SAYA DIARAHKAN OLEH SESEORANG

on Thursday, April 9

DS Anwar dan Tun Dr. Mahathir sama-sama hadir 
ketika kematian ayah Anwar
Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa dua anggota polis telah didapati bersalah selepas perbicaraan yang panjang (2006-2015). 

Panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan telah sebulat suara mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan (23/7/2013) yang membebaskan kedua-dua tertuduh. 

Namun begitu, hari ini ada ramai muncul 'hakim-hakim' kedai kopi tetapi kelihatan lebih bijaksana berbanding hakim-hakim sebenar. Mungkin Mahfuz Omar salah seorangnya.

Jika semua proses mahkamah telah dilalui, kemudiannya tiba-tiba seseorang membuat kenyataan dia diarahkan oleh seseorang yang tidak disebutnya semasa di dalam mahkamah, adakah ianya bermakna keputusan boleh berubah hanya kerana pertanyaan orang lain yang secara tiba-tiba menyerang? Namun, para peguam mempunyai pandangan yang berbeza di sini.

Adakah Perdana Menteri boleh mengubah keputusan Mahkamah? Sila baca semula bidang tugas Eksekutif, Judisiari dan Legislatif. Kita tidak boleh mengajar masyarakat bahawa jika kamu bersalah, hukuman kamu boleh berubah dengan kuasa dan kehendak Perdana Menteri. Rakyat faham peluang terakhir ialah memohon pengampunan diraja kepada Yang Dipertuan Agung.

Janganlah tunggang-langgangkan sistem pentadbiran di negara kita. Perdana Menteri bukan Hakim dan Hakim bukan Perdana Menteri. Masing-masing mempunyai kuasa yang tersendiri.

Bagaimana jika tiba-tiba DS Anwar Ibrahim pula berkata selepas keputusan Mahkamah Persekutuan memenjarakannya, dengan kata-kata dia (Anwar) kononnya diberitahu oleh seseorang bahawa Saiful diarah oleh seseorang untuk mengaku kononnya dia diliwat oleh Anwar. Walaupun perbuatan liwat telah berjaya dibuktikan di dalam Mahkamah. 

Bolehkah dikatakan bahawa hanya dengan Anwar berkata diarahkan seseorang, maka kesnya menjadi hampir serupa dengan Sirul? Maka, adakah seseorang juga akan membela Anwar semula sebagaimana membela Sirul sekarang ? Adakah Anwar juga boleh dikatakan tidak patut menerima hukuman kerana tiba-tiba dia berkata quote 'diarahkan oleh seseorang', walaupun sesudah keputusan Mahkamah membuktikannya bersalah!

Nampaknya, seolah-olah ada 'mahkamah' di atas mahkamah.

Dengan persoalan-persoalan di atas, jika tiada jawapan yang kukuh, maka motif sebenar menyerang Najib semakin jelas. Iaitu untuk menurunkan Najib sebagaimana anda menurunkan Pak Lah. Berterus-teranglah, tidak usah menggunakan alasan 1MDB dan kes Altantunya. 

Betullah kata-kata seorang bekas pemimpin UMNO, 'Kami dalam UMNO ini tidak dilatih untuk menjatuhkan DAP ataupun PAS, kami di dalam UMNO ini sangat dilatih untuk menjatuhkan sesama kami'.

Kesimpulan
Semoga masalah ini akan mendapat petunjuk daripada Ilahi untuk diselesaikan dengan baik. Senjata kita umat Islam adalah berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Ibu dan keluarga Sirul layak berusaha dengan apa cara sekalipun dan pada masa yang sama berserah kepada Allah. Manusia hanya manusia biasa.

Kita mahu semua pihak selamat dan mendapat keadilan, tetapi janganlah menggunakan Najib sebagai satu-satunya alasan, untuk memenangi motif anda dan motif menjatuhkan Najib. 

Tidak semua perkara harus dipolitikkan. Contohilah TG Hj Hadi Awang ketika bersiasah dengan Najib untuk menjayakan Hukum Hudud dan undang-undang POTA (2015).
Will Never Ever Say Good Things


11 Komen:

Anonymous said...

Boleh jadi... siapa tahu?

Anonymous said...

Hahahaha i like your last para. Kata2 bekas pemimpin UMNO.........fantastic!

Anonymous said...

Kalau boleh sy nak Najib dan Tun M berbaik2, tiada gunanya pergaduhan ne, bincang elok2 diam2 selesai masalah...

Anonymous said...

Saya tak stuju dgn awak dan sy tak stuju dgn Mahathir. Tidak perlu lagi pertahan Tun M ada paham ker?

Anonymous said...

Sy paham permainan sesetengah org politik. Sy x kesah klau depa nie kejam sesama mereka. Tetapi.... jgn sampai jadi tembak menembak sudahla (... ingat kes datuk taha dulu). Jgn sampai rakyat dah cuak dan muak dgn gelagat mereka (...wlaupun org tue adalah che det sekalipun!). Cuma... bila tun m gi junpe mak sirul dgn kehadiran bersama mahfuz, sy dah bleh agak sape yg mengaturkan pertemuan tue. Entahla, tun nk jumpe sesiapa pun tue hak dia. Tapi klau nk letak diri dia setaraf dgn mahfuz... huhuhu... mintak maafla. Benda nie dh jadi bahan lawak!

sahabat UMNO said...

Pemikiran dan ramalan Tun M amat teliti.....tepat dan betul.

DS Najib wajib berundur.

Pemimpin2 Umno , Menteri2 BN, Ketua2 NGO , BNBBC dan apa2 ketua lah...nak pertahankan Najib, tu dorang punya hak.....TAK PENTING sebenarnya.

Yang PALING PENTING ...RAKYAT.

Rakyat yg menentukan di peti undi nanti....Bukan pemimpin2 , bukan ketua2 yg diatas.

Tak perlu NAFI. Sebelum ni pun (Tun M belum lagi post mengenai Najib), Rata2 rakyat dah bercerita tentang Najib dan Rosmah.

Demi UMNO, demi BN......DS Najib MESTI BERUNDUR sebelum PRU 14.

Anonymous said...

Bro sahabat UMNO, Mahathir bukan Tuhan. Masalah berlaku kerana dia tamak dan merasakan diriya Tuhan. Tunku Abd Rahman dikatanya salah, Pak Lah dikatanya salah, kii Najib dikatanya salah... dia tak pernah buat salah ker? dia tak pernah rugikan wang kerajaan ker...org makin benci Mukhriz ini macam

Anonymous said...

Saya sokong tidak berbelah bagi pada Tun Mahathir.

Anonymous said...

rocky the great brown unused dick says: kali ni, biarlah kita benarkan DS najib & isteri dan kawan2nya melapah sepuas-puasnya hasil mashul Negara dan duit rakyat jelata; bila tiba masa dah puas & cukup, maka berhentilah mereka.. jangan pening2 kepala & buang tenaga kita, biarlah mereka mencari & memunggah sepuas hati mereka; itukan kelebihan mereka? kalau kita jadik mereka pun kita akan buat benda yang sama juga; jadi sabarlah kita bergilir2..

Anonymous said...

Tun Dr Mahathir seorang negarawan yang licik.

Tun Mahathir vs DS Najib adalah satu sentuhan peribadi Tun M untuk menggilap DS Najib menjadi seorang pemimpin ulung Malaysia dan Dunia.. Tun Mahathir sering kali mengingat kita, kita perlukan pembangkang yang hebat untuk menjadi teras check & balance kepada kerajaan yang ada pada hari ini. Kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang sangat lemah dan tidak punya kekuatan 2/3 pun. Pembangkang yang ada pula berada pada tahap sampah yang hanya berlegar pada soal liwat, pergeseran antara parti dalam soal hudud, air, MB Selangor dan sebagainya yang langsung tidak menyumbang kepada pembangunan dan penyatuan rakyat berbagai kaum buat negara Malaysia. Di sinilah Tun Mahathir hadir sebagai check & balance yang paling anjal kepada DS Najib agar tidak terjebak seperti Tun Mahatathir yang telah dimanipulasi oleh orang sekeliling yang tidak jujur dan amanah. Itu sebabnya IMDB dikritik hebat hingga DS Najib mengumumkan supaya ianya diaudit setelus-telusnya secara terbuka dan tidak ada peluang buat sesiapa untuk mengambil kesempatan terhadap asset Negara ini. Apabila Tun Mahathir menggesa DS Najib untuk berhenti daripada jawatan PM dan Presiden UMno, ahli UMno dan rakyat harus sedar bahawa gesaan ini dibuat oleh seorang Negarawan yang telah bersara dan tidak punya apa2 pengaruh dalam kerajaan dan juga parti. Tak punya kesan apa2 pun. Ketika Tun Mahathir memegang kuasa dulu hampir setiap waktu gesaan seperti ini timbul dari dalam dan juga luar Negara. Saya percaya niat Tun Mahathir ikhlas demi Negara Bangsa dan Agama Islam seadanya. Isu Altantunya pula sahaja ditimbulkan agar satu usaha besar-besaran dilakukan oleh semua pihak agar kisah ini tidak terus dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab untuk menjadi ianya satu kisah rakyat yang akan dikenang sepanjang zaman, hingga anak cucu kita akan menjadi kisah ini satu momokan untuk mempermainkan PM Najib sekeluarga selama-lamanya. Satu tindakan tegas sangat perlu dilakukan oleh DS Najib dan juga pihak berkuasa agar isu yang telah tersiar raya selama lapan tahun ini dinoktahkan terus daripada alam maya ini.. Hakikatnya Tun Mahathir sayangkan DS Najib lebih daripada anak beliau sendiri… Hanya beliau sahaja yang tahu niat sebenar atas tindakan yang beliau lakukan. Diharapkan ramai yang akan faham apa yang terjadi ini adalah satu perkara baik yang akan menguatkan lagi kerajaan UMno BN yang bertunjangkan Islam ini agar terus berkuasa di bumi Malaysia dan bukannya puak sesat yang dipimpin oleh Nuar jubury dan rakan sekutunya

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

tk semua komentarnya

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan