KOMPLOT JATUHKAN PM: NAIB KETUA PEMUDA UMNO DICADANG LETAK JAWATAN

on Friday, April 24

Eksklusif Daripada MY.KMU.NET
SAYA amat terkejut dengan gelagat Pergerakan Pemuda UMNO di Rompin sebagaimana yang didedahkan di sini. Nampaknya, sindiran saya di sini berasas.

Sekiranya anda melakukan perkara ini di dalam DAP anda akan menerima nasib serupa Tunku Aziz. Jika anda membelakangkan Presiden parti seperti di dalam PAS, anda akan menerima nasib serupa Dato' Dr. Hassan Ali. Manakala, jika anda bertindak serupa Datuk Zulkifli Noordin di dalam PKR, anda juga akan dikenakan tindakan disiplin. Pendek kata, semua parti mempunyai peraturan dan aturan yang perlu dikuti oleh ahli-ahli parti supaya jamaah dalam parti itu teratur.

Lembaga Disiplin UMNO hendaklah mengambil tindakan menyiasat perkara ini dengan serius. Jika UMNO boleh menggantung keahlian Datuk Jumat Idris selama 6 tahun kerana mengkritik kepimpinan UMNO negeri Sabah, mengapa ada tindakan yang berbeza kepada mereka yang dikhabarkan sedang berkomplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri?

Siapa Yang Berkata Penjarakan Najib?
Pertama, Naib Ketua Pemuda UMNO dan beberapa exco Pemuda UMNO sudah pun menafikan akan perkara yang tersebut di atas. Namun begitu, mereka tidak menafikan membincangkan isu 1MDB dalam pertemuan itu. 

Ketika fokus perlu diberikan kepada PRK Rompin, mengapakah dan apakah rasional pertemuan itu berbicara agenda 1MDB? Rompin adalah kubu kuat UMNO dan lima hari lalu Tun Dr. Mahathir sendiri menyuarakan keyakinan UMNO akan memenangi semula kerusi Rompin. 

Kemudian pula, Tun M semalam dalam artikel terbaharunya mengenai 1MDB telah mengurangkan angka persoalannya daripada RM42 Billion kepada RM27 Billion. Saya meramalkan Tun M akan meletakkan angka sifar Billion selepas mendapat semua maklumat yang sahih. 

Kedua, saya diberitahu oleh seorang ahli Pemuda UMNO di pusat bahawa terdapat ramai saksi yang mendengar ucapan Naib Ketua Pemuda UMNO itu? Bermakna, Jawatankuasa Disiplin UMNO mempunyai ramai saksi untuk disoal-jawab.

Ketiga, saya juga dimaklumkan bahawa terdapat seorang dalam pertemuan itu berkata, "penjarakan Najib". Siapakah yang berkata sedemikian rupa? Jika perkara ini benar-benar berlaku, saya fikir Jawatankuasa Disiplin UMNO tidak harus berdiam diri sebaliknya perlu segera memulakan siasatan. 

Janganlah 'Double-Standard'
Janganlah bersikap 'double-standard'. Wakil Rakyat UMNO di Sabah digantung keahlian 6 tahun kerana bertanya hal-hal keperluan rakyat, manakala Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan mereka yang terlibat di dalam isu maha besar ini tidak disiasat!

Saya amat kasihan kepada Pergerakan Pemuda UMNO dalam kategori ini. Perjuangan mereka belum pun menunjukkan apa-apa yang boleh dibanggakan oleh bangsanya tetapi sudah pula mendabik dada sendiri. Perjuangan mereka belum ada yang cantik dipandang mata, sudah pun berlagak hebat mempersoal Presiden sendiri. Perjuangan mereka sangat jelek dipandang masyarakat, tetapi tidak segan silu mengangkat bakul di bahu sendiri.

Kepada Pemuda UMNO yang bukan tergolong di kalangan mereka, anda perlu teruskan perjuangan anda. Namun, kepada Pemuda UMNO jenis yang sedemikian, eloklah bermuhasabah diri.

Tatkala Presiden parti memerlukan sokongan, kamu berlagak Kitul menikam dari hadapan bukan lagi dari belakang. Tatkala Presiden menerima sokongan daripada menteri-menteri, mantan menteri, pelbagai NGO dan komponen-komponen BN, kamu pula bagaikan petualang di siang hari. Tatkala Presiden tenang dan bersabar dengan segala fitnahan, kamu rakus serakus-rakusnya tidak punya kematangan dan kesabaran.

Benarlah kata Tun Dr. Mahathir semasa berucap di Perhimpunan Agung UMNO dahulu (1988), bahawa UMNO tidak akan lemah oleh musuh dari luar, tetapi UMNO akan lemah disebabkan oleh ahli parti sendiri. 

Nota: 
Jika anda memang benar bersalah dan sanggup memikul tanggungjawab ini dengan meletak jawatan, maka ada dua kesannya. Pertama, nama baik Khairy Jamaluddin akan terselamat. Kedua, nama baik Pergerakan Pemuda UMNO tidak akan tercalit.

Sebaliknya, jika anda mengambil pendekatan berdiam diri, maka akan ada tiga pula kesan yang lain. Pertama, andaian politik akan berlaku di mana perbuatan anda adalah dengan restu Khairy Jamaluddin. Kedua, nama baik keseluruhan Pergerakan Pemuda UMNO rosak satu negara. Ketiga, seolah-olah perkara itu benar-benar terjadi kerana itu anda tidak mampu mempertahankan diri.

Kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, jika perkara ini tidak benar, anda perlu membersihkan nama anda dengan membuat laporan polis dan menyaman portal yang memulakan cerita ini. Namun begitu, sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, saya mencadangkan anda meletak jawatan!

6 Komen:

Anonymous said...

Saya pikir elok disiasat dahulu beri peluang semua pihak. Tetapi cadangan buat report polis dan menyaman MyKMu tu sy sokong, itu pun jika Azwan berani nak buat. So kalau dia tak buat maknanya ada kemungkinan besar benda tu memang berlaku.so terserah kepada dia..Azwan ne akal pendek, politik masih cetek.

Anonymous said...

The issues ia how bout KJ? It is impossible he dont no? How can the ketua dont no what happen at the ground...So it is big issues here...thats why Azwan better log a report police to mykmu and make a summons...but if not, its something wrong him Azwan too ..

Anonymous said...

Siasat jangan tak siasat! jangan pilih kasih!

Anonymous said...

Pemuda memang x matang dan suka iku2tan serta emosi. Perlu belajar dan banyakkan pengalaman untuk mematangkan diri.

Anonymous said...

Penjarakan orang yang terlibat dalam isu 1MDB dulu la beb...

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terimakasih atas komentarnya, semoga komen anda membawa kebaikan, saya minta maaf kepada yang mencarut saya tidak dapat lepaskan. Silakan memberi pandangan dengan cara yang betul.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan