ORANG TENGAH

on Tuesday, April 14

Presiden Jokowi, Maharani,  Megawati Soekarnoputri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Zahrain Mohamed. Hashim
Nampaknya perbezaan di antara Tun Dr. Mahathir dengan DS Najib Razak semakin berlarutan. Semalam Tun M memberi pandangan terbaharunya di sini, ianya agak lembut dan tidaklah seberat entri yang pertama.

Dalam hal ini, saya percaya yang rugi ialah orang Melayu, orang Islam, UMNO dan BN. Jadi, mengapa mahu terus bergaduh? 

Al-Quran : Surah Al-Hujurat Ayat 9 dan 10
Orang Tengah
Saya tidak percaya Tun M akan menyerah dan berhenti selagi matlamat menukar Perdana Menteri tidak berjaya, melainkan dengan kehendak Allah SWT jua.

Sejak zaman Tunku Abd Rahman lagi, Tun M mempunyai dua pilihan sama ada Tunku berundur atau Tun M diundur/dipecat. Tetapi matlamat Tun M tidak berganjak walau dipecat. Akhirnya Tunku Abd. Rahman berhenti sebagai Perdana Menteri pada 22 September,1970 selepas beberapa bulan berlaku pelbagai isu khususnya kemerosotan parti Perikatan semasa Pilihanraya Umum 1969 dan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Tun Abdul Razak yang menjawat Perdana Menteri selepas itu (22 September 1970) membawa masuk Tun M dengan memberikan pelbagai kedudukan istimewa seperti Menteri Pelajaran dan sebagainya.

Kemudian, Tun Hussien Onn yang memegang tampuk Perdana Menteri (Januari, 1976) melantik Tun M sebagai Timbalan Perdana Menteri walaupun terdapat naib-naib Presiden UMNO yang lebih senior.

Selepas Tun Hussien Onn mengalami masalah kesihatan yang tidak membolehkan beliau meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri, Tun Hussien Onn telah melantik Tun M sebagai penggantinya pada 16 Julai 1981.

Untuk rekod, Tun M menjadi Perdana Menteri selama 8142 hari. Tunku Abd. Rahman pula selama 4770 hari dan di kedudukan ketiga sekarang ialah DS Najib dengan jumlah hari menjawat Perdana Menteri kini melepasi 2200 hari. Tun Razak hanya 1940 hari sahaja manakala Tun Hussien Onn (2010 hari) dan Pak Lah (1981 hari).

Di bawah Tun M terdapat empat Timbalan Perdana Menteri yang silih berganti. Antaranya Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, DS Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saya belum terfikir siapakah orang tengah yang paling sesuai? Bagaimana pandangan anda? 
Ketika Bersama Jusuf Kalla (2013)







4 Komen:

Anonymous said...

why not? Islam is a way...

kiasfansuri said...

saya setuju. bukan mudah.

Anonymous said...

Nak cari yg sama mmg susah tapi kalau berdasarkan dgn menilai prestasi semasa adalah jalan terbaik. Kalau rasa2 tak memuaskan hati beri la peluang kepada org lain. Mungkin lama2 terjumpa seseorang yg mampu memikul tanggungjawab dgn lebih berkesan. Kalau saya jadi Najib, saya akan berundur dan saya sendiri akan menilai keupayaan pengganti saya. Tak perlu terlalu mabuk kuasa sampai susah hendak melepaskannya. Bagi saja pada TPM...kalau gagal jugak senaraikan kriteria apa yg penting sebelum melantik. Jgn membuta tuli aje sokong yg akhirnya membawa rebah.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

TK semua

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan