KOMPLOT JATUHKAN PM: DIA TUDUH PM TIDAK JUJUR DAN DIA KATA PENJARAKAN DS NAJIB

on Saturday, April 25

Portal Malaysiakini Turut Beri Perhatian Komplot Jatuhkan PM
Intro
Artikel ini telah dibaca hampir 20K dalam tempoh 48 jam, tetapi ianya masih belum dapat mengatasi entri ini kerana ianya dibaca hampir 30K dalam tempoh yang sama. 

Bukan itu pun tujuan saya menulis, saya tidak pernah menerima satu sen pun daripada orang-orang politik baik ketika saya bertemu bapak Jusuf Kalla, sekarang wakil Presiden Indonesia di Jakarta, Indonesia di sini. Di antara akhbar yang menyiarkannya ialah Berita Harian, Utusan Malaysia, The Malay Mail, NSTP, Kosmo dan banyak lagi termasuk portal/blog pro-kerajaan serta pro-pembangkang. 

Walaupun ada orang-orang akhbar menyatakan kepada Setpol Perdana Menteri dan pegawai-pegawai Perdana Menteri, kononnya mereka membayar saya sejumlah wang yang besar ketika akhbar-akhbar perdana menyiarkan rencana pertemuan saya dengan bapak Jusuf Kalla itu. Ada di kalangan mereka menipu dengan memberitahu Setpol Perdana Menteri kononnya mereka sudah membayar saya sejumlah wang. Saya menafikannya kepada Setpol Perdana Menteri dan beliau sangat-sangat terkejut!

Malahan, mantan Ketua Pengarah JASA, allahyarham Datuk Fuad Hassan turut terkejut kerana usaha saya yang sukar ketika bertemu bapak Jusuf Kalla tidak diberikan saguhati, kerana ramai beranggapan saya sudah diberikan bayaran beribu-ribu ringgit setelah terbang jauh mempertahankan DS Najib dan mempertahankan keputusan PRU-13 tempoh hari.

Begitu juga ketika saya menerangkan legasi perjuangan Dato' Seri Hishammuddin di sini, sini, sini dan siniSahabat lama saya Tun Faisal mantan Pengerusi UMB UMNO juga terkejut apabila mengetahui saya tidak dibayar satu sen pun ketika akhbar perdana menyiarkan artikel saya mengenai sejarah perjuangan Dato' Seri Hishammuddin tiga hari berturut-turut ketika pemilihan Naib Presiden(Berita Harian;2013). 

Jawapan saya kepada anda, satu sen pun tiada! Jika ada saya ucapkan Alhamdulillah, bolehlah saya menerbitkan tesis sarjana saya yang bertajuk "UMNO Di Sabah 1990-2004" yang kini masih tersimpan di Universiti Malaya di sinisupaya boleh menjadi rujukan kepada generasi baharu akan perjuangan suci UMNO. 

Tujuan
Maka saya ingin tegaskan, bahawa tujuan sebenar saya tetap sama, supaya kita mempertahankan kerajaan yang dimenangi secara demokrasi, mempertahankan institusi Perdana Menteri dan institusi kePresidenan UMNO daripada dirosakkan secara membabi-buta oleh nafsu-nafsi seolah-olah negara ini tidak punya undang-undang. 

Jikalau di Indonesia, kumpulan komplot yang ingin menjatuhkan Perdana Menteri di Rompin itu diberi gelaran sebagai 'Warganegara Sial' (sila baca bibliografi perjuangan Presiden Soekarno dalam buangan).

Kamu Mahu Penjarakan DS Najib ?
Saya sangat pelik mengapa pemimpin Pemuda UMNO setaraf Naib Ketua Pemuda UMNO mempunyai pemikiran yang sangat cetek, buruk dan busuk hati untuk menjatuhkan Presiden parti sendiri. 

Satu Malaysia mengetahui bahawa DS Najib sedang memberi peluang kepada PAC, SPRM dan khususnya Jabatan Akauntan Negara untuk menjalankan siasatan mereka secara terperinci terhadap apa jua salahlaku jika ada dalam pengurusan 1MDB. Malahan, DS Najib berjanji jika sesiapa sahaja di dalam 1MDB melakukan salahlaku, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Sudahlah Rompin adalah kerusi parlimen allahyarham TS Jamaluddin Jarjis, dan kematiannya pula sangat menyedihkan, anda semua tidak menjaga sensitiviti keluarga allahyarham apatah lagi sensitiviti keakraban DS Najib dengan allahyarham TS JJ. Perbuatan anda semua tidak beradab, di luar norma dan amat menyinggung kenangan DS Najib-allahyarham TS JJ. Sedangkan pemimpin-pemimpin parti pembangkang menghormati allahyarham TS JJ, apakan lagi kamu pemuda-pemuda UMNO yang buruk perangai itu.

Jika kamu mengatakan kamu tidak pandai menerangkan isu 1MDB kepada rakyat bermakna kamu memang satu-satunya generasi Pemuda UMNO paling goblok dalam sejarah Pemuda UMNO. 

Cabaran kamu sangat mudah, jika Perdana Menteri bersalah kamu hendak penjarakan Perdana Menteri. Baiklah, bagaimana kalau Perdana Menteri tidak bersalah?

Tuduhan Perdana Menteri Tidak Jujur ?
Saya tidak pernah membaca mana-mana buku bibliografi Pemuda UMNO akan adanya pemimpin Pemuda UMNO mempersoalkan Presiden parti sendiri sebagai tidak jujur. 

Refleksikan soalan itu kepada diri anda, siapakah yang tidak jujur dalam perjuangan? Adakah kamu berada di dalam Pemuda UMNO untuk mendapatkan sebidang tanah dan apabila kamu gagal mendapatkan tanah itu maka kamu berkata Perdana Menteri tidak jujur? 

Jika kamu mahu tahu, ada beribu-ribu permohonan geran tanah di Sabah belum mendapat geran tanah walaupun sudah 40 hingga 50 tahun dipohon! Sepatutnya itulah yang kamu pergi perjuangkan kerana itulah masalah rakyat!

Jangan tegakkan benang yang basah, kelak kamu akan kebasahan
Setelah pokok bergoyang kuat, ketika pokok hampir tumbang, baharulah kamu dengan muka yang tidak tahu malu menafikan apa yang berlaku di Rompin itu.

Pemuda yang hebat ialah Pemuda yang berani mengakui perbuatannya yang salah dan yang benar. Pemuda yang buruk ialah Pemuda yang berani mempertahankan dirinya walaupun dia tahu dia bersalah.

UMNO tidak perlu Pemuda seperti ini. Ada pun tidak berguna, tidak ada pun tiada diguna. Pemuda seperti ini hanya akan merosakkan parti dan negara. Saya nasihatkan nontonlah semula filem allahyarham P.Ramlee 'Sarjan Hassan'.

Kesimpulan
UMNO mesti mengambil tindakan segera membersihkan parti daripada anasir-anasir komplot yang tidak setia ini lagi merosakkan. 

Kalaulah Tun Dr Mahathir masih Presiden UMNO sekarang ini, sudah pasti mereka sudah digantung kalaupun tidak dipecat. Kepada Tun M, sebelum virus dan kuman bermaharajalela merosakkan sesebuah organisasi, elok dibuang segera untuk menyelamatkan parti yang perjuangannya belum lagi selesai memartabatkan agama, bangsa dan tanah air.


Selingan: Filem Sarjan Hassan Memberi Peringatan 
Dan Pendidikan Sejarah Generasi Akan Datang

Bersambung...di zaman kecanggihan smartphone hari ini, mustahil tiada seorang yang merakam pertemuan itu?

10 Komen:

Anonymous said...

Dear sir,

1. it is no concern of mine to find out whether you support najib or otherwise. But as a malaysian, i love my country more than an individual.

2. truth hurts and it hurts badly in 1MDB case. Whilst i am not discounting the fact that some of the pemuda umno members indeed supported the najib for variety of reasons , by far and large, there are others sitting on the fence not convinced and inspired though they tried to show their agreement albeit superficial actions...such as lambung najib...perrrrrrgh

3. even khairy himself tried very hard to project his "acting skills"....he drove the point that he supported najib but then insisted putrajaya responded ro tdm's queries. In singapore, he pour coolant over jambatan bengkok issue as if to agree with tdm albeit straight bridge....ha ha ha...trying to be neutral, at least?

4. so inspite of ku nan's announcement that there was no move or plot to unseat najib, most pemuda umno members had a good laugh.....they know that at ground level, the momentum of deafening silence is unbearable, like pinatubo is going to erupt again in the philippines..

Wallahuaklam

Anonymous said...

Khairy came out in bbnbc website that he was not a person who threw stones at glass houses. I am not convinced......he said if pm did something wrong, he would stand up to him to say he was wrong.

1. Khairy wants to have the cake and eat it as well. He supported najib after pemuda were given briefing and he and his boys were very satisfied with the explanation. BUT he was quick to add response needed to be made on tdm's queries! WHAT IS THAT?

2. Recently in singapore, khairy again reiterated his pledge of undivided support to najib. On the same platform, he "appeared" to have agreed with tdm on a new causeway albeit a straight instead of a crooked one. Who was khairy trying to curry favour with?

3. I have noted interestingly that the mykmu have been working triply hard to defend najib and play psych game on tdm and his supporters. I believe they have failed miserably. For them accusing naib pemuda and 4 others to have plotted the fall of najib was uncalled for. By now bad blood has crept in among the youth exco. Why do you think khairy wax so naive of not knowing the actions of his boys? Was it to gauge the possible reactions of the pemuda?

VERY INTERESTING DEVELOPMENT

Anonymous said...

KJ MENAFIKAN DIA TERLIBAT, BERMAKNA ISU INI TANGGUNGJAWAB NAIB KP DAN KAWAN2NYA SAHAJA!

Anonymous said...

KJ denied his involvement......ahhh yes

1. Anwar agreed he sodomised saiful?
2. Vijandran agreed he acted in porno video?
3. Mona Fandey admitted to killing Datuk Mazlan?

Just for your thoughts

Anonymous said...

Tanggungjawab ini perlu ditanggung sendiri oleh mereka yg terlibat. KJ sudah katakan sejak awal pertelingkahan DSN-TDM dia sokong DSN dan ia tidak pernah berubah. Apa yg dibuat oleh Azwan dan kawan2nya tu tanpa pengetahuan KJ dan menyusahkan KJ juga. Mereka memang akal pendek.

Anonymous said...

1. Mereka dipertanggungjawabkan bukan bertanggungjawab...big difference in meaning.

2. KJ memang berpengetahuan, mustahil tak tahu menahu what his boys were doing.

3. Isu ini tak menyusahkan KJ malah memberi kelebihan pada beliau untuk melakar tindakan selanjutnya.

4. KJ played a double agent role....on one side declaring his undivided to najib whilst on the other side insisted najib to respond to tdm's queries. In singapore, he reiterated his support to najib but at the same time trying to signal to tdm that he too supported a bridge albeit a straight one...this is hypocrisy of the highest order.

5. Its not the issue of akal pendek but were meant to appear as such to spotlight KJ's strong stance supporting najib!

Anonymous said...

Maybe KJ bermain silap mata, jika silap mata dia silap dia akan rugi, jika silap mata dia betul dia akan naik...so dia terpaksa 50-50 antara DSN dan TDM. Anyway im sure dendam dia kpd TDM masih ada kerana jatuhkan bapa mertua...

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Salam, Terimakasih atas komentarnya, semoga komen anda membawa kebaikan, saya minta maaf kepada yang mencarut saya tidak dapat lepaskan. Silakan memberi pandangan dengan cara yang betul sama ada pro atau kontra. Negara kita negara demokrasi anda bebas memberi pandangan. Mencarut bukan budaya kita.

Anonymous said...

Beri la peluang kpd Azwan Bro dia masih muda dan kesilapan dia maybe dia jadikan ne pengajaran dan pengalaman kpdnya. maybe ada yg suruh dia x pikir panjang..

Anonymous said...

Stuju semua org buat silap kan, tapi sy rasa bukan dia kata nak penjara Najib tu, maybe org lain

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan