for him. He can organise a gasing competition at village level......an oxford or cambridge product?.........perhaps a polytechnic in the UK in oxford and cambridge area.

Anonymous said...

Sebenarnya padamasa sekarang PM Najib tidak memerlukan sangat sokongan yg menunjuk-nunjuk,yg penting semua pihak mempunyai halatuju yg sama ,mempertahankan Umno ugama Islam , Bangsa Melayu dan Bumiputra.Menyatakan sokongan secara biasanya saja sudah mencukup,agar pihak yg cuba memacah belah dan memporak perandakan keadaan menyedari langakah mereka tidak begitu mendapat sambutan.Kalau kenyataan di buat berdegar-degar pun apa guna nya ,seperti yg di alami oleh Mahahtir sendiri semasa pertandingan jawatan Presiden dgn Ku Li dulu,berapa undi saja Mahahtir menang,walau pun sokongan bukan main gah lagi?.Itu pun kerana pengundi hantu dan peristiwa 'balackout ' semasa pengiraan undi.

Anonymous said...

Tuan Hj,mohon izin :

GERAKAN ETD Najib.
Najib is not Irreplaceable.
Najib bukan kebal.
Masa sudah amat dekat - Estimated Time of Departure Najib).
Najib is not irreplaceable.
He is Clueless.
Since 2008 he liberalised and transformed,hari ini dia marah ,sebab dia sendiri lahir kan information democratisation. Last Mile connectivity. Not Competent.
TDM, You are not alone.
Rakyat tolak BN sebab ;
UMNO sudah jauh memyimpang dari aspirasi rakyat dan Najib mementing mengutamakan kepentingan kaum atasan, warga bangsawan,upper class kasta, juga kaum expatriate dan juga pelancong halal dan haram,juga yang di lindungi atas sebab kepentingan luar dugaan
Kepimpinan AjibGor Luar jangkaan memingirkan rakyat luar bandar.
Getah RM1.98 tak dapat beli :
1.beras 5 %,
2.Minyak subsidi 2.50,
4. Ron 95, 1.95,
5.gula 2.58.
5.tepung 2.60.
Masih mahu beli kapal terbang private jet.
Liberalisasi.Kelainan. Lembab.Longlai.Lambat.
1M.BR1M KR1M,Kain 1M,Buku 1M.Restoran Menu1M klinik 1M.UTC.RTC .
Endless possibilities dan 1000 macam slogan.Najib mekanik Tulin.
Endless festivals.
Nak bagi PRC VISA LESS agar Pelancung lain dapat hidangan cina dolls.
Boros pembelajawan, sanggup naik gaji AP atas dasar nak samakan dengan orang lain macam Singapork..
Mengutamakan kepentingan PRC, ASEAN dan Singapork,sekolah sekolah cina yang jelas anti dasar kerajaan,mengutamakan liberal kebaratan lebih orang putih dari orang putih.Najib-sapa kata dia jiwa rakyat ?Kalau hidup mewah ?
Nak pakai kapal terbang baru, nak jumpa ketua negara ASEAN.PRC sudah gasak Malaysia punya pasir untuk buat hegemonony di pulau pulau batu karang.
Depan mata kita, PRC nak menjadi neo imperialism,.Baik sangat Najib dengan PRC.
TDM You Are Not Alone.
#2 arjuna waspada
changkat lobak.

achot man said...

Nak kna berzumba dulu kot?

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terimakasih kpd semua pemberi komen kita serah kpd pembaca menilai pandangan kita. TK

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan