1MDB BELI TELCO: SEORANG TAN SRI, SEORANG USTAZ, SEORANG KAKITANGAN KERAJAAN

on Saturday, May 2


Intro: 
Saya ingin memanjangkan pandangan 3 orang yang berbeza latar belakang. Pandangan pertama, sebuah jawapan ringkas oleh seorang ahli agama. Pandangan kedua oleh seorang bergelar Tan Sri yang sebenarnya katanya idea itu daripada seseorang yang lain jua. Pandangan ketiga, oleh seorang kakitangan kerajaan.

Pandangan pertama:
Seseorang telah melemparkan artikel ini di dalam aplikasi group wassap. Tiba-tiba seorang ustaz menjawab begini, "Tidak ada penipuan dalam 1MDB. Yang ada hanyalah kerugian perniagaan kerana kecuaian dan pemilihan konsultan yang silap.
Sebab itu PM berani audit duit tu".

Saya terkejut dengan pandangan ustaz itu. Ketegasannya mengkagumkan dan keberaniannya luar biasa. Nampaknya, dia memahami apa yang dimomokkan.

Pandangan kedua:
1. Apa kata 1MDB mengambilalih satu syarikat pembekal khidmat telefon pra bayar, internet dan TV kabel dan serta merta menurunkan harga daripada yang ditawarkan semasa? 


2. 1MDB boleh melaksanakan idea ini kerana ianya tiada masalah dari segi pelaburan di mana 1MDB telah dibenarkan membeli property di dalam negara. Kes rujukan pun telah ada.

3. 1MDB dicadang membeli TELCO kerana syarikat TELCO sudah siap memasukkan cukai 10% jualan topup sebelum GST pada harga semasa. 

Apabila tolak jualan 10% dan digantikan dengan 6%, sepatutnya TELCO memulangkan 40 sen menjadi RM9.60 sen bukannya menjadi RM10.60 sen !

Oleh kerana itu, dicadangkan supaya 1MDB membeli syarikat TELCO dan mengambil alih isu 6% di atas. Jika pembelian itu berjaya, 1MDB dicadang menjual harga top-up semurah RM9.60 bukannya RM10.00 !

Invest Malaysia 2015
Pandangan ketiga:
Pembaca saya telah mengirimkan dua artikel yang bertajuk di bawah. Saya menerbitkan kedua-duanya di bawah tanpa membuat apa-apa perubahan. 

Silakan menikmatinya.

NAJIB KEKAL PM SEHINGGA PRU14
Keadaan politik negara yang semakin rencam pada masa kini memberi tempias yang sangat besar kepada kepimpinan negara. Isu GST,1MDB dan kenaikan harga barang menyebabkan rakyat marhaen terbeban dengan keadaan yang begitu menyiksakan di saat BN mula hilang sokongan daripada rakyat. Kritikan demi kritikan dilontarkan kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang dikatakan lemah dalam urus tadbir negara sehinggakan keadaan menjadi semakin runcing dengan isu-isu yang sangat mempengaruhi sokongan rakyat kepada BN.

Walaubagaimanapun, saya berasa optimis yang Najib akan terus menjadi PM sehingga berlangsungnya PRU14. Hujah saya ringkas sahaja. Pertama, kritikan demi kritikan yang dilontarkan kepada PM telah mematangkan beliau dalam membuat keputusan penting berkenaan isu yang sensitif. Hal ini dapat dilihat menerusi tindakan drastik yang dilakukan dengan mengarahkan Timbalan Menteri Kewangan untuk tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan isu GST. 

Selain itu, keberanian Najib bersumpah dengan nama Allah yang beliau tidak mengenali Altantuya yang dikaitkan dengan beliau menunjukkan yang beliau benar-benar berani menegakkan kebenaran. Kritikan-kritikan terhadap Najib juga telah memberikan lonjakan sokongan rakyat kepada beliau. Hujah saya ringkas sahaja, kritikan yang dilontarkan itu telah menyebabkan rakyat bersimpati kepada Najib. Simpati ini.sangat penting bagi Najib untuk terus menerajui negara.

Kedua, rakyat dari hari ke sehari telah boleh mengadaptasikan diri dengan GST yang diperkenalkan pada 1 April yang lalu. Walaupun terbeban dengan GST, rakyat mula menerima GST secara perlahan-lahan. Penjimatan dilakukan dengan hanya berbelanja barang keperluan sahaja berbanding barang kehendak. Pemulihan ekonomi negara yang rancak dijalankan oleh kerajaan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemudahan kepada rakyat secara keseluruhannya.

Ketiga, sikap orang Melayu yang taksub dengan pemimpin juga menyumbang kepada faktor bertahannya Najib memerintah negara. Masyarakat Melayu khususnya yang tinggal di kawasan kampung sangat taat kepada pemimpin. Faktor pendorong mungkin disebabkan oleh ajaran agama Islam yang sangat kuat diterapkan. Keadaan kehidupan yang sederhana dan mencukupi sudah memadai bagi mereka dengan adanya kelengkapan asas. Pemberian BR1M juga turut menyumbang ketaatan dan kesetiaan masyarakat Melayu di kawasan kampung kepada kepimpinan Najib.

Ringkasnya, saya sangat opistim dan percaya bahawa Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan terus memimpin negara sehingga PRU14 diadakan. Persiapan yang lebih mantap dengan strategi yang baik akan memungkinkan legitimasi pemerintahan BN akan terus kekal di Malaysia.

Ceramah Lim Guan Eng Di Permatang Pauh Semalam Kurang Sambutan
PR TIDAK GENTLEMEN DI PERMATANG PAUH
Kekosongan kerusi parlimen Permatang Pauh susulan penyandangnya hilang kelayakkan kerana dijatuhkan hukum penjara 5 tahun berikutan sabitan dakwaan salah laku seja luar tabii. PRK kecil yang akan diadakan pada 7 Mei ini menyaksikan pertandingan 4 penjuru. PR kelihatan tidak begitu meyakinkan dengan menyenaraikan calon kitar semula iaitu Presiden PKR yang juga isteri kepada penyandang terdahulu. Adakah PR ketandusan pemimpin baru yang lebih berkaliber sehinggakan mencalonkan semula Datin Seri Wan Azizah sebagai calon?

Kempen yang dijalankan oleh PR juga dilihat tidak realistik kerana hanya membangkitkan isu GST. Pengundi di Permatang Pauh bukan hanya menginginkan penjelasan berkaitan keburukan GST, tetapi yang lebih penting adalah pembangunan dan kemantapan ekonomi di Permatangan Pauh yang menjadi ukuran rakyat Permatang Pauh. Selama bertahun lamanya Permatang Pauh dibawa genggaman PR namun tiada sebarang pembangunan fizikal yang kelihatan ini kan pula pemantapan ekonomi penduduk bagi menghadapi keadaan lebih mencabar dengan kemelesetan ekonomi dunia dan kenaikkan harga barang.

Ketidak gentlemenan PR yang hanya memainkan isu GST menampakkan ketidak matangan dan ketandusan idea di pihak pembangkang. Penduduk Permatang Pauh sukar untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan GST sekiranya setiap hari sepanjang tempoh kempen PRK dijalankan PR hanya memberikan gambaran yang buruk terhadap pelaksanaan GST. Rakyat seharusnya diberikan maklumat yang betul berkaitan sesuatu dasar atau polisi yang diluluskan oleh kerajaan. Terpulang kepada rakyat untuk menilai baik buruknya sesuatu dasar itu. Jangan ditambahkan sebarang perisa yang hanya akan merosakkan atau mencacatkan rasa hidangan yang hendak dipersembahkan.

Berbanding calon PR, calon BN pada kali ini kelihatan begitu berlainan dengan mengetengahkan muka baru yang berimejkan budak kampung dengan ukiran senyuman yang tidak lekang di bibirnya. Suhaimi Sabudin merupakan SU UMNO Permatang Pauh yang mewarisi semangat perjuangan arwah datuknya yang juga merupakan seorang ahli UMNO yang giat dalam bidang politik tanah air. Digelar Xioami oleh masyarakat cina di Permatang Pauh, peluang beliau untuk mencabar calon PR cerah walaupun diletakkan sebagai underdog dalam PRK ini.

Tin kosong kalau diketuk satu kampung boleh kedengaran bunyinya. Namun hakikatnya yang dipalu itu hanyalah tin kosong yang tidak dapat memberikan sebarang faedah. Tin yang penuh berisi walaupun bunyinya tidak sekuat dan senyaring tin kosong namun paluannya dapat didengari orang sekeliling yang mengetahui tin yang dipalu itu berisi, dan isinya dapat memberikan faedah.

Selamat membaca
Selamat Berhari Minggu.

6 Komen:

Anonymous said...

Salam bro,

1. I do not blame you for supporting najib all out and of course you are equally pleased with your friend salleh said keruak.....

2. You would agree with me that some current umno leaders and veterans (direct or indirect) in the likes of muhyiddin, shafier afdal, paklah, syed hamid albar, rais yatim, even khairy and shahrir and many others have actually called putrajaya to respond to tdm's questions....citing delay would cause damage to rakyat's trust in bn.

3. Yesterday, one of najib's guardian of the galaxy called on the authorith to haul up jho low in 1MDB controversy! Syed Ali of cheras umno was clearly disappointed with the snail paced progress of ag's n pac's investigation. There appeared to be element of restlessness among KBUs albeit earlier support or show of agreement with najib on the same issue. Allah telah buka hijabnya setelah melihat kebenaran?

4. I just wonder why KBUs refused to allow tdm to meet grassroot suporters as after hearing both sides of the stories woulf give them fair idea of the issue.

5. Having said the above, if najib had done sumpah mubahalah on altantuya's case, why not do the same for 1MDB case? Berani kerana benar, takut kerana salah.

wallahuaklam


Anonymous said...

BELI TELCO IDEA YANG MENARIK !!!

Anonymous said...

Yes i agree rm9.60 , not rm10.60 and nor rm10.00.. if u can do it, very2 good

Anonymous said...

Wah bolehkah saya post artikel to u and u siarkan juga spt pembaca di atas. Sy pun pembaca blog u juga tapi sy terus terang sy pro Pas.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Assalamualaikum WW/ Salam Sejahtera.

TK dengan komentar anda semua. Boleh emel artikel anda kepada saya jentayu.abaka@gmail.com

Anonymous said...

Assalamualaikum , Kalau pun Datuk Seri Najib mungkin boleh bertahan sehingga PRU 14 ini . Adalah diperhatikan maklum balas persekitaran dan suasana hari ini sebetulnya orang Melayu sebenarnya lebih sayang kepada UMNO saja ,lebih dari segalanya ,sebab tiada parti lain yang boleh menyatukan Melayu . Kalau diambil kira pungutan suara DSN mungkin terpaksa melepaskan jawatannya .Betul saya percaya orang Melayu cuma sayangkan UMNO sahaja berbanding pemimpinnya yang banyak menimbulkan kontroversi dan melemahkan UMNO sendiri , Nasib agak menyebelahi UMNO kerana sempat dikembangkan ke Sabah . Kita patut buat analisis sokongan kepada UMNO sekarang SEDANG MEROSOT ,akibat fitnah dan tomahan ,lebih lagi dari PR . Apa yang kita takut UMNO boleh tumbang secara drastik dan tak disangka-sangka pada PRU 14. Ini yang ditakuti . Kalau ini terjadi siapa yang akan bertanggung jawap. .Kita nampak golongan muda hari ini kurang menyokong UMNO dan pekara ini patut disedari oleh pemimpin .Malah dalam jabatan kerajaan pun ramai yang anti kerajaan sehingga kepada pihak pengurusan jabatan .Inilah yang patut menteri-menteri tahu siapakah kakitangan mereka . Ulasan dibuat berdasarkan pemerhatian dan pengesahan yang benar . Kalau sayangkan pada BN/UMNO tanyalah diri pemimpin sendiri ,jangan menang sorok kampung tergadai . Pengalaman 11 bulan PR di Perak pada 2008 dulu pun amat memeritkan . Tetapi siapa yang insaf dan serik dengan keadaan yang terjadi di Perak dulu .Ini pun kata orang Perak menang CUPUS-CUPUS saja dengan kelebihan 3 kerusi saja .Itulah yang hendak difikirkan . Jangan kita asyik bertempik saja besok kampung tergadai .

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan