TRANSAKSI BANK 1MDB

on Tuesday, April 21

DS Najib Semasa Majlis Bacaan Yassin Baru-Baru Ini
Tun Dr. Mahathir menulis kritikan terbaharunya semalam di sini. Selepas lebih sebulan mengkritik DS Najib dengan harapan Perdana Menteri akan bertukar, nampaknya ianya tidak kemenjadian. Rakyat kelihatan tenang, barangkali mereka juga menunggu hasil laporan PAC dan Jabatan Akauntan Negara supaya isu ini turut memberi keadilan kepada DS Najib juga. 

Namun begitu, Tun M menjanjikan kritikan terbaharunya tidak berapa lama lagi untuk menambah lagi tekanan ke atas DS Najib, kata Tun M ianya khusus berkenaan 1MDB pula.

Sebenarnya kritikan ke atas DS Najib sudah dimulakan sejak beberapa bulan lamanya, namun ianya tidak berjaya. Kini Tun M mengambilalih sendiri tugas tersebut.

Kini ramai orang sudah mula bertanya, sampai bila Tun M akan mengkritik DS Najib? Sekiranya Tun M selesai menulis semua hal-hal yang berkaitan DS Najib tetapi tidak juga berjaya, apakah agaknya yang akan ditulis oleh Tun M lagi?

Sementara itu, Tun M memasukkan elemen baharu iaitu isteri DS Najib dalam kritikan terbaharunya. Walaupun suatu ketika dahulu, ketika ditanya oleh pemberita berkenaan gaya isteri DS Najib, jika saya tidak silap Tun M berkata adalah hak mana-mana isteri Perdana Menteri untuk bergaya.

Semasa menjatuhkan Pak Lah dahulu, Tun M telah menghubungi semua komponen BN untuk menerangkan kenapa perlu menjatuhkan Pak Lah. Rujuk di sini .

Keadaan politik di Malaysia bukanlah huru-hara. Tiada sesiapa yang membaling Presiden UMNO dengan botol air. Tiada sesiapa yang menanggalkan gambar Presiden UMNO di PWTC. Tiada sesiapa lagi memanggil polis dengan kata-kata anjing kerajaan.

Tidak ada demonstrasi sebesar 50,000 hingga 100,000 orang seperti tahun 1998 dahulu.

Kerajaan berfungsi seperti biasa. Gaji kakitangan awam dibayar tepat pada masanya. Kerajaan masih berupaya menghantar pelajar-pelajar ke luar negara dalam pelbagai bidang. Terbaharu kerajaan akan menghantar mereka pada bulan Ogos tahun ini. Tun M masih dijemput ke majlis-majlis anjuran jabatan-jabatan kerajaan, tiada sekatan termasuklah oleh media.

Seorang pelajar di Amerika Syarikat di sini memberitahu saya, pengkritik patut menunjukkan sekurang-kurangnya sekeping cek, bukan setakat menulis angka kerana semua orang boleh menulis angka? Ianya perlu angka yang tepat dan spesifik. Katanya, barangkali satu transaksi bank 1MDB

Dia berkata, bukti seperti beribu-ribu emel yang kononnya disimpan oleh pengendali Sarawak Report patut didedahkan, namun sama ada kita sedar atau tidak, cerita beribu-ribu emel itu sudah tidak disentuh lagi. Jika cerita beribu-ribu emel itu tidak dibuktikan, maka tuduhan ke atas DS Najib jatuh kepada taraf cerita ilusi sahaja. Katanya lagi, kritikan-kritikan ke atas DS Najib tanpa bukti kukuh hanya menjadi seronok dibaca sebagai penghibur gossip sahaja. Saya berkata kepadanya okey saya akan tulis.

Saya mendapati, kebanyakan pengkritik 1MDB sendiri memberikan angka yang berubah-ubah. Tony Pua dan Rafizi Ramli sendiri memberikan angka yang tidak sama setiap kali bercakap isu 1MDB. 

Manakala, di dalam hal lain, saya sangat terkejut apabila Tun M dan Datuk Kadir Jasin sendiri berbeza cakap di sini . Barangkali mereka tersilap tulis.

Semalam, saya membaca sebuah portal yang mengkritik peribadi Tun M. Saya tidak bersetuju dengan cara itu, jika anda tidak bersetuju dengan kritikan Tun M, anda patut berlawan fakta. Tun M kekal Negarawan Malaysia, manakala DS Najib Perdana Menteri semasa.

Bersambung seterusnya: Rombakan ...




8 Komen:

Anonymous said...

Anda semakin matang, malangnya kamu berada di rumah yg salah!

Anonymous said...

Anggaplah 1MDB tiada masalah, Sirul dan Azilah bunuh Tuya tanpa sebab, GST baik utk rakyat, BR1M sudah pasti lebih bagus, 7 biji jet2 VIP kerajaan sgt diperlukan, inflasi mencanak perkara biasa, rata2 rakyat menderita ada di mana2, perbelanjaan mewah RM hak istimewa 1st Lady, hutang negara dekat 1 trillion tak ada apa2 dan tulisan Tun hanyalah mimpi basah dia. Tak lama, 2018, Insyaallah, kita akan tahu jawapannya.

Anonymous said...

saya dah mengundi sejak tahun 70an lagi...setiap kali election opposition kata mereka akan memerintah, rakyat sokong mereka, tapi after election, u all can see your words hampa belaka. Kejaan tetap memerintah, now i was thinking, maybe Allah memelihara kejaan ne .. Mahathir or Najib sama saje, u mengata Najib how anak2 Mahathir, so for me if u want to change the gomen why not PAS!!! Bukan Mahathir and bukan Najib but PAS...

Anonymous said...

I agree u anon, isu sebenarnya bukan tukar PM.. isu sebenar tukar Kerajaan, itu lebih tepat. Sapa saja ganti Najib sama sahaja, semua under remote control by Mahathir. Wasting time brother...

Anonymous said...

Nak bentang hudud pun sama sendiri bercakar,ada hati nak printah negara,wat a stup*d tot..

Anonymous said...

Kalau ada orang tunjuk cheque atau transaksi bank mampuih la nanti kena BAFIA pula. Mungkin budak yang cakap dengan you tu budak budak...you pun mesti tak tahu mengenai BAFIA sebab tu bila budak komen macam tu you pun tulis. Aduh...

2. Saya cadangkan supaya DSN suruh saja Bank Negara keluar kenyataan yang tak ada transaksi transfer of fund dari 1MD ke sebuah syarikat...apanama tak tau...tak payah nak jerat orang supaya kena BAFIA.

3. Sekurang kurang orang tua tak kisah dan tak takut kalau kena baling botol atau 100k orang berdemonstrasi. Akhirnya kita tahu betul ke tak orang meliwat. Orang tua tu tak payah bawa semua ketua bahagian untuk tunjuk sokongan.Kononnya memberi penerangan kepada ketua bahagian,ketua bahagian tak bagi pun penerangan kat orang biasa sebab tu isu tak terjawap.

Hnaya sekadar pandangan.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terima kasih kepada semua yang memberi komen. Kita serahkan kepada pembaca menilainya.

Anonymous said...

Anon takut juga hang pada BAFIA yer, tapi i pun terpikir bukan u takut kpd BAFIA, memang u org tak de bende tu.. kalau ada bende tu sure Rafizi dah masuk fb dan tweeter dia, Rafizi satu barang pun dia tara takut sama undang2... or kalau u ada u post jer kat fake akaun...tapi benda dah tak de so nak post bendenya....post angka-angka ajer ler...so tak valid .peace!

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan