ROMBAKAN KABINET: NAMA TS KHALID DAN PROFESOR DR. NORDIN JADI SEBUTAN

on Sunday, May 31

TS KHALID IBRAHIM BERSAMA DS NAJIB 
SELEPAS menerima mandat pada tahun 2013, DS Najib telah membentuk pasukan kabinet tanpa bayangan kabinet Pak Lah lagi, tetapi masih mengekalkan sebahagian besarnya. Setahu saya, DS Najib bukanlah seorang CEO Kerajaan yang suka membuang orang, melainkan seseorang itu meletak jawatan, telah meninggal dunia atau sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kerana itulah dalam kes 1MDB, DS Najib masih menunggu laporan Jabatan Akauntan Negara dan PAC, kerana DS Najib mahu berlaku adil kepada semua orang. DS Najib tidak membuang seseorang kerana persepsi dari luar. Negara boleh hancur jika persepsi dijadikan panduan untuk mentadbir negara.

Namun begitu, saya melihat rakyat mahukan transformasi. Mereka mahu melihat pasukan kabinet DS Najib sebuah pasukan yang mantap, berkesan dan diyakini rakyat.

Oleh yang demikian saya ingin menyampaikan beberapa pandangan rakyat yang menyalurkan idea mereka kepada saya melalui emel. Salah satu kementerian yang paling kritikal menjadi fokus rakyat sekarang adalah Kementerian Kewangan.
PROFESOR TAN SRI DATUK DR. NORDIN KARDI
Kementerian Kewangan
Trend Perdana Menteri memegang portfolio Menteri Kewangan dimulakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas krisis ekonomi 1998. Ianya kemudian diteruskan oleh Pak Lah dan DS Najib.

Semasa Tunku dahulu, Menteri Kewangan dipegang oleh Tun Tan Siew Sin kerana Tunku berpandangan orang Melayu pada masa itu belum ada yang mahir dalam urusan perniagaan (Rujuk buku memoir Lee Kuan Yew).

Walaubagaimanapun, semasa Tun Razak menjawat Timbalan Perdana Menteri juga pernah menjadi Menteri Kewangan sekejap (1969-1970), Tun Hussien Onn (TPM) (1974-1976) sebelum diambil alih oleh Tengku Razaliegh Hamzah (1976-1984), dan DS Anwar Ibrahim (TPM) juga sebagai Menteri Kewangan (1991-1998). Tengku Razaliegh dikenali sebagai Menteri Kewangan yang serba-serbi mewah (Rujuk buku Syed Hussien Al-Attas)

Rakyat Malaysia mahukan sebuah pasukan kementerian kewangan yang pro-rakyat dan mesra-rakyat.

Kritikan-kritikan sebahagian rakyat dalam isu GST, BR1M dan 1MDB menujukkan Kementerian Kewangan perlu ditransformasikan khususnya dalam pengurusan isu. 

Baru-baru ini juga, timbul isu jawapan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di parlimen. Sekiranya kita peka kepada perkembangan isu-isu semasa, saya percaya kesilapan teknikal boleh dielakkan.

Begitu juga jawapan oleh mana-mana Timbalan Menteri dalam isu-isu besar seperti GST dan 1MDB perlu dijawab secara konsisten, tenang dan menyakinkan. DS Najib seorang Menteri Kewangan yang konsisten dalam semua jawapan tetapi Timbalan Menteri juga perlu konsisten, tenang dan menyakinkan rakyat.

Mengurus wang negara tidak sama mengurus ceramah 1Malaysia. Oleh kerana itulah, DS Najib perlu meletakkan orang yang betul dan sesuai di dalam pasukannya. Sebarang kesilapan oleh Timbalan Menteri dan pegawai kementerian akan ditanggung akibatnya oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan. Rakyat melihat kepada nombor satu.

Mereka mencadangkan Tan Sri Khalid Ibrahim dilantik sebagai salah seorang dalam pasukan kabinet kewangan kerajaan. TS Khalid boleh menguruskan isu-isu yang tertangguh dengan kerajaan negeri Selangor seperti Loji Langat 2 dan konsesi air. TS Khalid juga mengetahui bagaimana mahu menguasai semula kerajaan Selangor. Lagipun, TS Khalid pernah bekerja di bawah DS Najib semasa di Permodalan Nasional Berhad (PNB) dahulu.

Isu Patriotik 
Begitu juga, dalam hal pendidikan tinggi dan Patriotisme, rakyat dan negara memerlukan individu seperti Profesor Tan Sri Datuk Dr. Nordin Kardi dibawa masuk untuk memperkuatkan lagi kabinet Perdana Menteri. Kejayaan TS Datuk Dr. Nordin Kardi boleh dilihat ketika krisis ekonomi 1998, beliau berjaya meniup semangat patriotik rakyat kepada negara dalam program perjalanan merdeka ke seluruh pelusuk negara.

Salah satu perkara yang sangat ketara sekarang adalah semangat Patriotik rakyat Malaysia kepada negara semakin luntur. Konsep 1Malaysia yang baik gagal diterjemahkan dengan baik. Saya merupakan antara individu yang mula-mula mentafsirkan gagasan 1Malaysia dalam konteks perpaduan dan patriotisme di TV pada tahun 2009. Sila tonton ulangan di sini, sini dan sini

Apakah pula pandangan anda? Mengapa bersetuju dan mengapa tidak bersetuju?

Selamat Berhari Minggu.
Kotobian Tadau Kaamatan, Aramaiti.

USA.
Mei, 31, 2015.








9 Komen:

Anonymous said...

wauw boleh tahan you brother,,.

Anonymous said...

agree and very2 good ideas...keep it up !

Anonymous said...

Untok meremajakan kerajaan, sy setujo dgn cadangan kamu namun begitu tidak adakah orang lain yang lebih muda, mereka semua sudah tua dan berpencen, nikmatilah zaman pencen dan berilah kepada orang baru yang lebih bertenaga, seperti generasi kamu sudah tentu boleh. Bukanlah cara negara-negara maju untok mengambil orang-orang pencen sebaliknya semakin ramai orang-orang mudo diberi peluang. Najib mestilah melihat cadangan ini dengan bijaksakna.Assalaumalaikum. Pak Ahmad.

Anonymous said...

Cadangan yg amat menarik.

Anonymous said...

"Kritikan-kritikan sebahagian rakyat dalam isu GST, BR1M dan 1MDB menujukkan Kementerian Kewangan perlu ditransformasikan khususnya dalam pengurusan isu"

"Baru-baru ini juga, timbul isu jawapan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di parlimen. Sekiranya kita peka kepada perkembangan isu-isu semasa, saya percaya kesilapan teknikal boleh dielakkan"

Dasar pengampu dan pembodek... Isu sebenar yang rakyat kritik tidak dihuraikan walau sedikit pun. Sebaliknya 'Yang Berkuasa' membuat keputusan dan memberi arahan tidak dipersalahkan tetapi orang lain yang hanya mengikut arahan pula dijadikan 'kambing hitam' dipersalahkan untuk menutup kesalahan 'Yang Berkuasa'.

Rakyat Malaysia hari ini bukan kesemuanya BODOH akan tetapi kesemuanya telah cuba DIPERBODOHKAN oleh orang-orang yang berkuasa dan pengampu, pembodek seperti anda...

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Saya mengucapkan terimakasih kepada anda yg memberi komen dan membaca artikel ini, sungguuh ramai membacanya.

ayat orang-orang yang berkuasa dan pengampu, pembodek seperti anda... saya fikir tidak sesuai dengan saya kerana saya tidak mempunyai kuasa, juga tidak mengharapkan apa2 dari sesiapa, malahan dalam blog saya ini, lebih banyak saya mengkritik kelemahan-kelemahan kerajaan berbanding saya memuji... pengampu dan pembodek lebih sesuai diberi kepada mereka yang mengharapkan sesuatu daripada bodekan dan ampu-ampunya...

Anonymous said...

Sy pun pening ngan sedara, kadang pro kejaan kadang kritik kejaan kadang kritik pembangkang kadang puji pembangkang

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Salam, sekali lagi,

Saya mempunyai satu prinsip sejak lama dahulu iaitu apabila ada sesuatu yang tidak kena maka sy perlu menulisnya untuk kebaikan negara kita. Ada banyak dasar-dasar kerajaan yang baik tetapi perlaksanaannya tidak dilaksanakan dengan baik, maka hasilnya membebankan rakyat dan merugikan negara.

Begitu juga ada banyak peristiwa dalam masa-masa tertentu seperti Kemenangan Hj Hadi dan kumpulan Ulama dalam PAS amat menggembirakan saya kerana banyak perkara positif akan berlaku di bawah kepimpinan ulama berbanding kepimpinan pro pakatan. Hj Hadi memang inginkan kemenangan teteapi kemenangan Hj Hadi maksudkan sejak dulu lagi adalah kemenangan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Begitu juga sy mengkritik Pengerusi Tabung Haji kerana tidak mempertahankan aset TH di tanah TRX. Malah saya mengkritik Ceupacs kerana tidak menjaga kebajikan kakitangan awam Sabah Sarawak.

Maka, kritikan saya bergantung kepada isu semasa. Pada saya, ianya sangat penting dalam pembinaan nation-building yang kukuh. Wallahualam.

Anonymous said...

bab ceupacs memang sy setuju 1000%... dia tak adil kpd org sabah dan sarawak kerana elaun yg dia perjuang hanya utk org Malaya saja, contoh elaun rumah dan elaun cola. Org Malaya yg kerja di KK lebih besar dapat elaun rumah, memang sial tu ceupacs

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan