SURAT TERBUKA KEPADA AZEEZ RAHIM: 2 PILIHAN DAN JANGAN ULANGI JUAL BANGUNAN MAS !

on Tuesday, May 26


Datuk Seri Abdul Azeez Rahim,
Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh,

Saya mengutus surat terbuka ini kerana saya terlalu jauh dari tanah air, jika dekat saya akan beri sendiri dengan tangan.

Soalan pertama, kenapa hendak jual aset Tabung Haji (TH) dengan begitu mudah dan murah? Hanya dengan sedikit spin dari segelintir pihak yang tidak pun tahu backround bisnes TH, hanya dengan seminggu dua serangan siber, hanya dengan satu tweet, Datuk Seri terus mengalah dan mengambil keputusan menjual aset TH di TRX dengan keuntungan yang sedikit?

TH adalah agenda umat Islam, bukan agenda politik. Berjuta umat Islam di luar sana bergantung harap kepada TH untuk menunaikan ibadah Haji. Mereka mengharapkan agar kerajaan sentiasa dapat menampung subsidi mereka menunaikan ibadah Haji. Di sini saya melihat umat Islam terpaksa menyediakan wang sendiri serendah USD9,100 (RM33,215) hingga USD10,600 (RM38,690) untuk menunaikan Haji. (kiraan 1USD=RM3.65) . Di Malaysia, bakal haji hanya perlu menyediakan RM9,980 sahaja manakala selebihnya TH menanggung subsidi sebanyak RM7,290.

Sebab itulah TH memiliki 11 anak syarikat dalam pelbagai sektor perladangan, perhotelan, hartanah, industri makanan, perbankan dan sebagainya supaya menjana keuntungan. Keuntungan itu pula dikembalikan semula kepada para jemaah Haji.

Sepatutnya TH mempertahan agenda itu. Jika Datuk Seri tidak dapat mempertahankan agenda itu, terikut-ikut pula dengan sedikit spin dari Rafizi and the geng, maka yang rugi adalah umat Islam sendiri. Rafizi memang tugasnya untuk memperlekeh semua agenda kerajaan. Siapa dia Mat Sabu dan Mahfuz Omar hendak bercakap pelaburan TH? Adakah mereka mengetahui management dan bisnes TH? 

Adakah Rafizi, Mat Sabu, Mahfuz Omar dan lain-lain akan mendedahkan wrong doing dalam bisnes pasir, isu dalaman Yayasan Selangor serta projek Datum Jalatek di Selangor? Sudah tentu tidak, mereka lebih rela berdiam diri kerana tugas mereka adalah menyerang, menjatuhkan dan memusnahkan apa jua dasar kerajaan persekutuan. Tidak mungkin Mat Sabu akan mendedahkan penyelewengan di dalam projek terowong bawah laut di Pulau Pinang! Itu pun masih tidak fahamkah?

Saya diberitahu, tanah di TRX itu sudah pun dimajukan sejak 2013 lagi dan TH baru sahaja membelinya pada tahun 2015. Dalam tempoh 2 tahun itu, pelbagai kerja tanah telah dilakukan oleh pihak 1MDB termasuklah urusan cukai tanah, guaman, design, insfrastruktur dan sebagainya. TH membeli tanah yang sudah diproses dengan nilai pakej yang menguntungkan. Saya fikir jika 1MDB menjual kepada Kumpulan Darul Ehsan Bhd. sudah pasti tidak dengan harga RM188.5 juta, barangkali lebih mahal.

Logiknya, nilai tanah pada tahun 2013 yang masih kosong itu sudah tentulah akan meningkat naik semasa dibeli pada tahun 2015 kerana kerja-kerja tanah telah hampir siap sepenuhnya. Ianya sudah bertukar menjadi aset hartanah yang bernilai tinggi. 

TH hanya membelinya pada tahun 2015 ketika ianya sudah bernilai tinggi dan dipaksa menjualnya semula pada tahun yang sama gara-gara spin buta. Cuba bayangkan berapa keuntungan TH akan perolehi jika dijual pada tahun 2018 apabila fasa 1 pembangunan TRX sudah siap.

Hartanah itu sangat-sangat menguntungkan juga kerana menghubungkan lebuh raya utama seperti MEX, SMART dan DUKE yang saling bersambungan. Malahan terdapat pejalan kaki berbumbung ke Bukit Bintang dan KLCC.

Jangan Ulangi Jual Bangunan MAS
Pada hujung minggu yang lalu, saya telah bersembang dengan pelajar kita yang belajar di Wharton School, University Pennsylvania. Kami berbincang isu-isu semasa di tanah air. Seorang pelajar berkata, jika TH menjual semula tanah itu hanya kerana putar belit pembangkang, katanya ia satu kebodohan of the year.

Katanya lagi, jika TH benar-benar memerlukan wang, jika TH amat-amat terdesak, maka baharulah masuk akal jika dijual dalam tempoh yang singkat. Katanya lagi, sudahlah aset TH melebihi RM50 Billion sekarang, apalah sangat nilai pembelian tanah itu (RM188.5 juta) jika keuntungan berlipatkali ganda pada 2018 nanti.

Katanya lagi, jangan ulangi kesilapan menjual bangunan MAS! Mereka berkata, tiada salah dan dosa TH membeli tanah itu untuk pelaburan jangka panjang.

2 Pilihan
Jika TH meneruskan juga niat untuk menjual aset tanah itu, maka jelaslah bahawa terdapat pengkhianat di dalam TH. Barangkali, mereka bersekongkol dengan pihak pembangkang untuk memburuk-burukkan TH supaya TH menjual semula aset tanah itu tergesa-gesa dengan harga yang mampu dibeli. 

Adakah ada jaminan pembeli itu tidak akan menjualnya semula pada tahun 2018 dengan harga yang berlipat-lipat kali ganda lagi? 

Kepada DS Abdul Azeez Rahim, anda ada dua pilihan. Jika anda berjaya mempertahan aset TH itu daripada dijual maka anda boleh kekal mempengerusikan TH sehinggalah Perdana Menteri menemui pengganti yang lebih profesional. 

Pilihan kedua, jika anda meneruskan juga niat menjual aset tanah TH itu, saya mencadangkan anda meletak jawatan serta-merta kerana anda gagal mempertahankan agenda umat Islam di TH.

Salam hormat,

Al-Azharri Siddiq,
Pennyslavania, USA.
Mei, 26, 2015.

Artikel terdahulu di sini

8 Komen:

Anonymous said...

Sangat setuju dengan ulasan anda. Keep it up.

Anonymous said...

Setuju,

jgn jadi bodoh!!! said...

pembetulan..Ah jib gor yang suruh jual..Azeez plak ugut jgn bising klu jual pada bukan Islam..

Anonymous said...

Azeez patut bertanggungjawab, Adakah Azeez memberi gambaran yg kelam kabut kepada PM? Sbg org yg dipercayai PM, nyata Azeez mengkhianati kepercayaan PM..

Anonymous said...

TH membeli tanah itu utk membina service apartment setinggi 40 tingkat bukannya utk disimpan dan dijual kemudiannya. INI kerana ia sebahagian dari master plan TRX. Baki 69 ekar lagi ITU mesti juga dibangunkan mengikut master plan tetapi hingga kini kerja kerja tanah pun tidak siap lagi. Hanya Lease Lend sahaja yg telah menandatangani MoU dgn 1MDB RE utk membangunkan Retail Quarter. Mengikut jangkaan, pendapatan dari projek TH tersebut akan mula diperolehi dlm tempoh 10 tahun. Siapa kena sediakan infra? Bagaimana dgn permintaan service apartment dikawasan tsb dalam masa hadapan?

Major developer TRX adalah 1MDB RE. Adakah ia mempunyai kemampuan utk menyiapkan projek tsb dgn segala reputasi buruk Dan masalah menyelubungi parent companynya 1MDB? Jika 1MDB RE memerlukan pembiayaan atau Pinjaman, ia akan perlu memberikan corporate guarantee dari parent companynya. Siapa kah yg akan menerima guarantee dari 1MDB? Justeru dapatkah TRX disiapkan mengikut jadual? Jangan jadi seperti Plaza Rakyat. Pada saya lebih baik TH membeli hartanah siap (completed properties) yg diperuntukan utk Bumiputra tetapi tidak ada takers di lokasi lokasi yg strategik.
Sebenarnya TH telah ditawarkan utk membeli tanah di TRX pada tahun 2013 tetapi menolaknya. Projek TRX dilancarkan pada 2012. Tetapi tiba tiba pada April 2015 TH bersetuju membeli tanah tersebut bahkan diberikan diskaun jika membayar penuh (lump sum) harga jualan ....ini tidak mengikut prosedur yg lazim. Mengapa 1MDB begitu terdesak memerlukan wang tunai dgn segera sedangkan keseluruhan projek TRX mengambil masa lebih 10 tahun?

Anonymous said...

Kalau jual semula kpd Melayu ok kot...

Anonymous said...

kalau org Melayu mau jual kasi sama saya ma, kami cina boleh bayar cash, amacam?

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Tkaseh kepada pembaca dan semoga komentar anda berguna kepada pembangunan negara dan rakyat kita. Saalam hormat.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan