KASIHANILAH WAN AZIZAH

on Tuesday, April 28

KAJANG BANJIR BESAR SETIAP TAHUN
Washington DC - Pada tahun 2004, peratus pengundi yang turun dalam PRU ke-11 di Permatang Pauh sebanyak 80.93%. Keputusan amat mengejutkan bilamana Datuk Pirdaus Ismail, mantan Imam Besar Masjid Negara yang mewakili BN mendapat undi 21,147 (49.1%) dan Datuk Wan Azizah Ismail menerima undi 21,737 (50.47%) . Majoriti hanya sekecil 590 undi sahaja.

Apakah rahsianya? Adakah kerana calon BN seorang mantan Imam Besar Masjid Negara? Adakah kerana suasana politik ketika itu berpihak kepada BN selepas baharu sahaja peralihan kuasa daripada Tun Dr. Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi? Pokok persoalannya, mengapakah pengundi-pengundi di Permatang Pauh ketika itu hampir-hampir memberikan kemenangan kepada Datuk Pirdaus Ismail?

1. Jawapannya mudah, pada ketika (PRU 2004) itu Pirdaus Ismail berusia 39 tahun berbanding Wan Azizah 52 tahun. Kali ini (PRK 2015), calon BN berusia 43 tahun manakala Wan Azizah berusia 63 tahun. Bermakna pengundi Permatang Pauh mahukan calon muda yang bertenaga dan bermotivasi tinggi.

2. Di pihak Wan Azizah, percubaan kedua di Permatang Pauh kali ini diketahui ramai hanyalah untuk menyambung legasi suaminya DS Anwar Ibrahim. Mahu tidak mahu, kerusi Permatang Pauh sudah menjadi seolah-olah milik kekal keluarga Anwar walaupun sebelum tahun 1982, kerusi tersebut ditandingi oleh PAS sejak tahun 1955.

Pengundi-pengundi di Permatang Pauh juga perlu sedar, apabila Anwar dibebaskan daripada penjara kelak, Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pasti diadakan semula untuk memberi laluan kepada Anwar pula menduduki kerusi tersebut.

3. Tiada siapa boleh lupa bahawa, Wan Azizah memberikan alasan beliau sudah tua, mahu bersara dan mahu menjaga cucu menjadi alasan mengapa beliau meletakkan jawatan dahulu (2008) untuk memberi laluan kepada PRK Permatang Pauh supaya suaminya Anwar boleh bertanding semula. Baca semula alasan Wan Azizah ini

4. Hari ini,  Wan Azizah muncul semula sebagai calon PKR di Permatang Pauh pada ketika yang sama beliau juga adalah wakil rakyat negeri Selangor di DUN Kajang. Ironinya, satu di Kajang dan kini satu lagi sedang mencuba di Permatang Pauh. Mampukah Wan Azizah memikul amanah yang maha berat di kedua-dua tempat yang berjauhan itu? 

Kepada pengundi di Permatang Pauh, kasihanilah Wan Azizah, berikanlah dia masa rehat yang cukup, janganlah menghukum Wan Azizah sekejap berlari ke Kajang sekejap berlari ke Permatang Pauh. Biarlah dia mempunyai masa yang cukup untuk bermesra dengan cucu dan melawat Anwar di penjara. Memenangkan Wan Azizah bermakna anda menyiksa dirinya, memberi kemenangan kepada calon BN bermakna anda memberi kasih sayang kepada Wan Azizah!

5. Lim Guan Eng memberi amaran kekalahan PKR di Permatang Pauh akan menjadi penamat kepada Pakatan Rakyat. Maka, pengundi PAS di Permatang Pauh gunakanlah peluang ini untuk menegakkan Hukum Hudud. Tanpa PAS pun, PR sudah mempunyai pelan kecemasan (emergency plan) dengan mendaftarkan PASMA sebagai parti politik yang akan bergabung semula dengan PR. 

6. Walaupun golongan Ulama di dalam PAS tawar hati untuk membantu PKR di Permatang Pauh, tetapi golongan lain yang dipengaruhi oleh elemen DAP dan elemen Anwarisma di dalam PAS memberi sokongan kepada Wan Azizah. Sekali lagi, mereka sebenarnya mahu menyiksa Wan Azizah !

Saya meramalkan 70% pengundi PAS yang memberi sokongan kepada Hj Hadi Awang akan memboikot kerana pendirian PKR menolak Hukum Hudud adalah mandatori. Hanya 30% ini sahaja pengundi PAS yang berpihak kepada PASMA akan mengundi Wan Azizah.

7. Akhbar-akhbar Cina dua hari lepas meramalkan Wan Azizah akan mengalami kemerosotan undi yang besar di Permatang Pauh.

Kesimpulan
1. Sekiranya pengundi di Permatang Pauh memilih Wan Azizah lagi, maka mereka harus bersedia untuk suatu PRK kecil semula apabila Anwar dibebaskan daripada penjara. 

Perbandingannya, sekiranya mereka memilih calon muda daripada BN, mereka mempunyai peluang besar untuk menikmati bantuan seorang wakil rakyat yang betul-betul wakil rakyat di kawasan Permatang Pauh.

2. Pengundi-pengundi Permatang Pauh hendaklah beringat bahawa Wan Azizah adalah Wakil Rakyat Kajang sedia ada. Kawasan Kajang adalah kawasan yang setiap tahun dilanda banjir besar yang maha dashyat menenggelamkan sekolah, jalanraya, kedai-kedai dan pejabat-pejabat kerajaan. Setiap kali banjir besar di Kajang, Wan Azizah hanya mampu menonton sahaja seperti di sini

3. Kepada pengundi di Permatang Pauh mengapa memperjudikan masa hadapan anda?

Pesan saya dari jauh, berubahlah, Ini Kalilah!
Akhbar-Akhbar Cina Meramalkan
Wan Azizah Akan Mengalami Kemerosotan 








0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan