LAPORAN POLIS ARTIKEL MENGHINA BANGSA DI THE MALAYSIAN INSIDER

on Wednesday, May 13


SDRA. AM SURYADY BANDY, KETUA PEMUDA UMNO KALABAKAN, DR. ANDI MD SHAMSUREEZAL BIN MOHD SAINAL, BENDAHARI PEMUDA UMNO KALABAKAN, SDRA QAMARURIZAL SAAD, PENGARAH URUSAN ALIF UTAMA GROUP, SDRA SAMSU EWANG AKTIVIS MASYARAKAT DISERTAI WAKIL ANAK-ANAK BUGIS SABAH MEMBUAT LAPORAN POLIS DI IBU PEJABAT POLIS TAWAU KE ATAS KEBIADAPAN DI DALAM ARTIKEL THE MALAYSIAN INSIDER
LAPORAN POLIS OLEH KETUA PEMUDA UMNO KALABAKAN DAN ROMBONGAN DI IPD TAWAU
LAPORAN POLIS KEDUA DI IPD SANDAKAN OLEH SDRA SUNDUSIN NGANRO DARIPADA PERSATUAN PERPADUAN MELAYU BUGIS MALAYSIA (PRBM) CAWANGAN SANDAKAN
LAPORAN POLIS KETIGA OLEH SDRA TASMAN BIN MATTO DI IPD LAHAD DATU, SEORANG LAGI AHLI PERSATUAN PERPADUAN RUMPUN MELAYU BUGIS MALAYSIA (PRBM) CAWANGAN LAHAD DATU
Beberapa Laporan Polis lagi akan dibuat sehingga The Malaysian Insider menarik balik rencana tersebut dan pihak terbabit memohon maaf.

Saya berharap pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak berdiam diri dan pihak berkuasa yang lain seperti Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Dan Malaysia (SKMM) memandang serius hal ini kerana penghinaan ke atas sesuatu bangsa tidak boleh diterima di dalam negara kita. Tuduhan dan fitnah tanpa bukti yang disiarkan di dalam portal The Malaysian Insider jelas mempunyai niat jahat.

Saya mengucapkan Syabas kepada anda yang telah melaksanakan tanggungjawab dan menyahut seruan untuk mendesak mereka yang terbabit di The Malaysian Insider untuk membersihkan nama baik anak-anak Bugis yang difitnah tanpa bukti itu. Sehingga ke hari ini, The Malaysian Insider dan penulis terbabit gagal menunjuk bukti akan tuduhan mereka itu.

Kenyataan Media telahpun dikeluarkan semalam di sini.

KEMASKINI, (12.21tengahari) 


Akhbar Tempatan Sabah Times Turut Menyiarkan Laporan Bantahan
Masyarakat Bugis di Daerah Kunak Melalui NGO PRBM Turut Membuat Laporan Polis Di IPD Kunak
Akhbar Tempatan Berbahasa Cina Turut Menyiarkan Laporan Kebiadapan Sebuah Rencana di TMI



9 Komen:

Anonymous said...

Barulah namanya perjuangan, ini PKbs diam2 saja bagus lagi PRBM..ewako

Anonymous said...

Tahniah kepada yg peka kpd perjuangan bangsa tak kiralah NGO mana pun, tapi diharap Pkbs juga tidak berdiam diri selaku persatuan palng awal di Sabah. Bagus kamu punya group ini saya nampak ada wawasan, teruskanlah bah

Anonymous said...

Bos ku Kunak juga ada buat report yg sama.. Ini Kalilah!!!!

Anonymous said...

Saman jangan tak saman, jangan biarkan mereka goyang kaki!

Anonymous said...

Saya ahli seumur hidup PAS, tapi bab ne sy tak leh terima! Banyaknya lawyer Bugis, bangunlah bah kamu ajar sikit mereka yg fitanh tanpa bukti tu. Kali IniLah!

Anonymous said...

Good. Ajar mereka erti hidup bernegara! Negara ada undang-undang jangan suka-suka tuduh untuk burukkan bangsa orang. TMI memang berniat jahat! Ada sesiapa tahu mana opis dia please send here then we go there...Shit TMI!

Anonymous said...

Ini barulah namanya leader ... bye bye lah Osman Jamel aku mau masuk ini NGO baru, Pkbs ndak ngam jiwaku bah itu Pkbs, kalau Prbm ngam jiwaku tapi ndak ku ngam sama bos nya bah..mau dicoba ini persatuan baru ne, pinisinyaa pun hebat bah bergelora, ndak itu macam patung. arroe

Anonymous said...

PRBM TERBAIK SAMSUL OK BAH,,,PKBS NDAK DA GUNA-GUNANYA, NDAKLAMA PENCEN KETUANYA NDAKDALAH TU, INI GROUP MACAM ANAK MUDAH BAH SEMUA BARULAH NGAM. APAPUN KAMU ATURLAH BAH YANG PENTING INI PERKARA JANGAN BERULANG, BODOH ITU TMI.

Anonymous said...

Assalamualaikum WW/ Salah sejahtera.

Saya ucap TK kerana memberi komen,sy berharap komen anda boleh memberi idea dan pemikiran yg baik utk memelihara agama kita, negara dan bangsa kita.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan