BANGSA BUGIS DIHINA, BUAT LAPORAN POLIS - BANGUNLAH TEGAKKAN 'SIRI'

on Tuesday, May 12

KENYATAAN MEDIA
GROUP BUGIS BERSATU SABAH

1. Pada 11 Mei 2015, portal The Malaysian Insider di sini telah menyiarkan sebuah rencana bertajuk 'Mengapa Tawau dipilih untuk lancar gendang perang?' oleh Zasyaf Ishak. Dalam rencana tersebut, beliau menyatakan "Tidak hairan, jika petang kelmarin, anak-anak Bugis Sabah dibayar untuk hadir dan menjerit "Najib! Najib! Najib!" - dan selepas itu mereka lebih kaya RM100 daripada hari sebelumnya"

2. Tuduhan tersebut tanpa disertakan dengan bukti kukuh tersangatlah biadap dan telah menjatuhkan maruah bangsa Bugis Sabah. Sesungguhnya, bangsa Bugis Sabah mempunyai maruah dan tuduhan biadap itu tidak boleh diterima oleh bangsa Bugis Sabah.

3. Saya menyeru kepada seluruh bangsa Bugis Sabah khususnya di negeri Sabah dan di Semenanjung Malaysia supaya bangun membuat Laporan Polis beramai-ramai ke atas artikel yang disiarkan oleh The Malaysian Insider kerana ianya jelas satu tuduhan, fitnah dan penghinaan yang tidak bertamadun.

4. Saya juga mendesak supaya The Malaysian Insider menarik balik artikel tersebut dan memohon maaf kepada bangsa Bugis Sabah kerana sewenang-wenangnya menyiarkan artikel yang berbaur fitnah itu.

5. Sekiranya undang-undang membenarkan, saya juga menyeru kepada seluruh bangsa Bugis Sabah supaya mengambil tindakan undang-undang ke atas rencana dalam portal The Malaysian Insider. Jangan biarkan bangsa Bugis Sabah dihina sedemikian rupa. Kita ada 'siri'.

6. Saya berharap Ketua Polis Negara dan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas kerana rencana tersebut berbaur hasutan dan implikasinya boleh mengancam keselamatan negara. Sebagai sebuah negara majmuk dan berbilang kaum, kita sepatutnya mengamalkan prinsip hormat-menghormati sesama kita, bukannya mengeluarkan fitnah yang berbaur hasutan dan mengancam ketenteraman awam.

7. Bangsa Bugis Sabah adalah rakyat Malaysia yang patuh kepada undang-undang negara. Tuduhan tanpa bukti itu sangat mengaibkan kesuluruhan bangsa Bugis khususnya di Sabah.

Seluruh bangsa Bugis telah dihina dan seluruh bangsa Bugis tidak boleh menerima penghinaan seperti itu!

Sekian.

Yang benar,

Al-Azharri Siddiq,
Pengerusi,
Group Bugis Bersatu Sabah.

11 Mei 2015.


Nota: Falsafah 'siri' dalam sejarah dan antropologi ketamadunan bangsa Bugis merujuk kepada 'maruah/martabat'.

23 Komen:

Bugis Arung Palakka said...

Kurang ajar Malaysian Insider tu, dia belum tahu ini Bugis kali..

Anonymous said...

Ini menghina namanya ne, kami datang dengan ikhlas untuk meraikan pemimpin negara datang ke tempat kami. Shit U TMI!

Anonymous said...

MARILAH SEMUA BANGSA BUGIS PKBS KAH PBRM KAH APA2 SAHAJA NGO BUGIS MARI KITA BUAT LAPORAN POLIS RAMAI-RAMAI DAN KITA MINTA ITU MALAYSIA INSIDER TARIK BALIK DAN MINTA MAAF.. KALAU BERANI NDAK BUAT BARU KAMU TAHU APA ITU BUGIS !

Anonymous said...

setuju bangun bangsa Bugis ajak di pakasiri siri fakkoro... pareare memeng, bangun maneng ko ajakmu matindro , lao ko di balai polisi ..nangka mappakasiri-siri fakoro, taek lasso memeng tu zagsaf

Anonymous said...

Orang2 Bugis mari kita sahut...mari kita beramai-ramai ke balai polis berdekatan. Ini satu penghinaan!!

Anonymous said...

Ini jelas menghina bangsa..tidak boleh diterima!

Anonymous said...

Ini dah melampau ! Sangat kurang ajar! TMI watch out u!

Anonymous said...

SYAITAN TMI!!! DAMN U ZASYAF!!! mana bukti u? tunjukkan jgn dengar cakap orang! U ingat kita orang boleh beli harga RM100 kah? Shitt u all

Anonymous said...

UMNO KALABAKAN dan UMNO TAWAU pun kena nafikanlah sebab mereka penganjurr

Anonymous said...

Kalau dikasi kira okey la ambik saja semua oun parti suka kaso wang, tapi kalau dicakap aku kasi kau wang rm100 kalau sebut nama Najib itu tiidak betul... Adakah penganjur ada wang untuk bayar 40,000 org yg hadir? Rencana itu berniat buruk dan berniat jahat...

Anonymous said...

Siapa tidak mahu wang, kalau ada org nak beri baguslah maybe adalah beberapa org diberi oleh mana2 Ngo matbe sebab dia jaih dipendalaman nak bayar tambang... itu bukanlah rasuah.. kenapa pula gambarkan org bugis dibayar gara2 peristiwa itu. Memang jahat dia ne...

Anonymous said...

hahaha betul la tu... kalau tak masakan Kalabakan masih bertapuk dibawah Ghapur Salleh yang langsung ndada bawa perubahan dan pembangunan di sana.. cuba tgk di pejkan Kalabakan sendiri lagi teruk dari Nabawan..

Anonymous said...

UMNO Tawau ok la juga..tapi UMNO Kalabakan dipenuhi oleh pemimpin pemimpin yang membawa rebah... otak tin kosong.. jadi pemimpin kerana WANG.. ahli-ahli pun bodoh diugut tak diberi peruntukan terus jadi KARABAU di cucuk hidung.. mentiliti dan IQ "0"

Anak Bugis said...

Anak Bugis di semenanjung sudah hilang harga diri dan maruah, contoh di kampung saya sendiri depan mata saya mereka dibayar RM30 -- RM50 untuk sokong wakil rakyat tempatan yang berbangsa jawa. Bagaimana kita bugis boleh tunduk kepada jawa hanya dengan bayaran RM30?

Saya amat kecewa mereka ini degaga masiri!

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Assalamualaikum ww./Salam sejahtera.

Saya mengucapkan terima kasih atas beberapa komentar anda. Mudah2an memberi kebaikan kepada agama, bangsa dan tanah air kita. Dalam isu ini, saya hanya memberi fokus kepada isu 'anak-anak Bugis' dengan 'RM100' itu sahaja.. berkenaan hal-hal lain sepeti kecenderungan politik anda dan sebagainya itu hak anda masing-masing, saya menghormati pilihan anda, cuma pandangan saya, dua perkara tadi tidak mungkin boleh dibiarkan begitu sahaja.

Terima kasih.

Anonymous said...

kalau begitu setuju la palekna lago, aku sokong Hj Hadi bah, ndak mau aku anuar tu sama najib, ok kah

Anonymous said...

Aku keturunan Daeng Merewah .

Anonymous said...

Bagi Tok Pa Jeli memerintah Malaysia , Dia seorang yang paling amanah ,diantara menteri dialah orang yang berwibawa ,zuhud dan takwa . Aku percaya pada dia .

Anonymous said...

Ingatan kepada sesiapa yang nak memerintah Malaysia mestilah ikhlas ,jujur dan amanah serta bertakwa ,kerna sejak dari dahulu Malaya Malaysia ditubuh dan ditegakkan melalui SUMPAH ,SEMANGAT ,PENGORBANAN ,IMAN DAN TAKWA para-para pejuang terdahulu yang terdiri dari WALI-WALI ALLAH YANG BERIMAN ,Sesiapa yang menyeleweng akan dimakan sumpah yang dilafazkan . Itulah Malaysia . Jangan sesekali jadi PENGKHIANAT ,ALLAH TAK AKAN IZIN .Dia akan tumbang dengan sendiri .PERCAYALAH kata-kata ini

Anonymous said...

PERSATUAN BARU KAH NE. MACAM BAGUS DITENGOK NE, MCMANA MAU JADI AHLI?

Anonymous said...

Hebat pidatomu bah sedara mcm Anwar Ibrahim bah aku tengok..

Anonymous said...

Ini Kalilah!

Anonymous said...

Auuuuw kalo Osman Jamal ndak berani buat macam begini... kalau Samsul baru lah, tapi kau juga bah ndak lawannya, terbaik pok teruskan lah, disokong saja dari belakang

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan