TERIMA KASIH TS RAFIDAH AZIZ

on Saturday, April 11

Apabila TS Rafidah Aziz, Tun Abdullah Ahmad Badawi, TS Muhyidin Yassin, Datuk Shahrir Samad, DS Ahmad Zahid Hamidi, DS Mohd. Shafie Apdal, DS Hishammuddin Tun Hussien, Khairy Jamaludin menyatakan sokongannya kepada DS Najib dan kerajaan, saya sudah tahu gerakan menjatuhkan DS Najib akan menemui kegagalan.

Saya sudah tahu mereka terpaksa mencari orang lain untuk menekan DS Najib, barangkali Tengku Razaliegh Hamzah.

Apabila saya mengetahui komponen-komponen parti utama seperti MCA, MIC, PBS, PRS, BN Labuan, UMNO Terengganu, UMNO Negeri Sembilan, UMNO Sabah, UMNO Pahang, BNBBC dan sebagainya memberi sokongan kepada DS Najib dan kerajaan, saya sudah tahu gerakan menjatuhkan DS Najib mengalami kebuntuan.

Tenaga orang-orang lama terpaksa digunakan. Tun Daim dan TS Sanusi Junid terpaksa memberi sedikit bantuan melalui media. Rakan-rakan blogger saya yang berada di pihak Tun M silakan dengan keyakinan anda. Kita berbeza pandangan, tetapi masih mempunyai motif yang serupa iaitu mempertahankan kerajaan sedia ada.

Kenapa Mereka Sokong DS Najib?
1. Tegas TS Muhyidin Yassin, "Ada pandangan berbeza, tetapi biarlah pimpinan kerajaan hari ini cuba laksanakan perkara yang kita fikir beri impak kepada pembangunan sosioekonomi rakyat menerusi program transformasi, rasionalisasi subsidi, bantuan rakyat dalam bentuk BR1M dan sebagainya, ada impaknya walaupun Tun tidak begitu bersetuju dengan perkara begitu," Rujukan di sini

2. Pak Lah mengulangi semula, "Hasil siasatan rapi dan terperinci yang dibuat oleh PDRM dalam kes yang disampaikan kepada saya pada waktu itu mengesahkan bahawa Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak terlibat langsung dalam kes tersebut." Rujukan anda ini . Sebelum Pak Lah memberi sokongan itu, saya lebih awal meramalkan bahawa Pak Lah menyokong DS Najib di sini.

3. TS Rafidah Aziz dengan nada ikhlas berkata, "Putrajaya bukan semata-mata Najib tetapi semua yang berada di dalam kerajaan. Perdana Menteri memerlukan pasukan yang cekap, berwibawa, ikhlas dan berpegang teguh kepada tanggungjawab kolektif. "Kita tidak mahu melihat kerajaan BN tergugat. Maka, sokonglah Perdana Menteri dengan ikhlas untuk memperkuatkan parti dan kerajaan," Bacalah di sini 

4. DS Ahmad Zahid Hamidi nyatakan dengan yakin, Jawapan Perdana Menteri adalah sesuatu yang telus sebagai manifestasi keikhlasan beliau, sekali gus dapat menguruskan persepsi negatif yang dicipta pihak tertentu”. Teruskan baca di sini untuk mendapatkan ulasan DS Hishammddin dan DS Mohd. Shafie Apdal.

5. Tun Dr Mahathir berkata di sini kononnya kaum lain tidak mempercayai DS Najib lagi. Namun, sokongan MCA, MIC, Gerakan, PRS, PBS, UPKO dan sebagainya datang mencurah-curah.

6. Khairy Jamaluddin memberi sokongan lebih awal lagi. Dalam laporan ini ada dinyatakan.

Apakah DS Najib akan memenangi game ini?
Semakin hari semakin ramai menyatakan sokongan kepada DS Najib. Seperti kata TS Rafidah Aziz dan DS Ahmad Zahid Hamidi sebabnya adalah mudah, iaitu "DS Najib ikhlas" dan "manifestasi keikhlasan DS Najib". 

Saya menerima emel bahawa beberapa pemimpin utama pembangkang juga memberikan sokongan kepada DS Najib dalam perseteruan ini. Gambaran yang paling jelas, sokongan itu datangnya daripada TG Haji Hadi Awang. Baca kiasan TG Haji Hadi ini, katanya '...ada perkara yang lebih penting iaitu isu keselamatan negara...'!.

Adakah DS Wan Azizah (Presiden PKR) sekeluarga dan Lim Guan Eng (Setiasaha Agong DAP) juga menyokong DS Najib?

Bersambung lagi...

Selamat berhujung minggu...

Washington DC, USA.
April, 10, 2015.



21 Komen:

Puchong Indian-Malay said...

hmmm yer la, kali ini macam sukar Tun M nak jatuhkan DSN. Kawan2 kat bawah ne mereka dah cakap kesian kat Najib asyik kena buli dengan Mahathir, sy pikir Mader over killed...rakyat nampak keikhlasan Najib itu bezanya bila Mader keterlaluan. Kat sini mcm rakyat fed up dgn Mader, masa 22 tahun perintah dulu tak cukup kah? mcm tu la kata mereka. Dulu lantek Abdullah pas tu tak suka jatuhkan, dulu sokong Najib skrg nak jatuhkan...so dorang cakap lepas ne sama juga... lantek semula Mader ler senang cerita.

Anonymous said...

jika pembangkang pun menyokong pentadbiran najib maka satu petanda yang jelas BN akan bungkus PRU 14

Anonymous said...

Cucah jio...:)

Anonymous said...

Its interesting to read your view where you have considered najib has "emerged as victor" in his spat with TDM.

Whereas you view "support" as the number of leaders seen to have extend their overall ayes to najib, the rakyat by large seem to have a different view including but not limited to sanusi and daim who are in total agreement with mahathir.

Please crucially examine these 2 big issues among the money questions piaed by TDM.

1. The majority of rakyat including but not limited to tdm, daim, sanusi were very concerned about the 42 billion debt created by najib led 1MDB. Are the supporters of najib including but not limited to rafidah, shahrir, paklah etc agreed with najib?

2. Like mahathir, the rakyat never questioned courts decision where sirul and azilah were found guilty of murdering altantuya. Nobody accused najib of instructing them to kill. But the real question asked is who instructed them to kill as they have no link to the victim. The person who instructed both of them is scott freeto wander this world. That's very cruel. Are you saying all supporters of najib condoned such cruel actions?

Think, what if sirul and or azilah are your relatives close to you? would you not go all out to find out who gave them the instruction?

Wallahuaklam

Anonymous said...

Tuan Bloger,

Artikel yang menarik, cuma saya risau PM dikelilingi oleh penasihat yang kurang berkaliber.

Nasihatlah PM agar memilih ahli-ahli penasihat yang berfikiran kritikal, bukannya yang cari makan.

Wallahualam...

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terimakasih dengan komentar anda, kelihatan seronok membacanya. Jawapan saya

1. DS Najib bukan seorang yg gopoh-gapah untuk menjelaskan soalan RM42 Billion itu. Saya percaya Jabatan Akauntan Negara dan lain2 agensi spt PAC, PDRM, SPRM perlu menyegerakan laporan mereka. Jika laporan Jab Akauntan Negara menunjukkan ada ketidaktelusan, sy sgt yakin DS Najib tidak akan melindungi mereka yg bersalah kerana itulah janjinya. Tetapi jika perjalanan bisnes itu mengikut peraturan, adakah anda akan berhenti berkempen menjatuhkan Najib?

2. Mahkamah telah mendapati Azilah dan Sirul bersalah. Baiklah, dalam isu siapa yang arahkan, saya juga bersetuju supaya Sirul dedahkan maklumat yg dia tidak sebutkan ketika perbicaraan dalam Mahkamah. Jika dia menyebut Najib tidak terlibat tetapi org lain, sekali lagi sy bertanya, adakah anda akan berhenti berkempen menjatuhkan Najib?

Maka, ianya kembali kepada motif menjatuhkan DSN yg sebenar. Bak kata org tua2 "org yg baik jika dah tak disuka akan tetap buruk segalanya".

Wallahualam.

Anonymous said...

Tuan,
MUBARAK bersuara minta Tun Dr M tegur cara hemah http://www.malaysiakini.com/news/294946 sy rasa Tun M silap timing..rakyat dan pemimpin full support to Najib, betullah ara Ikhlas Najib lebih nyata banding Tun seolah ada niat lain. Wallauhalam bissawap.

Anonymous said...

Saya kurang bersetuju sekiranya sokongan pemimpin2 lama UMNO yg tiba2 muncul adalah manifestasi sokongan rakyat kembali kepada DS Najib. Mungkin ada kebenarannya jika sokongan tersebut adalah drp pemimpin2 parti2 dari Sabah dan Sarawak. Saya lebih melihat motif sokongan tu tak lebih drp melunaskan "dendam2" lama kerana Tun M juga pernah "menegur" veteran2 tersebut. Ramai berkata Tun M tidak sepatutnya mencampuri urusan kerajaan semasa tetapi mengenali Tun M melalui pengalaman hidup di era pemerintahan beliau, pembacaan buku2 beliau dan memahami aspirasi beliau semasa menghadiri ucapan2 beliau saya merasakan Tun M akan sentiasa "tidak aman" di hati selagi tindak-tanduk org2 melayu terutama para pemimpin UMNO bersikap merugikan bangsa melayu sendiri.

Saya kurang paham cara UMNO sebenarnya sebab kesemua pemimpin2 UMNO skrg nie tentu lebih maklum akan tabiat ex-boss besar diorang yg suka menegur tak kira sapa, pangkat dan akan terus "memerhatikan" tindak-tanduk diorang supaya akan sentiasa menguntungkan negara. Setelah PM pertama tersingkir, PM ke-2 terus "mengutip" Tun M kerana beliau tahu takde melayu yg seberani beliau dlm memastikan kewujudan UMNO akan terus menguntungkan org melayu.Di masa era PM ke-3, beliau terus mempercayai Tun M utk menerajui kepimpinan sehingga la Tun M berjaya memacu negara ke era pemodenan sehingga melimpah ruah kekayaan negara setelah 22 tahun. Isu pokok yg saya nampak sebenarnya keengganan pemimpin2 selepas beliau enggan menyambung keberkesanan polisi2 yg beliau perjuangkan atas alasan berlainan style, era masa berbeza, cabaran semasa tidak sama seperti cabaran dulu2 dan sebagainya. Umum tahu Tun M tidak pernah memutuskan kesinambungan legasi2 era Tun Razak dan Tun Hussein Onn tetapi menambah baik secara kreatif dan berkesan melalui slogan Bersih, Cekap, Amanah, Malaysia Boleh dan penerapan nilai2 Islam. Berdasarkan keberkesanan polisi2 nie selama 22 tahun, kalau la saya nie menjadi PM selepas Tun M, saya tidak akan mengubah asas2 yg ada sekiranya saya tau ia terbukti. Tiada Islam Hadhari, tiada 1Malaysia, tiada 1MDB sbb saya ada platform2 yg sedia ada seperti Khazanah, tiada retorik, tiada syok sendiri. Saya cuma akan menambah baik UMNO nie dgn membersihkan parti drp elemen2 yg melemahkan parti seperti politik wang, politik keluarga, pemimpin2 yg menyumbang kepada persepsi negatif nie akan saya cantas sehabis2 nya, sapa2 pon tak kan kebal drp kronisme drp yg paling atas sampai la ke bawah. Asas yg sama, parti kena Bersih, Cekap dan Amanah. Agaknya ini lah harapan besar Tun M semasa melepaskan kuasa kepada Pak Lah. Hanya kerana imej "Mr Clean" dan pegangan agama yg nampak kuat, Tun M mempertaruhkan kepercayaan beliau setelah dikhianati oleh Anuar. Umum mengetahui apa yg terjadi selepas era Tun M. Ini membuatkan saya terpikir: TIDAK ADA LAGI KAH KEJUJURAN DLM MEMPERJUANGKAN NASIB MELAYU SKRG?

Kesimpulan:

- Serangan terhadap DS Najib akan terhenti sekiranya beliau mahu melaksanakan pembersihan secara berani
- DS Najib secara automatik akan terserlah kewibawaan sekiranya berhadapan dgn kritikan secara berhadapan
- Jawab dgn FAKTA2 YG BENAR, KUKUH DAN TIADA RUANG UTK DIHUJAH BALAS soalan2 yg disebut oleh anon Saturday, April 11, 2015
- Pemimpin yg kuat akan berdiri dgn sendiri, takan mungkin dapat dijatuhkan kecuali oleh pemimpin yg lebih berwibawa. Tun M adalah contoh semasa beliau menjatuhkan Tunku Abdul Rahman dulu...
- Jgn anggap rakyat terlalu naif dan bodoh sehingga akan menelan bulat2 setiap penerangan pemimpin. Ini lah penyakit para pemimpin umno skrg sebab menganggap persepsi akan hilang kalau digula2 kan dgn penerangan yg berbelit2
- INI BUKAN KEMPEN MENJATUHKAN PEMIMPIN TAPI LEBIH KEPADA KRISIS KEWIBAWAAN PEMIMPIN DI MATA RAKYAT. Tun M masih dianggap pemimpin yg diyakini disebabkan kewibawaan beliau....setidak2 nya aura Malaysia Boleh masih terasa jika kita menghadiri seminar2 beliau....bukan retorik....bukan semata2 slogan politik...

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

TK ulasan panjangnya. Insha Allah sy ulas dalam entri terbaharu sedikit masa lagi.

Anonymous said...

Tn Bloger,

apabila orang tua berkata-kata;

1. itu nasihat yang benar
2. memperingati agar kesalahan lama tak berulang
3. memperbetulkan keadaan

Walahualam, kerana semua yang menegur PM adalah orang tua @ veteran..

Anonymous said...

Setuju bab nasehat orgtua tu, tapi Mahathir bukan menasihati sgt pun dia lebih kepada menjatuhkan dan merosakkan kerajaan sedia ada, pru baru dua tahun, kalau nak nasehat jupalah diam2 tak payah heboh2 memangla ramai org suka heboh2 nak cari kredit or wang nak jatuhkan. Melayu mudah lupa.lol

Anonymous said...

Tn Bloger, saya suka membaca komen Anon Saturday, April 11, 2015 berkenaan dengan kesinambungan legasi daripada satu PM ke satu PM dan seterusnya. Secara logiknya PM yg terlantik adalah berasal drp TPM...dan secara logiknya berkongsi aspirasi akan pelan jangka pendek, sederhana dan panjang dlm membangunkan negara. Semasa Tun Mahathir meletakkan jawatan dulu, perkara pertama terdetik difikiran saya semasa itu adalah apa jadi kepada perancangan jangka panjang Wawasan 2020 sebab saya berasa teruja ingin menjadi sebahagian drp agent pengubah seperti tertera dlm "knowledge-based society framework" Tun M sejak di bangku sekolah lagi. Saya adalah bekas tajaan JPA dan skrg mempunyai kepakaran di bidang telecommunications setelah menimba ilmu di UK dan berkhidmat di syarikat multinasional terkemuka dunia selama nak dekat 18 tahun. Saya bangga bila menyebut Cyberjaya, Multimedia Supercorridor dan aspirasi Vision 2020. Selepas era Tun M, bermula la era re-branding sana-sini, retorik tanpa kesudahan dan umum mengetahui tiada PM sehebat Tun M yg berupaya menyambung tugas besar ini tanpa mendedahkan kelemahan ketara dlm proses mentransformasikan masyarakat menjadi knowledge-based society kerana para pemimpin selepas itu lebih teruja mencipta "legasi" terbaru utk menyaingi Visi 2020. Saya terbaca kisah Tun Abdullah Badawi mempengerusikan mesyuarat tahunan panel penasihat antarabangsa yg terdiri drp pakar2 IT sedunia di mana beliau gagal menterjemahkan perkongsian idea2 berkesan kerajaan dlm memastikan kejayaan MSC sentiasa kehadapan. Era DS Najib pulak lebih kepada retorik 1Malaysia atau secara bahasa kasar dasar2 syok sendiri. Minta maaf la...saya berasa kecewa setelah bertungkus lumus belajar, menimba ilmu dan pengalaman....saya merasakan aspirasi Wawasan 2020 skrg nie seperti ibarat mimpi di siang hari sahaja...lebih baik saya masuk jadi ahli politik seperti KJ atau Rafizi atau Sofia Dyana...cari makan melalui politik...muda2 dah kaya raya dan terkenal...

Anonymous said...

Pada Zaman pemerintahan Sultan Muhaammad II, baginda telah menghukum bunuh anak lelaki baginda kerana bersekongkol dengan anak lelaki Caesar Constantinapol untuk menguling baginda

Kerajaan Ottoman berjaya memerintah hampir 500 tahun dan mengembangkan pengaruh sehingga ke Indonesia & Tanah Maelyu

Sekiranya agenda Islam terus diberikan keutamaan, Insyallah pemimpin sedia ada akan mendapat bantuan dari Allah swt..

Wallahualam

Anonymous said...

Tn Hj,

You responded to my comments on the 2 issues raised by issuing counter proposal questions,"Would you stop campaigning against najib?".

Actually, I am amused at how you read my comments and or questions posed in unintellectual way.

1. In the context of your above article, you suggested that Najib secured support of personalities like sharir, rafidah and the likes. I asked ,"would these people agree with the 42 billion debt of 1MDB?" The investigation (hopefully ongoing) by those agencies appointed by najib and or najib's coolness or shall I say clueless has nothing to do with my question. If the answer is YES.....its fine. If its NO.....you answer yourself.

2. On sirul's case, you also pose what if sirul declared najib was not involved. Its not relevant at all as no one including mahathir accused najib was involved. The rakyat only wanted to know who INSTRUCTED sirul and azilah to murder altantuya. Only that, sir.

So you do not have to make counter proposals. I believe earlier TDM and like many rakyat as a whole were concerned with all controversial issues such as abolishment of ISA, move to repeal sedition act, tppa signing, BRIM, 1MDB and the list go on. Many felt threatened but nsjib turned deaf ear except on sedition act, thank God after much pressure by tun and the others, it was withdrawn.

Its not an issue of asking najob to step down. Since najib was not responding well and chose to be cool (bortowing your word) or clueless, there were calls for najib to step down. I personally never campaign menjatuhkan najib. Jika beliau rasa beliau patut berubah.....berubahlah demi kepentingan melayu, islam dan negara. I believe TDM and others would halt asking him to step down.

Wallahuaklam



Anonymous said...

"Setuju bab nasehat orgtua tu, tapi Mahathir
bukan menasihati sgt pun dia lebih kepada
menjatuhkan dan merosakkan kerajaan sedia
ada, pru baru dua tahun, kalau nak nasehat
jupalah diam2 tak payah heboh2 memangla
ramai org suka heboh2 nak cari kredit or
wang nak jatuhkan. Melayu mudah lupa.lol"

Anonymous Saturday, April 11, 2015

-------------------------------
Tun dah ckp dia dh lama ckp slow2
dgn najib.. kau x prasan ker...

baru skrg dia hebohkan...

kalau dia nak rosakkan bwat per
dia tolong najib kempen pilihanraya..

baik dia rosakkan terus dari pilihanraya lagi..

-------------------------------

Kepada penulis blog ini..

kau ckp najib dpt byk solongan.. haha..

sokongan & respek adalah dua perkara
yang berbeza..

Najib mungkin di hype kan konon
mendapat sokongan ramai..

Padahal realitinya.. sokongan terpaksa..

Tun pulak dia peduli apa dpt sokongan
ke tak.. umur dia pun dah tua..

Najib igt boleh rasuah Tun dgn letak
Mukhriz jadi menteri besar..

Jadi Tun boleh senyap.. kesian Najib..

Najib Di sukai ramai.. <--- haha

Tun Di hormati Kawan & Lawan..

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Ok Sir, saya faham pandangan sdra, dan saya gembira malah menghornati dengan jawapan balas itu. Apapun, saya sememangnya bercadang untuk menjawab isu yang saudara bangkitkan dalam entri selepas ini.

Saya ada menerima emel yang sama drpd pembaca saya dengan persoalan yang sdra bangkitkan.

Sy fikirkan sejenak adakah perlu saya siarkan emel itu atau saya menjawab panjang sedikit persoalan sdra itu. Sdra kenal saya dan saya sudah tentu kenal sdra kerana kita pernah bersama.

Apapun saya berharap kemelut ini berakhir dengan baik/dengan segera untuk perpaduan umat Islam, bangsa Melayu dan negara.

Salam hormat.

Al.



Anonymous said...

I dont believe all of dis, the end yg kena dan yg dipermainkan PR juga, im sure all dis wayang sahaja, all bout money money money, Mahader sudah tua pun masih pikir wang... so becarefull Pr!

Anonymous said...

Salam Tn Bloger,

Kerajaan berura-ura nak naik kan had keluar KWSP ke 60 tahun pula.

Kalau benar, nampaknya, PM Najib dah kena sabotaj..

Wallahualam.

Anonymous said...

Sebelum PRU13 ramai je yg kata sokongan dan janji kemenangan besar BN, hasilnya BN kalah lebih teruk dari PRU12. Sokongan yg bermaksud sebaliknya pernah berlaku.

Adakah ia akan dilaksanakan lagi pada PRU14 ?

Daeng Jumat said...

totally agreed..kerajaan hidup mewah dikala hutang negara meningka sedangkan rakyat makin sengsara dgn kos sara hidup yg semakin meningkat

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

TK semua pemberi komen, semoga positif kepada negara.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan