PAK LAH MEMBELA DS NAJIB ?

on Wednesday, April 8

Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan
Saya percaya anda sudah membaca kritikan kedua Tun Dr.Mahathir Mohamad (Tun M) ke atas Datuk Seri Najib (Najib). Dalam kritikan kedua itu, Tun M tidak lagi mengkritik terlalu keras sebaliknya beliau turut mempertahan diri daripada serangan balas oleh pelbagai pihak khususnya isu-isu yang serupa ketika era pemerintahannya.

Seperti yang saya fikirkan, menyerang balas peribadi Tun M adalah kurang bijak kerana yang perlu dilakukan ialah menjawab isu-isu yang dibangkitkannya. 

Manakala kesilapan sebahagian besar kita adalah mahukan Najib menjawab dengan kadar segera. Najib mempunyai berpuluh tahun pengalaman di dalam kerajaan dan parti. Dalam banyak isu, Najib tidak bertindak sendiri atau mengambil tindakan sendiri. Sebaliknya Najib kembalikan segala isu ke meja rundingan Kabinet, Majlis Tertinggi UMNO dan Majlis Tertinggi Barisan Nasional. Amalan ini bukanlah baharu pun.

Ramai orang sudah lupa, bahawa isu 1MDB sebahagian besarnya sudah dijawab sendiri oleh Jho Low, Petrosaudi dan juga pengurusan 1MDB. Oleh kerana ianya tidak memuaskan hati banyak pihak, Najib menyerahkan kepada Jabatan Audit Negara, PAC, SPRM malah PDRM untuk melakukan siasatan berdasarkan laporan-laporan yang telah dibangkitkan.

Tun M mahu Najib menjawabnya dengan segera, tetapi Najib kelihatan memberi peluang kepada Jabatan Audit Negara melaksanakan tugas mereka. Adalah lebih baik menunggu jawapan Jabatan Audit Negara daripada Najib menjawab sendiri. Kerana apabila Najib menjawabnya, mereka tetap juga tidak akan berpuashati malah akan mengungkit lagi perkara-perkara lain.

Motif
Kerana motif mereka bukan mahukan jawapan itu, motif mereka adalah untuk menjatuhkan Najib.

Begitu juga isu Sirul dan rakannya yang dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah. Hukuman itu bukannya hukuman daripada Najib, tetapi hukuman daripada Mahkamah setelah perbicaraan bertahun-tahun lamanya. Apakah niat anda mengaitkan Sirul dengan Najib? Adakah anda hendak berkata bahawa Najib mempengaruhi Mahkamah? 

Sebenarnya bukan isu jawapan yang mereka mahukan. Sekali lagi motifnya adalah supaya Najib dijatuhkan. 

Tun M menyatakan dalam entri terbaharunya bahawa semasa beliau memerintah juga berlaku penggunaan wang negara dan juga mengalami kerugian. Mana-mana kerajaan tetap menggunakan dana sedia ada sama ada sebagai dana modal, dana pusingan dan sebagainya untuk menambah pendapatan negara. 

Baru-baru ini laporan di negeri kaya Selangor menyebut, Yayasan Selangor kerugian berjuta-juta ringgit. Namun siber trooper UMNO dan Kerajaan tidak melihat isu itu kerana mereka sudah diperdaya dengan isu lain.

Najib, Tun M, Tun Abdullah, Tun Daim Dan DS Anwar
Najib adalah ahli ekonomi dan lulusan ekonomi. Tun M adalah seorang doktor perubatan. Tun Daim Zainuddin adalah seorang bisnesman. DS Anwar adalah lulusan sastera. Tun Abdullah pula lulusan agama. Mereka semua pernah menjadi Menteri Kewangan. Masing-masing dengan gaya yang tersendiri. 

Tun M sering menggunakan cara yang drastik, cepat dan segera sebagaimana tindakan beliau menangani krisis kewangan 1998. Itu lumrah bagi seorang doktor perubatan yang akan berusaha dengan kadar segera untuk menyembuhkan pesakitnya.

Manakala, Tun Abdullah atau lebih mesra dipanggil Pak Lah memberhentikan projek jambatan bengkok kerana Pak Lah seorang yang sederhana tetapi berjiwa rakyat. Kerana itulah Pak Lah masih mampu menaikkan gaji kakitangan awam, menaikkan gaji doktor dan guru, serta menambah pelbagai elaun dan kemudahan kepada kakitangan awam. 

Anwar pula gemar menggunakan kumpulan think-thank kerana itu Anwar percaya pendekatan IMF. Seperti yang pernah saya sebutkan lama dahulu, Anwar mirip menggunakan teori ekonomi Adam Smith ketika mengurus ekonomi negara. Ianya bermazhab populariti.

Tun Daim seorang bisnesman. Oleh kerana itu, beliau mentadbir kewangan negara sebagaimana beliau mentadbir syarikatnya dengan mengutamakan keuntungan dan merendahkan risiko kerugian. Namun, adakalanya pelaburan juga mengalami kerugian kata Tun M.

Najib pula kelihatan menggunakan perniagaan berskala besar dengan tujuan membawa keuntungan yang besar kepada negara, seterusnya dapat diagihkan kepada rakyat dalam bentuk realiti (contohnya BR1M, Haji dan Umrah percuma, Biasiswa 1MDB). Malang kepada Najib kerana usahanya sering diganggu bukan sahaja oleh pembangkang tetapi kini dipertanya oleh Tun M pula.

Satu perbandingan yang jelas, Najib mengurus 29.9 juta (2015) penduduk, manakala Tun M mengurus lebih kurang 15.2 (1982) juta penduduk. 

Dari aspek politik pula, rajah di bawah diemelkan kepada saya. Anda boleh mengupasnya sendiri.
Kesimpulannya, 1MDB bukanlah ulangan kisah skandal BMF yang menggemparkan itu !

**Pesanan saya kepada blogger daripada sayap parti UMNO, NGO dan agensi kerajaan. Janganlah menyerang atau mengutuk Tun M kerana ianya tindakan tidak bijak. Tetapi jawablah dengan fakta isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun M. Fakta lawan Fakta, hakimnya serahkan kepada rakyat jelata.

Di antara jawapan-jawapan saya kepada Tun M:-

1. Isu Saifuddin serang Tun M di sini

2. Isu pertanyaan Tun M kepada DS Najib di sini

3. Isu Tun M membangkitkan semula isu-isu nasional yang dikaitkan dengan DS Najib ini

Nampaknya, Khairy Jamaluddin telah membela DS Najib dengan bijaksana. Adakah itu suara pembelaan Pak Lah daripada corong menantunya? 

Jangan lupa, Pak Lah juga mantan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan !


12 Komen:

Anonymous said...

HIDUP AYAHANDA TUN!!

Anonymous said...

Cubalah dengar nasihat Tun . Tun adalah pemikir dan cendiakawan yang jujur dan ikhlas demi menyelamatkan UMNO .

Anonymous said...

Tun telah membangunkan negara dengan cara yang bersusah payah dan penuh dengan tentangan dari dalam dan luar UMNO . Sebenarnya Tun amat sayang pada UMNO . Tentang Najib sama ada ahli UMNO suka atau tidak buatlah pungutan suara . Kalau ahli tidak suka terpaksalah Najib berundur walaupun ianya memedihkan . Ingat sekarang UMNO walaupun ramai ahli tapi belum tahu mereka taat pada parti . Kadang-kadang ahli UMNO mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang . Lebih baik dengar saja nasihat TUN . Kita tahu umurnya panjang dan sehat itu adalah anugerah Allah kerana doa kita pada dia .

Anonymous said...

Pak lah mantan PM paling bagus, Tun M mantan PM paling buruk perangai, entah apa dikejarnya di dunia .... gelagat Tun M bikin org tambah meluat kpd Mukhriz

Che Mad said...

Sejarah berulang... Kerajaan melayu melaka diruntuhkan oleh para pembelot spt Kitul @ keturunan Kut.... hari ini keturunan ini juga mahu menghancurkan Kerajaan melayu Malaysia...sejarah membuktikan di mana ada ini org akan ada kerosakan...

Anonymous said...

Bro,
You tak serang tapi pelahan pelahan you masukkan issue BMF. BMF merupakan syarikat berpengkalan di Hong Kong yg juga anak syarikat Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB). BBMB ditubuhkan semasa Tun Razak menjadi Perdana Menteri pada 1965 ,BBMB bukan syarikat dari inisiatif Tun M ,tak seperti 1MDB yg merupakan inisiatif Datuk Najib. BBMB merupakan syarikat dibawah kendalian MOF bukan direct reporting to PM seperti Petronas or 1MDB.

BMF berkembang ke Hong Kong selaras dengan perkembangan BBMB yg merupakan slah satu bank terbesar di Asia Tenggara. Kalau tak salah saya MOF pada masa itu masih dibawah Ku Li dan bukannya Tun Daim. Tetapi pada dasarnya kerugian tersebut merupakan "banking fraud" oleh kakitangan utama Bank. Bila didapati BBMB mengalami kerugian disebabkan kerugian BMF di Hong Kong ,kerajaan terus bertindak. Saya masih ingat personaliti seperti George Tan , Rais Saniman dan Lorriance Asme Osman yang merupakan watak dalam scandal tersebut. Isu ini dipermainkan semasa Ku Li menentang Mahathir. Oleh kerana BBMB merupakan syarikat kerajaan, untuk menyelamatkan BBMB ,kerajaan arah Petronas suntik dana 50 juta . Lepas tu BBMB telah dijual kepada Bank of Commerce dan kini menjadi CIMB.

Bro you should know that BBMB is not directly report to Tun M tapi Ku Li berbeza dengan 1 MDB yg direct reporting to Datuk Najib.

Disebabkan BBMB ada operasi sendiri maka suntikan modal baru boleh memulihkan BBMB dan kerajaan make some money bilamana BBMB diambil alih oleh bank yg lain.

Saya bukan orang yang berpelajaran tapi persoalan sekarang bagaimana nak bayar interest 2.4 billion setahun akibat pinjaman 48 billion (48,000,000,000 x 5% ) , 1MDB cuma ada 75% pegangan dalam syarikat IPP. Cuba saudara campur profit before tax(PAT) semua IPP , adakah ianya mencukupi untuk bayar faedah pinjaman 1MDB. Faedah kena bayar merupakan operating expenses 1MDB.

Don't talk about TRX sebab projek tersebut tak generating income in fact that project require more capital to develope.

Saya suka UMNO tapi bila kita dah nampak kerja yang merugikan, adakah kita akan sokong. 1MDB lead by Datuk Najib so bolehkah saya sokong Datuk Najib lagi.

UMNO dah lahir ramai golongan professional (bukan Lokman Adam) yang dah pandai mengira. So fikir fikirkan lah.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Tkasih Bro, saya memasukkan BMF sebagai perbandingan umum. Tidak merujuk kepada sesiapa. Komentar anda sudah menjelaskannya. Saya tidak terfikir u akan terasa pula. I'm so sorry.

Anonymous said...

Cukup-cukuplah , tak payah suruh dollah menyibuk. Dah banyak sangat yang dia rosakkan sebelum ini.

Anonymous said...

Bro tak payah la u bantu Najib, come join us with Tun M.

Anonymous said...

Wauw tajamnyer sindiran u ....

Anonymous said...

Tun Dr Mahathir seorang negarawan yang licik.

Tun Mahathir vs DS Najib adalah satu sentuhan peribadi Tun M untuk menggilap DS Najib menjadi seorang pemimpin ulung Malaysia dan Dunia.. Tun Mahathir sering kali mengingat kita, kita perlukan pembangkang yang hebat untuk menjadi teras check & balance kepada kerajaan yang ada pada hari ini. Kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang sangat lemah dan tidak punya kekuatan 2/3 pun. Pembangkang yang ada pula berada pada tahap sampah yang hanya berlegar pada soal liwat, pergeseran antara parti dalam soal hudud, air, MB Selangor dan sebagainya yang langsung tidak menyumbang kepada pembangunan dan penyatuan rakyat berbagai kaum buat negara Malaysia. Di sinilah Tun Mahathir hadir sebagai check & balance yang paling anjal kepada DS Najib agar tidak terjebak seperti Tun Mahatathir yang telah dimanipulasi oleh orang sekeliling yang tidak jujur dan amanah. Itu sebabnya IMDB dikritik hebat hingga DS Najib mengumumkan supaya ianya diaudit setelus-telusnya secara terbuka dan tidak ada peluang buat sesiapa untuk mengambil kesempatan terhadap asset Negara ini. Apabila Tun Mahathir menggesa DS Najib untuk berhenti daripada jawatan PM dan Presiden UMno, ahli UMno dan rakyat harus sedar bahawa gesaan ini dibuat oleh seorang Negarawan yang telah bersara dan tidak punya apa2 pengaruh dalam kerajaan dan juga parti. Tak punya kesan apa2 pun. Ketika Tun Mahathir memegang kuasa dulu hampir setiap waktu gesaan seperti ini timbul dari dalam dan juga luar Negara. Saya percaya niat Tun Mahathir ikhlas demi Negara Bangsa dan Agama Islam seadanya. Isu Altantunya pula sahaja ditimbulkan agar satu usaha besar-besaran dilakukan oleh semua pihak agar kisah ini tidak terus dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab untuk menjadi ianya satu kisah rakyat yang akan dikenang sepanjang zaman, hingga anak cucu kita akan menjadi kisah ini satu momokan untuk mempermainkan PM Najib sekeluarga selama-lamanya. Satu tindakan tegas sangat perlu dilakukan oleh DS Najib dan juga pihak berkuasa agar isu yang telah tersiar raya selama lapan tahun ini dinoktahkan terus daripada alam maya ini.. Hakikatnya Tun Mahathir sayangkan DS Najib lebih daripada anak beliau sendiri… Hanya beliau sahaja yang tahu niat sebenar atas tindakan yang beliau lakukan. Diharapkan ramai yang akan faham apa yang terjadi ini adalah satu perkara baik yang akan menguatkan lagi kerajaan UMno BN yang bertunjangkan Islam ini agar terus berkuasa di bumi Malaysia dan bukannya puak sesat yang dipimpin oleh Nuar jubury dan rakan sekutunya

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

TK SEMUA KOMENTARNYA

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan