PEGAWAI KERAJAAN WAJAR CONTOHI RIZAL MANSOR

on Tuesday, May 5

Rizal Mansor
Saya sangat gembira dengan tindakan Rizal Mansor kerana kesediaannya muncul untuk mempertahankan kerajaan pimpinan DS Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia. 

Sebelum ini, tidak ramai pegawai-pegawai kerajaan tampil secara terbuka untuk mempertahankan kepimpinan kerajaan kerana beberapa sebab. Antaranya, mereka rasa terikat dengan pelbagai peraturan seperti OSA dan sebagainya. 

Namun begitu, langkah Rizal memperbetulkan kesalahan Datuk A Kadir Jasin ini sangat bagus. Memang benar, Almaty dan Astana adalah dua tempat yang sangat berbeza. 

Kini timbul persoalan baharu, selama ini di manakah Datuk A Kadir mengutip maklumat? 

Sebenarnya, bukanlah pertama kali Datuk A Kadir Jasin melakukan kesilapan. Dalam isu Tun Dr. Mahathir, saya juga telah mengesan perbezaan besar ini . Kita pun tidak jelas siapakah yang benar, Tun Dr M atau Datuk A. Kadir Jasin kerana tidak ada correction dibuat.

Saya menyarankan kepada kakitangan kerajaan supaya tidak mengamalkan sikap silent support sebaliknya memunculkan diri mereka ke hadapan menyatakan dan mempertahan kebenaran. 

Nampaknya, apabila sesuatu isu diterangkan oleh pegawai-pegawai kerajaan, ianya lebih diterima oleh rakyat berbanding penerangan oleh ahli-ahli politik. 

Barangkali sudah sampai masanya, kerajaan memberi peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk menerangkan isu-isu lain juga seperti isu GST. Agak-agaknya, jika isu GST diterangkan oleh Gabenor Bank Negara sudah tentu berbeza penerimaannya berbanding oleh Timbalan Menteri Kewangan sekarang.

Tun Dr M adalah contoh Perdana Menteri ketika zamannya, menggunakan sepenuhnya pegawai-pegawai kerajaan untuk membangunkan negara dan juga untuk menjawab isu-isu semasa. 

Saya berharap Rizal tidak berhenti setakat itu sahaja, sebaliknya jika terdapat kesalahan fakta oleh mana-mana pihak hendaklah diperbetulkan dengan kadar segera. 

Hari ini, rakyat kita sudah bijak, mereka pun tahu membezakan antara Almaty dan Astana.
Jarak Perjalanan Antara Almaty ke Astana Lebih Kurang 26 Minit
Jika Keadaan Jalanraya Lancar
Kini, Datuk A Kadir Jasin membalas pendedahan Rizal dengan soalan ringkas, tidak lagi tulisan yang panjang. Soalan Datuk A. Kadir Jasin ialah, 

"MUTAKHIR, 4 April – Saya harap Saudara Rizal Mansor atau mana-mana ejen PMO membaca catatan ini dan mengesahkan sama ada fakta berikut betul atau palsu. Saya mendapat tahu ada ahli rombongan pengantin ke Kazakhstan turut serta atas alasan “Lawatan Kerja Rasmi” yang diarahkan oleh kerajaan. Betul atau paslu? Rujuk di sini

Saya berharap Rizal akan muncul sekali lagi untuk menjawab pertanyaan tersebut, kerana dari sudut psikologi, kesilapan menulis ejaan 'paslu' itu adalah kerana amarah dan perlukan jawapan segera. 

Bagi pegawai-pegawai kerajaan yang terlatih dan berpengalaman, bukanlah sukar pun menjelaskan isu 'Lawatan Kerja Rasmi' dalam konteks kenegaraan dan ketatanegaraan. It is beyond ... Ianya pasti sudah ada di dalam peraturan kerajaan. 

Samalah konteksnya kenderaan kerajaan sebuah Majlis Perbandaran di Selangor yang dikesan berkeliaran di Permatang Pauh dengan bendera sebuah parti politik! Adakah kenderaan kerajaan itu sedang melakukan 'Lawatan Kerja Rasmi' di Permatang Pauh?



8 Komen:

Anonymous said...

yg benar kena akui begitu juga yg salah kena terima , jgn biarkan rakyat pening

Anonymous said...

Tahniah BN menang Rompin, yg untong rakyat dpt rumah murahh

Anonymous said...

Rizal kena ada cara jawab peel orgtua spt Kadir Jasin, sy x yakin Kadir akan sanggup trima kesilapan jauh skali nak mohon maaf, dia rasa dia terhebat dlm kewsrtawanan negara, so rizal jawab pun tak guna masuk kiri kuar kanan juga jawb nyer

Anonymous said...

I stuju bab guna sepenuhnya kepakaran pegawai2 kejaan...buang duit jer pelihara konsultan

Anonymous said...

peg kejaan sendiri tak jelas boleh or tak kuar statement peribadi nak pertahan jabatan masing2...Kena kuar arahan baru ler baru kita org berani buat

Anonymous said...

peg kejaaan kat negeri2 pembangkang dah lama buat pun... peg kejaan kat negeri2 BN jer terkongkong sangat tu

Anonymous said...

mana pergi Jab media sosial? patuy mekalah jawab dah kerjan die

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Assalamualaikum WW/Salam Sejahtera.

Saya ucap TK kepada semua yg memberi pandangan. Semoga memberi manafaat.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan