SOROTAN 30 TAHUN PAS DI SABAH (1986-2016)

on Wednesday, April 1

Kehadiran ramai dalam majlis PAS di SABAH
PAS Sabah kini sudah berusia 30 tahun. Mereka semakin matang dan semakin diterima oleh rakyat Sabah, khususnya masyarakat Islam dan generasi baharu.

Keputusan PRU-13 khususnya di parlimen Kalabakan dan Dewan Undangan Negeri Merotai, Tanjung Batu dan Pulau Sebatik tidak lama dahulu amat menarik. Jumlah undi yang diterima oleh semua calon-calon PAS amat tinggi malah tidak ada seorang pun calon PAS yang hilang wang deposit.

Saya mendapati, generasi yang kedua, ketiga dan keempat di Sabah telah menunjukkan tanda-tanda protes kepada parti pemerintah. Protes itu diterjemahkan di dalam bentuk undi. 

Golongan profesional yang mempunyai pendidikan sama ada pendidikan tinggi atau pendidikan di peringkat menengah, mereka semakin bijak membuat pilihan.

Saya telah berjumpa pelbagai golongan pemikiran di Sabah. Saya mendapati walaupun mereka masih boleh menerima kerajaan persekutuan yang sedia ada tetapi pada masa yang sama mereka khususnya kakitangan kerajaan turut tidak gembira dengan prestasi parti pemerintah di kawasan mereka.

Soalnya, di manakah kelemahan PAS Sabah? Mari kita bincangkan.
Bertemu Kawan Lama Teman Berdebat Semasa Bersekolah Dahulu
1. Pemilihan Calon. 
Pada PRU-14, jika PAS Sabah berhajat untuk menang, mereka hendaklah meletak calon yang lebih sesuai dan menepati citarasa semua golongan. Bukannya menepati citarasa ahli PAS sahaja.

PAS Sabah hendaklah membuka fikiran bahawa semata-mata mengharapkan undi ahli PAS sahaja tidak akan memenangkan mereka. 

Semasa PRU-12, ahli-ahli UMNO telah mengundi calon-calon PAS di Kedah dan Selangor kerana protes ke atas kepimpinan parti UMNO di peringkat negeri. Akhirnya, PAS menang besar di Kedah dan di Selangor.

2. Presiden PAS, TG Haji Hadi Awang Keturunan Bugis
Saya telah diberikan beberapa maklumat bahawa Presiden PAS, TG Hj Hadi Awang adalah keturunan Bugis daripada Raja Luwu. Perkara ini tidak pernah didedahkan secara umum. 

Pengundi-pengundi masyarakat Bugis yang majoriti di kawasan parlimen Kalabakan, Merotai, Tanjung Batu, Kunak dan Sebatik jika mengetahui hal ini sudah pasti akan terpengaruh dengan persepsi baharu ini dalam PRU-14 akan datang.

*Isu ini akan diceritakan dengan lebih detail kemudian.

3. UMNO Sabah Tidak Serius
Satu perkara yang menjengkelkan generasi anak-anak muda UMNO Sabah ialah mereka mendapati UMNO Sabah tidak serius dalam menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

Sebagai contoh, UMNO seringkali berkata UMNO ini milik orang Melayu dan kita semua adalah orang Melayu. Malangnya apabila UMNO memerintah di Sabah, status masyarakat Bugis Sabah tidak pernah dijelaskan dengan betul sama ada bumiputera atau anak negeri, ianya dibiarkan di awang-awangan.

Contoh yang berkaitan, Mahkamah-Mahkamah Negeri di Sabah terlalu *lidut memproses Sijil Lahir daftar lewat anak-anak masyarakat Bugis Sabah walaupun keputusan RCI sudah diumumkan. Kesannya, anak-anak ini menjadi anak 'state less' dan tidak dapat menyambung pelajaran mereka walaupun mereka mendapat keputusan sangat cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. 

Komen mereka, 'pemimpin UMNO Sabah sering berkata sokonglah kami kerana kita sama-sama Melayu. Tetapi apabila UMNO memerintah Negeri Sabah, hal-hal seperti itu mereka tutup mata'. 

Maka ada ahli UMNO berkata tidak ada gunanya orang Sabah menjadi Menteri Kanan atau Naib Presiden UMNO, ianya sama sahaja malah keadaan lebih menyukarkan. 

Ada juga ahli UMNO berkata, ianya kelemahan Ketua Menteri Sabah kerana tidak menggunakan kuasanya untuk menjaga kebajikan ahli-ahli UMNO di Sabah. Siapa yang benar? 

UMNO Sabah janganlah lupa masyarakat Bugis Sabah kini melebihi 250,000 orang di Sabah yakni yang ketiga terbesar selepas KDM dan Bajau. 

Kesimpulan
Saya melihat, dalam PRU-14 nanti persaingan UMNO dan PAS khususnya di kawasan majoriti Islam semakin terbuka luas. 

Mana-mana parti yang berjaya meletakkan calon yang sesuai akan memenangi kawasan tersebut, di samping isu-isu semasa. Kedua-dua parti perlu mengetengahkan calon-calon baharu.

Bacaan ulangan anda 2008 dan 2012

*lidut: lembab/lambat/lewat




















2 Komen:

Anonymous said...

KELEMAHAN PAS TERLETAK PADA TAKDE KEIKLASANYA DAN PENUH DENGAN HARSAT DENGKI.

Anonymous said...

Kalau saudara masuk PAS dan tanding guna tiket PAS maybe PAS boleh menang satu kerusi, bagaimana?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan