ISI LAPORAN ISU KOMPLOT JATUHKAN PERDANA MENTERI

on Monday, April 27

Dalam laporan kepada Presiden UMNO ini, salah satu isu yang ditimbulkan dalam kes komplot Rompin ialah mereka tidak faham isu 1MDB dan mereka tidak mengerti bagaimana untuk menjawab isu-isu 1MDB di peringkat grassroots

Dari segi moral, bermaksud Pergerakan Pemuda UMNO bersifat jumud dan malas. Dari segi politik, ianya membuktikan Pergerakan Pemuda UMNO tidak memiliki bahan dan tidak mempunyai sistem kerja yang sistematik untuk menangani isu-isu besar. Dari segi dasar, bermaksud Pergerakan Pemuda UMNO bergerak secara one man show bukannya berkoordinasi.

Oleh yang demikian, sebagai permulaan kita kongsikan 2 bahan kepada Naib Ketua Pemuda UMNO dan rakan-rakannya di bawah ini. 

Bahan dalam negara ini sangat simple dan mudah difahami. 

Bahan luar negara  ini sangat sesuai dengan masa dan keadaan. Ianya kredible dan menggunakan instrumen ekonomi dan fundamental ekonomi semasa yang diperakui di peringkat global.

Jika unit media siber Pergerakan Pemuda UMNO bijaksana, jadikan bahan-bahan tersebut sebagai slaid powerpoint dan poster ringkas yang mudah difahami oleh rakyat jelata. Sudah tentu ianya sangat berguna di PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh.

Jika YB Khairy Jamaluddin berpandangan pasukan Pemuda UMNO tidak mampu melakukannya, saya sedia membantu, mengapa tidak? 

Isu Maklumat
Saya telah menyatakan dalam entri sebelum ini supaya pasukan kerajaan hendaklah memberi maklumat yang tepat dan betul kepada Tun Dr. Mahathir dalam isu-isu yang dibangkitkan khususnya maklumat daripada Bank Negara, Kementerian Kewangan dan 1MDB sendiri sementara menanti hasil siasatan Jabatan Akauntan Negara dan PAC.

Jangan biarkan Tun M diberikan maklumat daripada mana-mana pihak yang tidak tepat dan dipersoalkan kredibilitinya. Jangan biarkan portal asing memberikan maklumat yang bersifat hipotesis dan diketahui peranannya mengadu-domba politik negara. Kasihanilah Tun M, kerana angka-angka yang dipersoalkan oleh Tun M kini sudah berubah-ubah. Mungkin Tun M mendapati berlaku banyak kesilapan daripada laporan terdahulu yang diberikan kepadanya.

Bayangkan jika satu portal mendabik dada kononnya dia memiliki beribu-ribu emel mengenai 1MDB. Sudah tentu dalam hati Tun M berkata, portal lain pun boleh berkata dia ada beribu-ribu maklumat mengenai 1MDB. Soalnya, mana dia dan apa dia? Janganlah memberikan bahan yang sama yang pernah dikitar oleh pihak pembangkang untuk dikitar semula oleh Tun M.

Hikmah Di Sebalik Kritikan Tun M 
Namun begitu, kita bersyukur kerana kritikan Tun M ke atas DS Najib membolehkan kita mengenali musuh dalam selimut, sebagaimana tragedi Rompin itu. 

Hari ini, strategi mereka berubah di mana mereka tidak lagi bercakap banyak mengenai isu 1MDB, barangkali sudah kehabisan bahan. Sebaliknya mereka menggunakan pendekatan rayuan, yakni merayu supaya DS Najib berundur.

Ingatlah, jangan menyerang peribadi Tun M kerana Tun M kekal sebagai Negarawan kita. Jawablah isu yang dibangkitkan dengan fakta yang betul. 

Saya mencabar Naib Ketua Pemuda UMNO mendapatkan ulasan 1MDB secara terperinci daripada Gabenor Bank Negara! Janganlah tunjuk kelemahan tidak mampu melakukannya, anda bukan ahli biasa UMNO, anda Naib Ketua Pemuda.


13 Komen:

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Tq kerana link di atas :)

Anonymous said...

A blind man will never ever see reality. Too bad..

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Assalamualaikum WW/ Salam Sejahtera,

Tun Faisal, sy ucap tahniah di atas artikel yg sgt baik kerana mudah difahami, ianya perlu lebih banyak lagi. Kerana itulah sy mencadangkan kpd Pergerakan Pemuda UMNO supaya bekerja lebih sedikit dgn memecahkan artikel itu dan mana2 artikel lain daripada sumber2 yg diyakini seperti Bank Negara. Sepatutnya Unit Media UMNO Pemuda melakukannya dgn pantas, malangnya saya melihat mereka skrg sgt menghampakan berbanding semasa Tun mengetuainya. Setidak2nya pada masa Tun F, UMB kelihatan terancang drpd segi organisasi dan aktiviti, terkedapan dlm mendepani isu2 semasa di media TV, disegani pihak lawan dan juga sgt cepat menjawab isu2 semasa dlm kumpulan yg besar. Hari ini sy perhatikan unit media Pemuda UMNO gagal kerana ketuanya tidak mempunyai pengalaman mengurus hal2 yg berkaitan media massa. Kita mengkritik utk kebaikan.

Semoga bertemu lagi suatu hari nanti. Salam dari kejauhan.

Anonymous said...

Mr blogger, sir

Just asking, are you in the same league with tun faisal, salleh said keruak etc.....?

Birds of the same feather flock together...

Remember, sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Wallahuaklam

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Walaupun sy bukan ahli UMB dan bukan dalam kumpulan UMB yg diketuai Tun Faisal, tetapi sy mengenali Tun Faisal semasa beliau menjadi Peg Khas kpd Datuk Seri Hishammuddin. Sy faham ramai yg tidak bersetuju dgn Tun Faisal semasa beliau mengetuai UMB, namun sebagai pengamal media sy melihat beliau boleh manage satu team yg sebesar UMB suatu ketika dahulu.

Saya mengenali Tun Faisal sejak 2008 tetapi seingat saya tidak sampai 5kali bertemu dengannya sehingga tahun 2015. Sy tak pernah bertweet atau berFB dgn Tun Faisal, tidak pernah beremel, tidak pernah menulis surat, dan berwassap sy pikir tidak sampai 3x dlm tempoh 2008-2015.

Sy hanya menilai dari aspek artikel terbaharu beliau di atas, itupun drpd tahun 2008-2015 baru itu sekali lah sy letak link artikel beliau.

Sy harap tuan jelas dgn perkara ini. lagi satu Tun Faisal tak pernah belanja sy minum.

So sy bukan dlm team Tun Faisal. Hanya kebetulan artikel itu menarik sebagaimana Bernama dan Malaysiakini tertarik.

Kadang2 kita harus memberi respect hasil kerja seseorg walaupun kita bukan satu team dengannya.

Sy adalah penyokong Tun M, penyokong kerajaan yg diketuai DS Najib dan penyokong UG PAS-UMNO. Namun, ianya tidak menghalang sy mengkritik kelemahan kerajaan jika ada termasuklah parti UMNO jika ada. Mengkritik untuk kebaikan parti, kerajaan dan negara kita.

Salam hormat.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

DSP Salleh Said Keruak sy kenali sewaktu beliau menjadi Ahli Parlimen Kota Belud. Kami mempunyai banyak persamaan, di antaranya beliau seorang penulis, kami dari negeri yg sama, kami belejar di unverisiti yg sama, dan ayah kami adalah pejuang USNO zaman 70an lagi.

Beliau mempunyai PhD dalam bidang politik dan kerajaan. Tesis PhD beliau mengenai politik masyarakat Bajau di Sabah yang akan dibukukan tidak lama lagi.

Sy tertarik dengan pemikiran beliau yg rasional di dalam blog beliau.

Saya berkawan dengan semua orang, termasuklah blogger2 ternama. Saya pernah bekerjasama dengan Datuk Rocky Bru suatu ketika dahulu. Saya rasa hubungan saya dengan blogger Apanama dan OutSitetheBox lebih rapat berbanding hubugan saya dengan Tun Faisal.

Anonymous said...

hmmm selepas i baca beberapa artikel u ne, sy rasa u ne sorang yg merdeka dan bebas tidak hendak terikat dgn sesiapa. tetapi u kenalah jelas sama ada u sokong DSN or u sokong TDM. Takkanlah kedua-duanya?

Anonymous said...

Mr blogger, sir

I read with interest your revelation that salleh said keruak and you are from sabah. In fact I was just "fishing" to confirm my curiousity. That being the case, that makes us 3 from sabah of course with different stance though politically in the same ship.

Nonetheless, my personal view of tun faisal has wavered since his writings appeared to have forgottened about survival of bumiputera muslims in the country.

In fact salleh said keruak was not popular or first choice before he came on board the political scene. Had it not for his father, he was nothing then. Likewise, salleh also forget about survival of bumiputera muslims.

You may ask me why....simple. sabah and sarawak may have highly populated by bumiputeras but muslim community is a minority.....got it? Non muslim bumiputera can survive as they have no inhibitions..i hope you understand my sensitive views. Saya orang sabah jugak bah....

Salleh was quick to blame mahathir should umno/bn lose in pru14. Did he ever consider the doings of the current ship's captain? Think..............loyalty has a place in any organisation but blind loyalty is dangerous. I do not want to go to the dogs!

I respect all KBU heads but my respect has a limit.I respect najib but he has to prove he is a capable pm.I respect mahathir as he had proven himself as capable ex premier albeit imperfections.

So the choice is ours to pick......

Wallahuaklam

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Komentar anda ini sangat baik dan sy bersetuju dgn pandangan anda itu. Adalah sgt sukar untuk merapatkan pemikiran walaupun dlm satu kapal kerana sensistiviti sesebuah negeri berbeza apatah lagi masyarakatnya. Mencari satu formula ke arah perpaduan sgt sukar kerana sejarah pembinaan negara Malaysia kini dipertanya oleh banyak pihak. Sabah dan sarawak maybe masih menjadi fix deposit kpd BN, tetapi Bumiputera bukan Islam adalah majority dan mereka boleh swing sekelip mata jika Kerajaan pemerintah melakukan kesilapan walaupun kecil. Kita tiada pilihan yg byk melainkan menerima konsep kesederhanaan.

Semoga kita bertemu suatu hari nanti. Silakan emel kpd sy jentayu.abaka@gmail.com

Anonymous said...

Mr blogger, sir

Thank you for giving me your e.mail address but then again I prefer to comment under anonimity.

I would not bother you again bro but i like to make my last comment on "Kita tiada pilihan yg byk melainkan menerima konsep kesederhanaan". I fully agree with you but do not let our leader spoil the good run and make the rakyat unhappy...... You by now may have known efforts by our brothers in east malaysia states on cessation. Dalam kesederhanaan, jangan buat kecoh. Sincerity and integrity counts...

Sadaqallah hal'azim

Anonymous said...

sy rasa elok azwan bro berehat dan bercuti utk satu jangka masa panjang...muhasabah

Anonymous said...

Salam Mr Blogger,

You and me are from the state of sabah and the same goes to salleh said keruak. We exchange views in your blog earlier today.

Wow....what a way salleh appke polished najib...all federal ministers must pledge allegiance to najib in the hour of need! If you do not, please resign.....a tall order salleh.

I just spoke with a close pbb friend of mine in sarawak and he said salleh can fly kites. He firmly said sarawak federal ministers would not stoop that low.....i do not other sabah federal ministers.

This is what i always reminded friends in bn..... blind loyalty is a destructive forcec in a poltical party. Your integrity and credibility will be at stake.

There is nothing wrong for tdm to ask najib to step down after najib refused to respond to his questions as endorsed by the rakyat. Why drag others to defend najib? If he does nothing wrong, step out and explain. Why need your soldiers to fight for you. A leader leads not misleads.

Salleh, where were you before this?

Wallahuaklam

Anonymous said...

Sy berpendapat Azwan Bro perlu diberi peluang membetulkan kesilapannya...anak muda memang mcm tu, atau ka dia kambing hitam sahaja?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan