REKONSILIASI NASIONAL, DO NOT UNDERESTIMATE DS NAJIB

on Monday, April 6

Rakaman Tahun 1998 (Photo; Reuters)
Nampaknya perkembangan terbaharu politik nasional menunjukkan tanda-tanda yang positif kepada rakyat dan negara Malaysia. 

Kesediaan wakil rakyat UMNO untuk memberi kerjasama kepada PAS untuk menjayakan Hukum Hudud di DUN Kelantan dan di parlimen membuktikan perbezaan pandangan semakin kecil. Kedua-dua kepimpinan tertinggi parti kelihatan sudah bersedia untuk bekerjasama dengan lebih rapat lagi, kalau tidak pun bersatu.

Keberanian PAS untuk meneruskan pembentangan Hukum Hudud itu mendapat respon negatif daripada DAP khususnya anak-beranak Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Kemudiannya, Lim Kit Siang dengan nada kecewa mencadangkan gabungan baharu parti-parti politik dengan dua tujuan. 

Pertama, katanya untuk mengekalkan Perlembagaan Persekutuan dan kedua kelihatannya sudah tidak lagi mempercayai PAS dan mengharapkan PAS dikeluarkan atau keluar daripada Pakatan Rakyat.

Semalam pula, Tun Dr. Mahathir yang mengkritik DS Najib dalam beberapa isu telah hadir memberi penghormatan kepada jenazah ayah DS Anwar Ibrahim. Kementerian Dalam Negeri pula telah memberi kebenaran kepada Anwar untuk menghadiri majlis pengkebumian ayahnya. Malah DS Dr. Wan Azizah memberi komen positif kepada lawatan Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah dengan berkata Tun sebagai mempunyai hubungan baik dengan ayah Anwar.

Di pihak Anwar pula, beliau tidak lagi mengeluarkan apa-apa arahan dan komen negatif kepada kerajaan dari dalam penjara sebagaimana sewaktu mula-mula dulu dipenjarakan seringkali ada ruangan 'surat dari penjara' (1999). Anak-anak DS Anwar juga kelihatan berlembut dengan tidak lagi menggerakkan usaha-usaha demonstrasi.

Rekonsiliasi Nasional Di Tangan DS Najib
Pendekatan DS Najib yang banyak bersabar dan tenang dalam menghadapi suasana ini menunjukkan kebijaksanaan beliau menggunakan pengalaman berpuluh-puluh tahun dalam parti dan kerajaan mengurus isu-isu semasa.

Ramai yang mengharapkan DS Najib menjawab artikel Tun Dr. Mahathir, namun ramai yang lupa DS Najib bukanlah seorang yang kelam-kabut untuk memberi respon membuta-tuli. Kerana itulah, UMNO masih memberi sokongan yang teguh kepada beliau. Ianya disahkan oleh YB Khairy Jamaluddin dalam ulasan terbaharunya semalam.

Bagi saya, inilah masanya DS Najib memikirkan semula secara serius usaha yang tergendala tempoh hari melalui rekonsiliasi. Barangkali pada masa itu keadaan tidak mengizinkan, apa kata ianya disambung semula dengan Rekonsiliasi Nasional yang baharu.

Jika Tun Razak dahulu berjaya membawa masuk PAS ke dalam Barisan Nasional. Jika dahulu Tun Razak berjaya membawa masuk semula Tun Dr. Mahathir ke dalam UMNO (1974). 

Sudah pasti DS Najib boleh membuat silap mata dengan sekelip mata. Maka, janganlah underestimate DS Najib. 









1 Komen:

Anonymous said...

wow!!

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan