Mantan Menteri Kewangan Dan Bisnesman Yang Berjaya |
ISU
Tabung Haji Properties (THP) Sdn. Bhd. iaitu sebuah anak syarikat kumpulan
Tabung Haji melabur ke atas lot tanah Tun Razak Exchange (TRX) di kawasan
segitiga emas di Kuala Lumpur telah menjadi isu yang besar khususnya di
hari-hari terakhir PRK Permatang Pauh.
Bermacam-macam
tuduhan dibuat kononnya wang pendeposit Tabung Haji digunakan.
1.
Jika kita memeriksa (update) buku Tabung Haji sekarang, adakah wang simpanan
kita berkurangan? Jika tidak berkurangan, maka benarkah wang simpanan kita
telah digunakan?
Nota: Sehingga artikel ini ditulis belum ada pendeposit Tabung Haji membuat laporan polis mengenai kehilangan wang simpanan mereka di dalam Tabung Haji.
Nota: Sehingga artikel ini ditulis belum ada pendeposit Tabung Haji membuat laporan polis mengenai kehilangan wang simpanan mereka di dalam Tabung Haji.
2.
Adakah Tabung Haji gagal menguruskan jemaah haji pada tahun ini disebabkan
kekurangan wang?
3.
Adakah Tabung Haji gagal membayar apa-apa kos jemaah haji seperti penginapan,
makanan, pengangkutan, dan lain-lain bayaran menunaikan haji di Mekkah dan
Madinah?
3.
Adakah Tabung Haji gagal memberikan dividen keuntungan daripada pelaburan
Tabung Haji dalam 11 bidang pelaburannya?
4.
Apakah beza Tabung Haji membeli ladang sawit di Sumatera dengan membeli lot
tanah di TRX? atau apakah beza Tabung Haji membeli hartanah di Kota Kinabalu dengan membeli lot
tanah di TRX?
Mari
kita senaraikan bidang pelaburan kumpulan Tabung Haji melalui anak
syarikatnya:-
1.
BIMB Holding Sdn. Bhd.
2. TH
Propertes Sdn. Bhd.
3. TH
Alam Holdings (L) Inc.
4. TH
Plantations Sdn. Bhd.
5. TH
Hotels and Residence Sdn. Bhd.
6.
LTH Property Investment (L) Inc.
7.
Theta Edge Berhad
8. TH
Marine Sdn. Bhd.
9.
LTH Property Holdings 2 Limited
10.
THC International Sdn Bhd
11.
TH Estates (Holdings) Sdn Bhd
Rakyat
perlu diberitahu bahawa rupa-rupanya Tabung Haji memiliki 11 anak syarikat
pelaburan di mana keuntungannya sudah pasti disalurkan kepada pendeposit Tabung
Haji melalui pembayaran dividen dan bayaran tambahan untuk menunaikan ibadah
haji.
Kesimpulan
1.
Oleh kerana Tabung Haji Properties terpaksa tunduk kepada spin pihak
pembangkang dan orang lain, saya ingin mencadangkan agar Tabung Haji Properties
menjual tanah itu semula kepada dua orang. Saya tidak bersetuju jika ianya dijual semula kepada orang bukan Melayu.
Pertama
adalah kepada Tun Daim Zainuddin, mantan Menteri Kewangan Malaysia. Beliau
adalah seorang ahli bisnes yang berjaya dalam bidang perumahan dan harta
tanah.Beliau layak membeli lot tanah itu. Lagipun beliau mantan Menteri
Kewangan, orang kepercayaan Tun Dr. Mahathir, seorang Melayu dan Muslim. Saya juga percaya, Tun Daim tidak perlu meminjam wang untuk membeli lot tanah tersebut.
Jika
Tabung Haji Properties menjual kepada Tun Daim, saya juga yakin kritikan Tun Dr.
Mahathir akan terberhenti.
Walaupun
pada mulanya saya terfikir nama-nama lain seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al
Bukhary dan Tan Sri Azman Hashim. Tetapi saya berfikiran, Tun Daim orang yang
paling layak membelinya atas kapasiti 'keyakinan kepada diri' yang tinggi.
Barangkali Tun Daim pernah berhajat memohon untuk melabur di kawasan tersebut tetapi tidak kesampaian, maka inilah masanya kerajaan memberi peluang kepada beliau sekali lagi. Kerajaan perlu mengingati jasa-jasa beliau yang terdahulu.
2.
Kedua, jika Tabung Haji Properties tidak hendak menjual lot tanah pelaburan itu
kepada Tun Daim atas alasan lain, bagaimana jika Tabung Haji Properties
menjualkannya kepada saya pula. Sudah tentu saya memerlukan sokongan kerajaan
dan pinjaman bank untuk membeli tanah tersebut. Adakah kerajaan tidak boleh
membantu saya? Sudah lama kerajaan tidak mencipta jutawan Melayu melalui dasar
DEB sebagaimana suatu masa dahulu?
Anggaplah
cadangan ini adalah serius. Saya tidak menyindir sesiapa.
Saya pun mahu mencuba bidang baharu dalam hidup saya, yakni bidang perniagaan harta tanah. Saya pernah mencubanya dengan membeli sebuah rumah di ibu kota Kuala Lumpur dan menjualnya semula dalam tempoh tertentu, nampaknya keuntungannya sangat lumayan.
Saya berharap Tabung Haji Properties mempertimbangkan cadangan ini. Terima kasih.
15 Komen:
Saya baru tau TH ada 11 anak syarikat, sy ingat TH tu jer..
buat apa jual kpd Tun Daim dia sudah kaya raya, jual dgn u ler hang jgn pulak lupakan i ne sebab sokong u tau
why not...
good reading, ya why not.!
Macam mana nak jual pada diamdiam, dengar khabarnya tabung dia kat luar negara tu pun dah mula bermasaalah,nak minta tolong local institution ambil alih,tapi dapat jawapan 'no way'.Itu yg bengang sangat tu, agaknya.Macm mana tak bermasalah ,awak bukan tahu meniaga duit,hanya tahu meniaga garam dan mercun itu pun sikit-sikit dan rugi lak tu.
Najib tersilap, eloknya dia jual Putrajaya untuk bail-out !MDB, bukan TH. Lagi pun kan ker Putrajaya tu Mahathir yang bina, elok lupuskan....
Jutawan melayu yang berjaya boleh kira dengan jari tak ramai. Marilah kita kurangkan nombor tu supaya orang melayu boleh berbangga tengok tak de jutawan melayu. Puak Politik bolehlah mengkaya diri dan tambah bilangan bodoh.
Saya pun nak juga tanah tu... bodoh TH tu pi jual semula, tunggula naik harga baru jual, ini bab bisnes la bro knp nak jual hanya kerana kena spin...
Saya nak gak hehe...
Knp nak bagi Daimmm dia sudah terlampau kaya...
Adakah u sindir Tun Daim? or u sindir TH?
Saudara saya adalah bisnesman yg tak la kaya sangat, jika TH boleh jual lot tanah itu kepada org seperti kami bumiputera lagi bagus sebenarnya. Saya memang nak drpd TH jual skrg dgn harga yg rendah walaupun untung sedikit, tak bolehkah TH jual pada masa harga meningkat, alang2 beli jualla semula dengan harga yg menguntungkan...kalau TH nak dgr cerita kosong pembangkang tu or Tun Mahathir, sampai bila2 pun tak akan habis isu di Malaysia ne..yg baik pun mereka boleh burukkan malah org lagi suka dengar benda buruk sekarang tanpa selidik betul2..
I need the land, can u buy then sale it to me...wauw money money money.
Jual dgn i ler tuan, sy pun nak kaya juga ne, boleh i bantu org melayu org Islam.
Sama je penyamunnya
Post a Comment