TIMBALAN MENTERI TOLAK CABARAN DEBAT, BIKIN TERKEJUT RAKYAT AMERIKA

on Wednesday, April 29

Elemen Patriotik Dan Kenegaraan Kurang Ditekankan 
Latar belakang
Sejak beberapa minggu ini, Timbalan Menteri Kewangan yang dipertanggungjawab memberi penerangan GST telah menerima kritikan dan sindiran yang bertalu-talu daripada rakyat.

Apabila beliau menyatakan tidak kisah dibaling dengan batu di sini, saya amat kasihan. Di negara luar, seseorang menteri dibaling dengan kasut, telur, botol air dan sebagainya adalah perkara biasa. Namun, di Malaysia perkara itu adalah luar biasa. 

Negara kita masih memiliki tatasusila berpolitik yang baik walaupun di plarform siber seperti FB dan tweeter kata-kata carut kelihatan sudah menjadi perkara rutin.

Apabila Tun Dr. Mahathir berucap secara spontan supaya batalkan sahaja GST, Timbalan Menteri memberikan komen seperti ini . Ianya kemudian dipopularkan secara negatif di siber media. Termasuklah ahli akademik seperti Profesor Mohammad Aguss Yusoff dan Profesor Madya Dr. Mohd. Asri (sekarang mufti Perlis) turut mengkritik kenyataan Timbalan Menteri itu.

Sementara itu, laporan ini menyebut Timbalan Menteri menolak jemputan debat oleh PKR . Jikalau saya dijemput, sudah pasti saya akan menyahut cabaran itu, seperti kata Perdana Menteri di TV semalam "... dalam berjuang, jikalau perahunya telah kita kayuh ke tengah, ia tidak boleh bersurut pulang, meskipun bagaimana besar gelombang yang melanda, biarpun kemudi patah, biarpun layar robek, biarpun seribu kapal tengelam di tengah lautan, ia lebih mulia bagi kita tegap teguh berjuang daripada membalik haluan pulang...". Rujuk di sini

Ada banyak lagi kata-kata Timbalan Menteri yang telah dipetik oleh pelbagai pihak antaranya isu masak dalam kampus. 

Saya percaya, media akan terus mendengar dengan teliti ucapan-ucapan beliau dan akan highlight kata-kata beliau yang boleh dibuat modal. Media mahu mempopularkan beliau sebagai seorang Timbalan Menteri yang melucukan. Sungguh sadis.

Saya berpendapat, Timbalan Menteri yang dulunya seorang pendebat semasa bersekolah dengan reputasi CGPA 3.85 kini mengalami serangan tahap gaban ketika memberikan penerangan mengenai GST.

Cadangan
1. Ayat 'GST berjaya menurunkan harga' nampaknya tidak 100% relevan kepada semua jenis barang dan perkhidmatan. Ayat itu tidak sesuai digunakan. Realitinya terdapat banyak juga barang dan cukai perkhidmatan mengalami kenaikan harga selepas GST. Tiada siapa boleh menafikannya, kita mengalaminya sendiri sama ada di bank, restoran mamak, yuran pengajian, pusat membeli-belah dan sebagainya. Kerajaan tidak mampu mengawal semua peniaga dalam masa singkat.

Apa yang perlu diterangkan kepada rakyat ialah anda mempunyai banyak pilihan seperti membeli di Mydin tetapi tidak semua tempat ada Mydin. Saya telah memberikan cadangan ini . Dalam cadangan tersebut Kerajaan dan Rakyat akan menang-menang untuk kebaikan negara kita.

2. Pendidikan kepenggunaan juga perlu diperluaskan ke sekolah-sekolah hinggalah ke universiti. Dalam pendidikan ini, rakyat perlu dididik hal-hal kenegaraan seperti tanggungjawab dan sumbangan seseorang rakyat kepada negaranya. 

Penerangan GST boleh diserapkan semasa di perhimpunan pagi oleh guru-guru ekonomi dan perdagangan yang sudah tentu mahir dalam hal-ehwal pengiraan. Sementara guru-guru Sejarah boleh mendidik hal-hal kenegaraan. 

3. Apabila rakyat sudah memahami tanggungjawab membangunkan negara, maka isu GST tidak akan sukar diterangkan. Di Amerika Syarikat, walaupun GST mencapai 8%-13% tetapi rakyatnya tidak bising untuk membayar kerana mereka faham tanggungjawab mereka kepada pembangunan negara.

4. Di samping itu, kerajaan perlu memperbanyakkan lagi program-program kebajikan kepada golongan pesara, orang kurang upaya, orang tua, pelajar sekolah, kesihatan percuma, pendidikan percuma dan sebagainya. Perkara ini sangat perlu untuk menyeimbangkan di antara pungutan GST dan penyaluran dana kepada rakyat. 

Contohnya, semua pesara kerajaan dan warga emas tidak dikenakan bayaran semasa menaiki bas awam dan hospital kerajaan. 

Bikin Terkejut
Rakyat Amerika sangat terkejut apabila diberitahu kerajaan Malaysia memberikan perkhidmatan 99% percuma semasa bertemu doktor(termasuk specialist dan consultant) dan 100% percuma diberikan ubat. Kebanyakan rakyat Amerika yang saya temui, kesemuanya terkejut dan spontan berkata 'What?', 'Free!', impossible!' dan sebagainya dengan air muka sangat terkejut.

Di Amerika, rakyat terpaksa membayar mahal untuk mendapatkan konsultasi doktor dan membayar lagi untuk membeli ubat. Anda perlu memiliki insuran dan wang tunai. Di Malaysia, alternatifnya adalah Hospital Kerajaan di mana hampir kesemua perkhidmatannya percuma.

Oleh itu, dalam kes GST rakyat mahu tahu apa mereka dapat selepas membayar GST? Kita mesti menerangkannya dengan betul, tepat dan segera.

Nota: artikel terdahulu di sini.
















11 Komen:

Anonymous said...

Eloklah Mat Maslan berehat ker, ambik cuti ker, pergi buat umrah ker, bikin sesak pikiran rakyatlah...Makin banyak bercakap makin sesak napas 1 tau

Anonymous said...

Stuju stuju maybe tak semua gst tu salah, malangnye menteri ne bikin pening rakyat, makin byk dia bercakap makin pening rakyat dibuatnya, so elok benar kalo dia pi bercuti panjang sikittt... huhu

Anonymous said...

Sy tertarik bab patriotisme kpd negara. Sy stuju pendpt penulis kempen penerangan gst tak da elemen cinta kpd negara, asyik cerita bab naik turun harga... walhal naik tutun hg tu berlaku diaemua negara dan pada semua keadaan dan masa... kenapa Mat Maslan tak telankan aspek jatidiri, nasionalisme, patritoosme sebagaimana Tun M dulu dlm setiap dasar mesti masulkan elemen Patriotik. Hampa lah ... tu sebab kepala rakyat pening belako....Peace yo

Anonymous said...

Mat Maslan ok dia dah bersungguh2 siang malam kerja bagi penerangan, masalahnya rakyat kita ne saja tak nak paham, buat2 tak paham, dah kena racun ngan pembangkang, so nak pegi berdebat ngan mereka. memang tak gunala buang masa saja

Anonymous said...

Sdra penulis, sy x nampak apa kaitan Gst dgn Patriotik! Kalai u cerita bab perang ker, kawad ker , polis ker, tentera ker baru ler ada kaitan ngan patriok patriotik segalab benda tu... apa la hang ne

Anonymous said...

Nice reading

Anonymous said...

I x stuju idea awak ne, sebab dah lambat, Gst dah jalan sebulan baru u nak tulis idea u ne, patut nya masa panjang sebelum dilancarkanla u tulis, Bab hospitel kejaan tu memang x dinafi malaysia terbaik ler... Bab debat tu dah tuan punya diri tak nak nak buat ca ma ne bro... sabor ajer ler

TheKhairul83 said...

Spt mana Bojan Hodak direhatkan , begitulah jg keadaannya bg Datuk Ahmad Maslan..beliau patut direhatkan ..kita hargai kerja keras dan sumbangannya sblm ni...tp, terima lah hakikat, segala gerak geri dan tutur beliau akan sentiasa diperhati malah diputar belitkan ..utk mengelakkan kerosakan yg lebih besar, beliau patut digantikan

Anonymous said...

Awak ne Khairul jgnlah mcm tu, penulis ne bagi idea lain ko cakap lain. Tapi boleh juga ditrima akal fikiranku ne...sy cdg ambik cuti 2 bulan pi Amerika London China cari idea bab Gst , manatau balik dpt idea lebih bagus, so i stuju jugak lah

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Assalamualakum WW/Salam sejahtera,

Pembaca budiman, terima kasih kerana memberi komentar, semoga komen anda memberi kebaikan kepada negara kita. Terdapat beberapa komentar sy tidak dapat lepaskan kerana bahasa yg mencarut. Sama ada anda bersetuju atau tidak adalah hak anda, tiada masalah untuk dilepaskan. Kita berdiskusi untuk kebaikan kepada rakyat dan negara kita. Saya percaya anda mempunyai pandangan yang terbaik untuk negara kita.

Salam hormat.

Anonymous said...

Pada pendapat saya agensi pelaksana seperti Kastam x memainkan peranan dengan berkesan. GST ni kes besar dan menyeluruh. Banyak masa buat penerangan diperlukan. Md Maslan sendirian x mampu nak cover semua. Justeru staff kastam yg ramai tu patut turun membantu. Debat dengan pembangkang khususnya rafizi ramli yg terus menerus memperlekeh dan mencemuh GST dan sering menegak benang yg basah x guna dilayan, buang masa. Untuk kebaikan semua jadilah pengguna yg memberi kerjasama dengan membuat laporan yg sepatutnya. Kat sinilah datangnya semangat patriotik tu.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan