KAKITANGAN KAUNTER TANYA RAFIZI ?

on Thursday, May 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya telah menerima sebuah artikel daripada seorang kakitangan awam katanya berkhidmat di kaunter hadapan. Dengan ini saya menyiarkan artikel beliau tanpa saya mengubah apa-apa. Silakan menikmati pandangannya.

ADILKAH KITA KEPADA NAJIB?
Adil dalam Islam bermaksud meletakkan sesuatu di tempatnya. Rakyat biasa seperti saya mentafsir adil sebagai membahagikan sesuatu secara sama rata dan saksama. Contoh mudah adalah duit sebanyak RM1,000 yang dikongsi bersama oleh dua individu. Secara amnya membahagikan duit tersebut secara rata iaitu seorang mendapat RM500 dianggap adil oleh orang kebanyakan. 

Namun, adakah tidak adil seorang ayah sekiranya dua orang anaknya yang berbeza saiz badan dengan membeli kain yang berbeza ukurannya disebabkan saiz anaknya yang berbeza? Adakah seorang ayah dikatakan tidak adil hanya kerana membelikan anak perempuannya sepasang baju kurung uniform sekolah bernilai RM120 berbanding nilai sepasang baju uniform sekolah anak lelakinya yang bernilai hanya RM100?

Mutakhir ini kritikan dan komen terhadap kepimpinan negara yang diterajui Datuk Seri Najib memberi gambaran buruk terhadap prestasi beliau dalam mentadbir negara. Isu 1MDB, GST, perbelanjaan negara yang dikatakan tidak efisien, dan sebagainya mengundang reaksi berbeza daripada bekas pemimpin, pemimpin negara dan orang kebanyakan. Rata-rata kritikan yang diberikan memburuk-buruk DS Najib sebagai peneraju negara. 

Adakah sama kebolehan seorang individu yang baru berusia 10 tahun jika dibandingkan kebolehan seorang individu yang berusia 20 tahun? Adilkah kita jika membandingkan pentadbiran DS Najib yang baru berusia menjangkau 7 tahun jika dibandingkan dengan pemerintahan Tun Mahathir selama 22 tahun?

Berkaitan isu 1MDB kita sepatutnya memberi peluang dan ruang kepada pihak berwajib yang telah dilantik untuk menjalankan siasatan terperinci berkenaan salah laku dana syarikat pelaburan milik penuh Kementerian Kewangan. 

DS Najib sendiri telah berjanji tidak akan melindungi sesiapa pun yang terlibat dalam skandal yang kononnya membabitkan kerugian hampir RM42 bilion. Seharusnya kita memberi peluang dan ruang kepada Jabatan Audit Negara untuk menjalankan dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam hal ini. 

Perkara sebesar dan serumit ini memerlukan masa yang panjang untuk diselesaikan. Ketelitian DS Najib dalam hal dapat dilihat kerana beliau tidak tergopoh- gapah mengeluarkan sebarang maklumat dan tuduhan kepada mana-mana individu. Jadi adilkah kita jika terus mendesak DS Najib untuk berundur sebelum kebenaran dibuktikan?

GST yang mula dikuatkuasakan pada 1 April merupakan cukai yang dikatakan dapat mengelakkan individu tertentu daripada terlepas untuk dikenakan cukai. Cukai yang dikatakan sebagai cukai yang komprehensif dan telah dilaksanakan di kebanyakan negara Eropah adalah bertujuan untuk meningkatkan ekonomi negara bagi kesejahteraan rakyat. 

Pada masa kini, rakyat dilihat telah dapat menerima GST secara perlahan-lahan daripada hari ke sehari. Persoalannya, adilkah kita untuk menilai dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan yang hanya baru berlangsung selama sebulan? Ada kita pernah mempersoalkan apa kah kesan jangka panjang GST kepada pembangungan ekonomi negara? Sekali lagi saya lontarkan soalan kepada semua rakyat Malaysia, adilkah kita kepada DS Najib?

Terbaru ketika saya membaca ruang di laman sosial yang mengaitkan bahawa DS Najib telah menjual aset negara yang berada di luar negara bagi menampung perbelanjaan defisit negara pada tahun 2013. Dalam laporan akhbar tersebut Pengarah Strategi PKR, saudara Rafizi telah mendakwa bahawa DS Najib telah melakukan perkara tersebut tanpa membawa sebarang bukti sahih aset negara jenis apa yang telah dijual oleh DS Najib. 

Sebagai orang kebanyakan saya sedikit kecewa dengan laporan tersebut yang tidak memberikan maklumat dan bukti terperinci berkenaan dakwaan tersebut. Adilkah saya jika mendakwa pemimpin negara berbuat sesuatu tanpa membawa bukti dan hanya dakwaan semata-mata?

Adilkah kita jika tidak memberi peluang kepada DS Najib untuk memperbetulkan kelemahan dan cacat celah yang terdapat dalam pentadbiran beliau? Manusia biasa tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Pengalaman dan kesilapan dapat mematang kita sebagai manusia biasa dalam segala segi aspek kehidupan kita. Jadi,adilkah kita kepada DS Najib? 

Hanya anda yang dapat menjawab persoalan ini.

Nota: Artikel di atas adalah pendapat peribadi penulis itu sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan saya.

6 Komen:

Anonymous said...

Ok lah tu, ngam la tu, yang penting bahagia

Anonymous said...

Najib kena tegas macam Mahathir ler baru boleh perintah Malaysia dengan aman ...

Anonymous said...

Saya berharap kerajaan akan lebih perihatin dan mendengar suara rakyat marhaen seperti kami ini, kerana harga barang semua mahal, lain ler kalau orang kaya raya or yg berpendapatan tetap.kalau org kampung tak de kerja tetap mcmana nak survive..pikir pikir kan ler...

Anonymous said...

Rakyat kena sokong dan yakin pada kerajaan dan Najib untuk menerajui negara. Insyallah ada kebaikannya.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Assalamualaikum,

Saya ucap terimakasih kepada anda ayang mengirimkan sumbangan artikel, serta komen2. Mudah2an ada manafaatnya kepada agama, bangsa dan negara. Tkaseh.

Anonymous said...

Perniagaan yang bernilai berbilion ringgit memang sangat sukar nak diuruskan.. lagi sangat merisikokan.. . Segala hasrat murni PM Najib nak menjana ekonomi Bumiputra Melayu melalui kaedah tersendiri telah memakan diri akibat daripada ketidaktentuan politik juga perpaduan orang Melayu itu sendiri. Tun Mahathir dahulu disokong oleh mega taikun korporat dari bangsa cina yang kaya raya meratah segala kekayaan hasil mahsul Tanah Melayu ini. Pada hari ini taikun2 Cina haloba ini tidak lagi menyokong kerajaan BN, sebaliknya telah menaja akan kewujudan kerajaan baru yang bertunjangkan bangsa Cina Dapig. Melayu hanya akan dijadikan boneka yang boleh dipermainkan dalam apa jua bentuk dan keperluan. Bukan salah Najib sebenarnya, tapi kecerdikan bangsa Cina yang mempergunakan segala kelebihan ekonomi mereka yang telah dapat menghancurkan kesepakatan Melayu juga kerajaan Umno BN. Sekarang masih ada pilihan telah diberi oleh Allah s.w.t. hasil dari sembahyang dan doa-doa kita umat Islam di Malaysia. Jika kita benar bersatu menegakkan syiar Islam dengan berusaha menjalankan hukum Allah yang maha adil di muka bumi Tanah Melayu ini, maka Insya Allah umat Islam Melayu akan kembali terbela nasibnya di bumi Malaysia ini. Lagipun kalau direnungkan sebenarnya Najib tidak bersalah kerana memberi ruang besar buat kaum ibu, kerana ini juga adalah sebahagian daripada tuntutan agama yang memang sentiasa membela nasib kaum hawa. Walaupun kekadang ianya dilihat sebagai keterlaluan.

KIta perlu anti Kafir Harbi, bukannya Najib dan Bini.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan