KEMBAR OBAMA DI MALAYSIA SOKONG NAJIB

on Thursday, April 30


Presiden Obama of United States dengan kembarnya Obama Malaysia
Presiden Obama di United States tidak bersendirian. Dia mempunyai 'kembar' di Malaysia. Saya namakan dia Obama Malaysia. Berbeza dengan Presiden Obama di US, Obama Malaysia hanyalah seorang pekerja di ladang sawit yang dedikasi. Persamaannya pula, kedua-dua Obama ini ahli politik. Seorang Obama sudah menjadi President of the United States, manakala Obama Malaysia seorang ahli politik grassroots yang dedikasi, setia dan tenang.

Dalam perbualan saya dengan Obama Malaysia, dia menyatakan sokongan 100% kepada DS Najib. Walaupun serangan peribadi ke atas DS Najib semakin buas, tetapi Obama Malaysia tidak terpengaruh malah Obama Malaysia mempertahankan DS Najb dengan jujur, rasional dan tenang. 

Kesetiaannya kepada DS Najib melebihi 100%. Saya terkejut apabila mengetahui anaknya yang lahir pada 30 Mac 2008 juga bernama Najib. Wow...ketika itu (2008) DS Najib baharu menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi Obama Malaysia sudah meramalkan DS Najib akan menjadi Perdana Menteri, lalu menamakan anaknya dengan nama Najib. Fantastik!

Obama Malaysia ini sangat mengkagumkan saya. Dia adalah penerima BR1M, kerana anda pasti tahu pendapatan seorang pekerja di ladang sawit. Kenapa dia mengkagumkan saya? Kerana sana-sini orang bercakap, jika anda mahu menang pertandingan AJK Bahagian UMNO anda perlukan seguni wang untuk membeli undi perwakilan!

Tetapi teori itu tidak berlaku kepadanya. Saya pernah menumpang keretanya, hanya sebuah proton Iswara lama. Saya terkejut dia hampir-hampir memenangi pertandingan AJK Bahagian UMNO dua tahun lalu. Obama Malaysia 
menduduki tangga ke-28 daripada 50 orang. Apakah rahsianya? Katanya dua sahaja, iaitu ikhlas dan senyum. Pada tahun 2012, pencapaian terbaik Obama Malaysia ialah terpilih mewakili UMNO Bahagian Tawau ke Persidangan UMNO di PWTC, Kuala Lumpur. 

Saya terkenang perjuangan ayah saya ketika itu AJK Penaja UMNO Bahagian Tawau, hanya berjalan kaki ke Cawangan Felda Umas-Umas daripada simpang jalan utama, untuk menunaikan tanggungjawab merasmikan mesyuarat sebuah cawangan di sana ketika itu (1991). Sehingga ke hari ini, satu sen pun ayah saya tidak pernah menerima apa-apa projek daripada UMNO Bahagian kerana bukanlah tujuan menyertai UMNO untuk mendapatkan sesuatu. Tujuannya hanyalah untuk menjaga agama, bangsa dan negara.

Pada hari ini, adakah lagi pemimpin-pemimpin UMNO sedemikian rupa? 

Bercakap hal isu semasa, walaupun Obama Malaysia duduk di dalam estate, tetapi kesetiaannya kepada kerajaan Malaysia, UMNO dan PM DS Najib sangat luar biasa. Baginya, jika ada kesilapan dan kekurangan marilah bersama-sama memperbetulkannya, bukan menjatuhkannya.

Pada 10 Mei, 2015 DS Najib Perdana Menteri Malaysia akan melawat bumi Tawau. Saya berharap DS Najib akan berkesempatan bertemu Obama Malaysia dan anaknya Najib kerana saya diberitahu anaknya Najib itu sangat berkeinginan bertemu DS Najib dan akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

Kepada pembaca budiman di tanah air ku,
Selamat Bercuti Sempena Hari Pekerja.

Pennyslavania, USA.
April, 30, 2015.
Najib Bin Sarifuddin @ Obama Malaysia, Tahun 1
Di Sekolah  Rendah Kebangsaan Balung, Tawau. 
Sijil Lahir Najib, 30 Mac 2008
Najib Bersiap Ke Sekolah Agama Negeri Balung,Tawau
(Besarkan Untuk Melihat Tag Nama 'Najib')

6 Komen:

Anonymous said...

Nicer sir ...

Anonymous said...

I like it !

Anonymous said...

cerita yg menghiburkan tetapi sgt bermakna. diharap UMNO hari ini dpt ambil iktibar. Jgnlah mengharap sesuatu kerana rakyat mnengharapkan kamu. hari ini susah nak dpt pemimpin yg ikhlas, byk nyer nak habuan jer dan ambik kesempatan, kalau x dpt habuan kuar umno masuk parti lain... itu jer i nampak sekrang ne

Anonymous said...

Sebenarnya ramai lg yg kisahnya serupa obama malaysia. Menyokong umno dan pemimpinnya tanpa harapkan balasan wang ringgit. Yg penting negara dan rakyatnya terbela. Bukan menyokong dikala senang dan menjatuhkan bila kehendaknya tak dituruti

Unding koko said...

Saya sangat bersyukur dengan apa yg di anugerahkan, ikhlas aku katakan, nama anak ku Najib adalah sempena.dengan minat yg mendalam pada PM yg ketika itu timbalan perdana mentwri.malaysia.n

achai said...

osama malaysia.Padu

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan