TUN M SUDAH MEMAAFKAN ANWAR ?

on Saturday, April 18

Sebagai seorang yang kuat membaca, apatah lagi Tun Dr. Mahathir sering membaca kitab suci Al-Quran dan terjemahannya, sudah pasti ilmu pengetahuan Tun M mengenai agama Islam tidak boleh diperkecilkan begitu sahaja.

Seorang pendakwah keturunan sayed berasal dari Acheh, memberitahu saya, dia pernah membantu Tun M menyemak ayat-ayat suci Al-Quran dan dalil-dalil yang bersesuaian ketika Tun M menulis buku agama Islam kira-kira 40 tahun dahulu (Menghadapi Cabaran: 1976). 

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Tun M juga pernah menulis buku berkaitan agama Islam dan dakwah Islam. Saya sudah lama memiliki buku itu, anda boleh melihatnya di bahagian bawah sekali blog ini, dibawa tajuk koleksi "Buku Tun Mahathir".

Semua orang tahu DS Anwar Ibrahim adalah mantan Timbalan Perdana Menteri. Semua orang mesti tahu bahawa Anwar tidak mempunyai apa-apa masalah dengan DS Najib, TS Muhyiddin dan ketiga-tiga Naib Presiden UMNO.

Masalah hanyalah di antara Anwar dengan Tun M mantan mentornya yang memecatnya pada tahun 1998 dahulu. Ketika itu, mungkin generasi baharu tidak ingat bahawa Tun M dilabel bermacam-macam penghinaan seperti maha Firaun, diktator, kuku besi, kronis, nepotis, kolusis dan sebagainya. Malah polis dilabel anjing kerajaan, umpama mossad dan sebagainya.

Itu 17 tahun dahulu, hari ini keadaan sudah berubah. Semua tuduhan itu dijilat semula, sebaliknya mereka memuji-muji Tun M.

Jika saya tidak silap, dalam satu wawancara, Anwar ada berkata dia sudah memaafkan Tun M. 

Jika saya tidak silap juga, Tun M pernah berkata secara umum, bahawa seseorang yang bersalah mesti melalui hukuman yang sewajarnya. Sesudah dia menjalani hukuman dan bertaubat, kita tidak boleh lagi terus menghukumnya. Malah kita mungkin boleh boleh menerimanya semula. Saya tidak ingat sama ada kata-kata itu ditujukan kepada siapa kerana ianya dijawab secara umum.

Analoginya, seseorang pesakit mesti diubati dengan segera untuk menyelamatkan dirinya. Operasi pembedahan perlu dibuat jika prosedur biasa tidak berjaya. Virus dan kuman mesti dimatikan segera sebelum merebak ke seluruh badan. Lambat sesaat boleh menyebabkan kemungkinan lebih buruk.

Namun begitu, jika pesakit itu berjaya diubati, pesakit mesti diberi peluang meneruskan kehidupan dan cita-citanya. 

Dari segi agama Islam, maaf-memaafkan sesama manusia amatlah dituntut sedangkan Allah SWT Maha Pengampun kepada hamba-hambanya yang bertaubat. Inikan pula manusia biasa. Perintah memaafkan dalam Al-Quran di sini.

Dengan perkembangan terkini, adakah bermakna Tun M sudah memaafkan Anwar?. 

Selamat Berhujung Minggu.

Nota : Bersambung esok, berkenaan KJ dan Pemuda UMNO melambung DS Najib...



  




9 Komen:

Anonymous said...

Nuar tidak bersalah pada TM,apa pula yg perlu TM maafkan?.Sebaliknya TM yg perlu memohon maaf pada Nuar kerana berbohong dalam isu pemecatan Nuar,TM memecat Nuar atas sebab yg lain tapi memberi alasan yg lain.TM memecat Anwar kerana keengganan Nuar berkomporomi dalam isu 'bailout' syarikat perkapalan anak TM,tapi TM beri alasan pemecatan Nuar adalah kerana kes sodomi,sedangkan kes sodomi sudah lama berlaku dan TM mengetahuinya bila di beri taklimat oleh T.Hanif,begitu juga dgn surat 12 muka dari WA yg menceritakan prilaku Nuar sudah lama di terima oleh TM.Utk mendapat sokongan rakyat,TM berpura-pura memecat Nuar kerana kes sodomi.Seperti yg dikatakan oleh Nuar ,kalau kes sodomi yg menyebabkan TM memcat beliau,ramai lagi pemimpin Umno yg perlu di pecat kerana masalah seks,sehingga Nuar pun ada mengaitkan TM sendiri dgn seorang perempuan Cina.

Tapi walau apa pun TM ni memang 'ular' kalau apa pun dapat memberikan kelebihan kepada beliau, beliau akan berkomporomi,dan menerima sesiapa sahaja,walau pun musuh tegarnya sebagai rakan.

Anonymous said...

Ooooo...mmg anwar pun adalah masalah moral seks LA.

Anonymous said...

Ada logik juga..dulu bila wartawan tanye Mahader u boleh kerjasama ker dgn Anwar, dia kata no way.... la ne bila wartawan tanya semula dia jawab 'i dont know'... mknanya Mahader ular ne oleh kerana nak sgt jatuhkan Najib dia saggup jilat balik ludag diaa ke atas anwar..memang stujukomen atas 'ular'

jgn jadi bodoh!!! said...

Kenapa la bodoh sgt dok pikir Tun M nak kerjasama dgn Peliwat Tegar Tua!! rupanya ada lagi yg masih berotak primitif!!

"I wrote about 1MDB but people say 'Oh, he is unhappy not with 1MDB but with the crooked bridge. I don't advocate the removal of a prime minister because he is too afraid of Singapore to build a crooked bridge.

"I am sympathetic towards him because he is very weak and so cannot build the bridge brick by brick. So for that I excuse him – but when you lose money and cannot explain where the money is, I think you are not competent to become prime minister," Tun M 18 April 2015

Anonymous said...

Mahathir bukan Tuhan. Anda melihatnya suci kerana dia pandai menyembunyikan kekotorannya. Pak Lah dan Najib dilihat tidak suci karena mereka tidak pandai sembunyikan kekotoran yg dibuat oleh org di sekeling mereka...salah satu kekotoran Mahathir paling buruk bilamana dia memalukan Anwar tanpa bukti...Mahathir asyik2 minta bukti Sirul ler 1MDB ler...mana bukti Anwar meliwat? sampai skrg Mahathir sendiri gagal tunjuk bukti...so Mahathir memang ular...penyokong2 Mahathir jgn temberang la.

jgn jadi bodoh!!! said...

siapa kata manusia itu tuhan..malah malaikat pn tidak..Siapa kata Mahathir tiada dosa!!Anwar mmg telah disabitkan liwat 2 kali!!bukti apa lagi kau nak!!semua manusia melakukan dosa..mahathir tidak tuduh Najib membunuh Altantuya..PAHAM tak dia kata siapa arahkan 2 org Polis UTK yg hanya menerima arahan org atasan!! mmg kita tahu Razak Baginda yg punyai skandal dgn Altantuya..tapi siapa arahkan??ini adalah persoalan wlaupun dlm mahkamah 2 anggota ini tidak mnyatakan siapa yg mngarahkn mereka!! yg kau ni penyokong peliwat tegar tua ni maknanya kau org PKR..kenapa beria2 mahu mmpertahankan NAJIB!!kerana anda tahu selagi Najib mnjadi PM lebih mudah PR menang PRU..sama spt Pak Lah..bersemangat Anwar Aljuburi mmpertahankan Pak Lah..taktik banggang mcm ni mentaliti hanjing je..Najib xlama lg tu...tungguuu...

Anonymous said...

Sy benci Mahathir.. dia menyeksa memenjara menuduh Anwar macam2 tanpa bukti, mana bukti dia tunjukla kalau dia ada... rakyat Malaysia terlepas memiliki seorg Perdana Menteri yg berjiwa rakyat yaitu Anwar Ibrahim... bangunlah rakyat malaysa jgn tetipu mainan wayang Mahathit dan najib ini... semua ini wayang kerana duit kerans berebut wang... Pru 14 menangkan Pakatan dan kita bebaskan Anwar dari semua tuduhan jahat mereka, dan kita akan mendapat pM Anwar yg berjiwa rakyat...mahathir adalah wayang pendusta

Anonymous said...

Betul betul betul... tengokla anak2nya semua billionare... beratus tahun anak cucu dia boleh hidup walaupun gst 20%... Penyokong mahathir mati kutu kalau sebut kekayaan luar biass anak2 Mahathir, mereka sengaja x mau tulis, mereka sengaja cerita keburukan org, rakyat Malaysia tertipu...Ada sesiapa boleh sahkan anak2 Mahathir bukan billionare?

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terimakasih semua pemberi komen, semoga membawa positif. Kita serah kpd pembaca menilainya.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan