SURAT DARIPADA TUN DR MAHATHIR

on Friday, April 10

DS Najib dan TS Muhyiddin Semalam
Di Majlis Pelancaran Blueprint Kementerian Pendidikan Malaysia
Flashback
Di Amerika Syarikat, beberapa mantan Presiden Amerika seperti George W. Bush dan Bill Clinton meneruskan kehidupan mereka dengan menyumbangkan idea-idea pemikiran mereka kepada keamanan global. Mereka membantu NGO-NGO di Amerika dan seluruh dunia mengumpul dana. Di antara aktiviti George W. Bush ini pada awal tahun 2014. Bill Clinton pula pernah datang ke Malaysia untuk menyampaikan syarahan sebagaimana laporan ini.

Semasa hayatnya Jimmy Carter, turut menjadi perunding dan orang tengah untuk keamanan di negara-negara Arab. Contohnya ini.

Seperti juga di Indonesia, mantan Presiden SBJ dan BJ Habibie menggunakan masa pencennya dengan memenuhi jemputan NGO-NGO di seluruh dunia dengan berkongsi idea mereka membangunkan negara Indonesia. Malah, BJ Habbie sendiri seringkali ke Malaysia seperti laporan ini .

Tidak ada di kalangan mereka yang mengganggu pentadbiran kerajaan semasa. Presiden Obama boleh meneruskan dasar-dasar baharu seperti Obamacare dengan lancar. Presiden Jokowi boleh menghalau mana-mana perahu nelayan asing tanpa diganggu oleh mantan-mantan Presiden yang terdahulu.

Di Singapura di selatan tanah air, semua mantan Perdana Menteri berehat dengan tenang menikmati hasil kejayaan mereka tanpa rasa risau. 

Tiada ketakutan di benak mereka jika PAP tewas kepada parti Sosialis. Tiada ketakutan kepada mereka jika Demokrat tewas kepada Republikan di Amerika Syarikat. Malah tiada kerisauan PKB di Indonesia jika parti PDP-I dan Golkar lebih berkuasa.

Di Malaysia, kelihatannya Pak Lah merupakan mantan Perdana Menteri paling aman. 

Sebaliknya, Tun Dr. Mahathir (Tun M) masih mahu memberikan sumbangannya kepada kerajaan dan negara. Kehadiran semula Tun M di Proton nampaknya banyak memberi impak positif kepada Proton dengan model-model baharu yang mengancam mata memandang. Semangat nasionalisme Tun M sememangnya nombor satu.

Surat Tun
Pada tahun 2006, saya menulis surat kepada Tun M dengan menyatakan kesedihan saya kerana Tun M seperti dipinggirkan. Tun M membalas kedua-dua surat saya. Surat-surat itu boleh dibaca di dalam buku ini. Inilah kelebihan Tun Dr. Mahathir, setiap rakyat dilayan samarata dan diambil penting.

Kemudian, saya berpeluang menemui Tun M pada tahun 2012 di sini. Saya memberikan buku terbaharu saya ini di mana ianya mengenai pemikiran-pemikiran Tun M yang saya terjemahkan untuk kemajuan rakyat dan negeri Sabah. Kemudian, saya menulis sepucuk surat lagi kepada Tun M pada tahun 2013. Saya berikan melalui orang kepercayaannya.

Hari ini, Tun M dilihat ingin menjatuhkan DS Najib. Saya sangat bersedih, kerana kedua-dua pemimpin ini mempunyai pengalaman berbeza-beza pada zaman masing-masing.

Kemudian, ada pihak cuba melaga-lagakan DS Najib dengan TS Muhyiddin Yassin, namun seluruh negara sudah tahu TS Muhyiddin telah menyatakan sokongannya kepada DS Najib ketika ditanya di Jakarta di sini .

Ketika menjatuhkan Pak Lah, ianya kelihatan mudah kerana beberapa menteri turut memberi tekanan kepada Pak Lah. Paling terbuka diketahui ramai adalah surat terbuka Datuk Mukhriz yang meminta Pak Lah berundur. Lagi pun, Pak Lah bukanlah seorang yang bersifat keras dan melawan. 

Namun, kali ini anggota-anggota kabinet termasuklah Timbalan Perdana Menteri dan parti-parti komponen BN memberi sokongan terbuka kepada DS Najib. Saya terkejut apabila PBS di Sabah dan PRS di Sarawak memberikan sokongan kuat kepada DS Najib. Artikel PBS ini mengejutkan saya. Begitu juga artikel PRS ini

Maka untuk menjatuhkan DS Najib memerlukan cara lain. Cara itu sedang dimainkan sekarang.

Pesanan
Kepada Tun, marilah berdamai demi agama, bangsa dan negara kita. 

Masihkah Tun ingat ketika menaiki teksi bersama-sama allahyarham Tun Razak untuk makan tengahari di rumah allahyarham Ahmad Badawi? 

Bersambung...

Washington DC,
Amerika Syarikat.
April, 09, 2015.





















5 Komen:

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dalam artikel saya yang lepas2, banyak komentar yang tidak manis dengan bahasa mencarut kepada DS Najib dan Tun Dr Mahathir. Saya tidak akan melepaskan komentar yang mencarut-carut. Silakan memberikan komentar, sama ada anda setuju atau tidak, sama ada anda penyokong DS Najib atau Tun Dr. M itu adalah hak anda dan saya menghormatinya. Tiada masalah untuk diterbitkan. TK.

Anonymous said...

sabar saudara..game baru bermula..Tun mmg tunggu Najib jawab..lps ni bom baru Najib xbleh lari dah..tungggguuuu...

Anonymous said...

Although I like Najib initially, it comes to the end. It is hard to imagine that Najib is unable to answer the question in transparent manners, always hiding at the back. For instances, he is not able to answer in total, only general answers....rakyat like me can't accept this. He must also answer where his step son got hundred of millions....simple question that he can't answer...I pay tax very high and for him to waste our money????? it is unacceptable. We know there is no perfect leader, but it you make fumble of good things, we accept...but if you can't even answer that simple question....?????

I pity Tun M, he is merely representing small people like me , try to get answer to justify our support for BN.....it is questions asked by small people like me, representing majority of people supporting BN.....so, all the bloggers, instead of attacking Tun M, why don't you ask Najib to answer the question, starts with answer where his step son got hundred of millions.......

On Altantuya, you can's simply say you dont know....how about your wife? Can you ask your wife take oaths so that people will believe that you and your family did not involve at all...small people like me has easy thinking, the murderer must get instruction from the boss, their boss must have instruction from his boss, his boss must receive instruction from top boss.....so, easy...just tell who are the actual party that gave instructions...easy, answer these, my mouth and other small people like me will close.....we will continue support BN!!!!!! EASY!!!!

So, please get Najib to start answering and later we tell Tun M to stop.....

Thanks.
Half Bumi, Half Chinese.

Anonymous said...

Adakah Anda menyindit Tun M?

Anonymous said...

sy sbg orgtua yg dah pencen nak nasehat Tun Mahathir spy berehatlah, zaman kita sudah berlalu. Tak cukup lagikah 22 tahun, tidak cukupkah anak2 mu semua berjaya jutawan tiada satu pun yg miskin, 10 keturunanmu tidak perlu bekerja dengn harta kekayaannmu...mau apa lagi? tinggalkanlah dunia ini, mari kita beribadat ke masjid

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan