KISAH MENUKAR MENTERI BESAR KEDAH

on Thursday, April 16

Masuk minggu ini, kemelut di antara Tun Dr. Mahathir dengan DS Najib semakin reda. Namun, ahli-ahli UMNO hendaklah bijaksana seperti bijaknya Puteri UMNO menilai cabaran ini.

Kita mesti beringat, kemenangan UMNO di Kedah banyak disumbangkan oleh kebijakan strategi. Selepas DS Najib mengambilalih jawatan Perdana Menteri (2009), beliau melantik Datuk Mukhriz sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa.

Semasa PRU-13 (2013), DS Najib meletak Datuk Mukhriz sebagai calon di DUN Kedah dengan janji kepada rakyat Kedah akan melantik Datuk Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah. Strategi ini berjaya terutama dengan bantuan kempen oleh Tun Dr. Mahathir sendiri, di samping faktor pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang cacamerba ketika itu.

Tindakan sesetengah pihak mahu meminggirkan Datuk Mukhriz di Kedah dalam situasi sekarang adalah tindakan yang akan merugikan dan silap besar. Ini adalah idea yang tidak bijak. 

Perbezaan pendapat antara Tun Dr. Mahathir dengan DS Najib bukanlah alasan kukuh untuk menjatuhkan Datuk Mukhriz. 

Kisah Menukar Menteri Besar Kedah
Saya teringat kisah suatu masa dahulu betapa sukarnya wakil Perdana Menteri mahu menyampaikan arahan kepada seorang mantan Menteri Besar Kedah bahawa beliau akan diganti dengan Menteri Besar yang baharu. Katanya, sangat berat mulutnya untuk memberitahu.

Akibatnya, pentadbiran yang kerap bertukar dinilai semula oleh rakyat. Rakyat melihat motif pertukaran bermotif politik. Oleh yang demikian, UMNO hendaklah memastikan tidak ada perkara buruk berlaku pada 24 April 2015.

DS Najib hendaklah beringat bahawa, ada ramai orang mahu melihat persengketaan dengan Tun Dr. Mahathir berterusan dan berpanjangan. 

Mereka membakar api yang belum membesar itu dengan berbisik ke telinga DS Najib supaya melakukan satu lagi tindakan yang merugikan itu. Mereka berbisik pecatlah dia. Mereka berbisik inilah masa membalas dendam. Mereka berbisik kononnya kedudukan sudah kuat kerana semua orang memberi sokongan. Mereka melambung-lambung setinggi-tinggi. Tetapi, beringatlah bahawa sokongan boleh berubah sekelip mata!

Masalah yang berlaku adalah di antara DS Najib dengan Tun Dr Mahathir, bukannya dengan Datuk Mukhriz. Samalah juga kisah Marina Mahathir yang sudah lama setia kepada Pakatan Rakyat, adakah Tun Dr. Mahathir ambil kisah? Maka, DS Najib harus berhati-hati kepada pengadu domba di dalam UMNO.

Kesimpulannya, menukar Datuk Mukhriz bukan satu tindakan yang bijak. Ianya pasti akan membawa malapetaka. Saya tidak bersetuju.












7 Komen:

Anonymous said...

Aikk sedara ne sokong yang mana satu, sokong Najib ker sokong Tun Mahathir?

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan penulis, menjatuhkan Mukhriz akan beri kesan buruk kpd Umno di Kedah dan tidak menyelesaikan masalah, diharap punahsihat tidak memunahkan lagi, cukup-cukupah sedar-sedarlah

Anonymous said...

STUJU

Anonymous said...

Tak stuju bagi sy Mahathir meneruskan sistem sekular, menentang Hudud kerana tak paham Hudud. Jika Najib boleh bersiasah dgn Hadi itu lebih baik

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

TK semua komentarnya.

cass said...

Bangsa melayu kalut berebut kuasa,
bangsa lain menambah kekayaan,
tak kira hari tak kira masa,
tak ada kerja lain asyik nak jatuhkan kawan.

cass said...

Burung merpati burung walit,
mari bawa pergi pengkalan,
rumah melayu rumah flet,
rumah cina tesergam ditepi jalan.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan