TUN DR. MAHATHIR DAN KADIR JASIN BERBEZA CAKAP ?

on Sunday, April 12

Di dalam laporan ini yang memetik dalam blog Datuk A. Kadir Jasin ini menyatakan ibu Sirul berkongsi maklumat kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa pertemuan di Yayasan Perdana.

Manakala di dalam laporan ini, Tun Dr. Mahathir berkata ibu Sirul langsung tidak berkata apa-apa pun ketika pertemuan mereka itu.

Manakala laporan ini menyebut, Sirul meluahkan kekecewaan dan rasa amat kesal kerana ibunya dimanupulasi dibawa bertemu Tun Dr. Mahathir untuk kepentingan politik mereka. Sirul menelefon dua kali peguamnya menyatakan rasa kesalnya dengan pertemuan itu.

Siapa bercakap benar dan siapa bercakap tidak benar? Atau adakah Allah SWT telah mula menunjukkan kebenaran kepada hambaNYA yang teraniaya dengan menunjukkan sedikit tanda-tanda asbab ketidakbenaran mereka melalui perbezaan kata-kata sesama mereka. Atau katakan saja portal itu salah tulis kerana salah seorang pemberitanya pekak aka tuli. Atau katakan sahaja ini semua salah Mahfuz Omar.

Rakyat yang bijak sudah mula memahami permainan ini.

Selamat Berhari Minggu.







17 Komen:

Anonymous said...

Mahfus Bean.....Betul ke lulus SRP? Lulus cukup makan je ke?

Macam mana seseorang yang "kurang bijak" macam si mahfuz ni boleh memiliki hati yang sangat busuk dan hitam? Kalau bodoh, tapi hati baik, saya respect...tetapi kalau BODOH dan hati BUSUK....sorry, kau memang sial!

Anonymous said...

sabarlah datuk Najib.....masanya akan sampai .....yang benar akan mengalahkan yang bathil...sesugguhnya ALLAH ITU MAHA BERKUASA ATAS SEGALA-GALANYA.....Aminnn..

Anonymous said...

Ya Allah nampak sangat kejahatan mereka , memang hati busuk mereka ne, motif peribadi, kan dah kata kalau tak ikhlas Allah akan tunjuk ... tahniah tuan

Anonymous said...

Hmmm hampa hampa hampa personel poblem ler ne bukan pasal isu rakyat pun ne...benarla l ini game saja, wang punya hal .. dunia oh dunia...

Anonymous said...

Kalau TM rasional,dia tak perlupun bangkitkan isu Altantunya ni,kerana semuanya sudah jelas.Siasatan polis,keputusan mahkamah,penjelasan Razak Baginda beberapa bulan lalu bahawa PM Najib langsung tak kenal Altantunya dan Altantunya langsung tak ada kaitan dgn urusan pemeblian kapal selam.Paling penting sebagai umat Islam semua pihak patut bersangka baik pada PM Najib bila beliau melafazkan sumpah laknat bahwa beliau tidak mengenali Altantunya.Dari semua ini,saya memang tanpa segan silu menganggap TM berhati busuk terhadap PM Najib,sebab itu walau pun saya bukanlah penykong PM Najib dan bukan ahli Umno pun,tapi selepas tindak tanduk TM ini saya sangat bersimpati pada belaiu dan menyokong beliau.

Anonymous said...

i agree i feel bad to Tun M, nampak sgt Tun M ada agenda peribadi, Allah Maha Adil. Sy mula2 tak suka Najib, but now adter 2 3 weeks, i dah nampak Tun M ada personel agenda, bukan sebab Sirul dll pun... semua tu isu pembangkang awalnya, Tun M ambik kesempatan panaskan saje... i bukan ahli Umno pun but i kesian nampak Najib dibuat mcm tu... patut dah pencen rehatlah, Mukhriz tu kalau Allah bagi rezeki jadi PM juga dgn izin Allah tapi sabarlah...

Anonymous said...

nampak dah nampak dah

Anonymous said...

Ahli politik tetap akan berpolitik walau telah bersara. Nak buat camne, dah menjadi darah daging.. Kalau pihak DS Najib tak mula dulu mungkin perkara ini tak hangat sangat, terdahalu puak DS Najib berusaha sungguh2 nak mengorek dan merosakkan imej Tun Mahathir dan sahabat2 beliau seperti Tun Daim yang dihenyak dengan berbagai kes silam. Sekarang giliran Tun Mahathir pula melancarkan serangan atas dasar kepentingan dan kelangsungan Negara tercinta Malaysia ini. Moga niat masing2 adalah terbaik buat Negara dan rakyat Malaysia..

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Assalamualaikum WW/Salam Sejahtera.

Terimakasih kerana memberi komentar. Semoga komen2 anda boleh membawa kebaikan kepada negara kita. Kita tetap menghormati Tun Dr. Mahathir sebagai Negarawan negara kita, padaa masa yang sama kita mempertahankan kerajaan sedia ada kerana ianya kerajaan demokrasi yang dipilih melalui pilihanraya. DS Najib sebagai Presiden dipilih oleh perwakilan parti. DS Najib sebagai Perdana Menteri dipilih melalui proses demokrasi.

Tahun 2015 merupakan cabaran besar kepada DS Najib dan kerajaan. Cabaran besaar jga kepada umat ISlam dan orang Melayu. Cabaran besar juga kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Saya optimis kita akan melepasi cabaran ini dengan matang. Kepada blogger2 UMNO dan pro-kerajaan janganlah memburukkan Tun Dr. Mahathir kerana ingatlah DS Najib sendiri tidak pernah memburukkan Tun Dr. Mahathir. Pertahankan sahajalah kerajaan sedia ada dengan fakta-fakta anda.

Berikan pandangan anda.

jgn jadi bodoh!!! said...

Tanpa Kritikan Tun M Adakah UMNO/BN Akan Semakin Kuat Pada PRU ke 14 Nanti?

Pada pagi 5 Mei 2013 UMNO/BN melangkah ke PRU 13 dengan KEYAKINAN yang begitu TINGGI bahawa mereka akan berjaya memperbaiki keputusan PRU ke 12 pada tahun 2008.

Keyakinan yang BERASAS di sokong oleh faktor faktor berikut;

1. Pada PRU 13 SOLIDARITI dan MORAL di dalam Umno berada di tahap antara yang paling UTUH dan TINGGI sepanjang sejarah Umno. Di mana kesemua 3.4 juta ahli parti di segenap lapisan berdiri teguh di belakang kepimpinan DSN. Begitu hebat sokongan mereka sehingga hampir setiap 'campaign material' tertera gambar PM dan perkataan 'I LOVE PM'.

2. Pada PRU 13 kita ahli UMNO di yakin kan oleh kepimpinan parti bahawa pemilihan 222 calon calon BN ketika itu akan saring dengan begitu rapi dan teliti di mana hanya calon yang layak di gelar 'WINNABLE CANDIDATE' sahaja akan di pilih untuk mewakili BN.

3. Pada PRU 13 UMNO/ BN mendapat kerjasama serta bantuan dari bekas bekas pemimpin nya dan negarawan seperti Tun Mahathir, Tun Daim dan sebagainya yang turun sama berkempen membantu calon calon BN.

4..Pada PRU 13 rakyat di katakan berada di dalam suasana 'Feel Good' dengan pemberian dua pusingan BRIM.

5. Pada PRU 13, TIADA isu isu kontroversi dan mencabar yang TIDAK MAMPU di pertahankan secara rasional. Isu yang paling besar ketika itu cuma lah isu NFC berjumlah RM250 juta yang melibat kan Ketua Wanita UMNO Dato Shahrizat. Malah perletakan jawatan Shahrizat sebelum PRU 13 secara tidak langsung memberi imej positif kepada UMNO/BN yang di lihat sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab yang tidak pernah sesekali berkompromi dengan sebarang penyalahgunaan kuasa oleh sesiapa sahaja termasuk lah oleh Menteri kabinet nya.

Tetapi pada pagi 6 Mei 2013 apabila keputusan penuh PRU 13 di umumkan, harapan kita untuk melihat BN menguasai majoriti 2/3 kerusi di Parlimen BERKECAI apabila BN HANYA memenangi 133 kerusi berbanding 140 yang di menangi nya pada tahun 2008.

Jadi persoalan nya adakah pada PRU ke 14 nanti dengan PELBAGAI isu kontroversi seperti 1MDB, gaya hidup anak isteri DSN, kos sara hidup yang semakin melangit dengan pelaksanaan GST, pengangguran di kalangan anak muda Melayu dan TANPA kritikan Tun M, ADAKAH prestasi UMNO/BN akan LEBIH BAIK berbanding PRU ke 13?

Anonymous said...

Sesetengah permainan ini sebenarnya cukup mudah difahami. Tak dinafikan memang ada pehak yg memandang DS Najib sebagai satu liabliti. Tak kurang juga yg melihat Tun Mahathir ada kepentingan personel dlm konflik yg berlaku ketika ini. Persoalan yg sdg berlegar dlm fikiran sy ketika ini ... wlau macam mana jawapan yg diberikan DS Najib, khayalak yg pro kpd tun ttp akan menolaknya. Seolah mahukan DS Najib 'mengiyakan' semua dakwaan & dgn rela hati turun dr jawatan PM. Strategi 'loud & louder' nie mudah sgt difahami, sementelah lagi dgn penyokong tun yg bukan sedikit. Ditambah pula dgn asam rasa puak2 pembangkang yg pada sy bagai 'pucuk dicita ulam mendatang'. Sy yakin ultimate goalnya adalah utk meletakkan perasaan serba salah dlm diri pimpinan umno trmasuk DS Najib sendiri... samaada mempertahankan beliau atau berhadapan dgn kemungkinan hilang kuasa. Dan semua tahu klau UMNO hilang kuasa, maka secara otomatik rangka negara ini akan berubah. Dgn pengaruh DAP yg bukan sedikit, sehinggakan PAS pyn seperti pak angguk (wlaupun sekarang nue dah nmpak nak melawan...). Ini bacaan sy sbg seorang marhaen. Mgkin ada percaturan yg lain. Tentang kepentingan personal tun, tak perlu lah diulas, sebab semua dah terarah kpd mukhriz. Sy tak tau ianya benar atau tidak.

Pada akhirnya, hitam putih niat seseorang... hanya Allah Azzawajalla yang maha mengetahui atas segala sesuatu. Semoga Allah mempeliharakan bumi Malaysia ini tetap sebagai bumi orang2 beriman.

Anonymous said...

untuk kes altantuyalah....kenapa rakyat tak tanya ketua polis ketika itu iaitu musa hassan dan datuk radzi yang merupakan orang yang dekat juga dengan kes ni dan merupakan menteri dalam negeri....bongkarkan semuanya..malah tanya juga mahfuz dan mahathir apa yang diorang tahu agar dapat memperjelaskan duduk perkara sebenar....

PenyokongMahfudz said...

kadang2 seseorg sanggup menipu tak kira dia siapa utk menujukkan dia sahaja yg benar, akhirnya mereka lupa Allah akan telanjangkan penipuan mereka. Tak kanlah Tun M cakap menipu? hehe Tapi Kadir pun tak akan mengaku punya? sure mereka akan tuduh Mahfuz...
sapa nak ngaku berak tengah jalan....

Anonymous said...

Kalau nak di ikutkan hati... bagi sy org biasa yg hanya bekerja sbg kakitangan awam... lepaskan shj jawatan tue DS Najib... bukan sbb sy hilang keyakinan kpd DS. Ttp klau itu shj yg terbaik buat rakyat... sy pernah tinggal di pekan bertahun2 lamanya. Sy tau mcm mana cara DS. Wlau org kata DS nie keturunan bangsawan yg tak betah dgn rakyat biasa, tp sy tau macam mana hormatbya DS kpd org2 tua. Betapa DS amat mudah didekati. Klau sy berada di tempat DS, tak taula samaada sy mampu bertahan sesaat pun dgn segala penghinaan & kutukan yg diterima DS. Mungkin DS boleh memilih cara Tun Abdullah utk meneruskan bakti dgn cara yg tersendiri. Soal jawatan PM, serahlah kembali kepada parti utk tentukan. Kita tengoklah klau pengganti yg baru tue masih tak memenuhi 'kriteria yg ditetapkan', samaada dia pula akan diminta letak jawatan. Sy bukan macai DS Najib... tetapi hati nie memang gundah klau beginilah cara sesetengah manusia memperkotak katik kan kepimpinan negara ibarat habis madu sepah dibuang. Sy membesar di zaman tun, yg sy akui betapa hebatnya tun menerapkan jiwa merdeka dalam diri kita rakyat malaysia. Supaya rakyat malaysia mampu 'walking tall' dgn semangat 'MALAYSIA BOLEH!'. Mampu membina jati diri rakyat malaysia yang bangga dgn negara sendiri. Perkembangan terbaru tidak akan mengikis rasa hormat sy kpd tun. Tun pada kelas tersndiri. Tun Abdullah pun ada jatinya sendiri. Begitu juga DS Najib. Memetik kata2 pemimpin HAMAS khaled meshaal ... 'bahawasanya Malaysia ini terdiri dari rakyatnya mulia dan pimpinannya dari orang2 yg terhormat'... buat DS Najib, kalau itu sahaja jalannya maka berbuatlah... bukan bermakna DS mengalah. Tetapi jalan org2 yg terhormat mungkin hina di mata manusia tetapi mulian di sisi Allah SWT. Sy mungkin berasa letih dgn apa yg berlaku, tetapi elakkan rakyat dari menjadi lumpuh & capik di masa depan kalau perbalahan ini tiada nokhtah pengakhiran. Berkenaan Tun, hendaklah kita bersangka baik dlm tindakan beliau. Tampak keras namun mungkin ada kelembutan dalamnya. Jgn dihina org yg telah byk berjasa kpd nusa. Sbgaimana dinukilkan oleh tun sendiri 'pada akhirnya biarlah Qadzi RabulJalil yang maha adil menghukumkan tindakan beliau samaada betul atau salah'.

Nukilan dari org biasa yg taj reti sepak terajang dalam politik. Klau tuan dpt paparkan nukilan ini dalam blog tuan, org biasa ini amatlah berbesar hati. Bukan mencari pujian atau penghotmatan, cuma mencari ketenangan dlm gelodak hati yg tak sudah2.

Anonymous said...

Tun mahathir lebih tau dari DS najib

Anonymous said...

Seorang menteri kewangan tidak tahu tentang operasi agensi di bawah kawalannya.

Adakah anda nak pilih seorang yang tidak tahu bekerja sebagai bos anda?

Pikir la sendiri

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

TK semua pemberi komen.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan