TUJUH PILIHAN KEPADA DS NAJIB DAN TUN DR MAHATHIR

on Sunday, May 17

Seseorang telah menghantar emel kepada saya dan berkata, "saya ingin berkongsi kepada kepimpinan UMNO beberapa perkara untuk difikirkan". Saya rasa pengirim emel tersebut orang besar yang sudah berpencen. Saya fikir elok dikongsikan kepada anda semua.

Katanya UMNO mempunyai dua pilihan untuk mengatasi kemelut antara DS Najib dengan Tun Dr. Mahathir. Pertama anda memilih Hawkish (helang) / konfrantasi, atau yang kedua Dovish (merpati) / rundingan.

Nampaknya sekarang kepimpinan UMNO memilih pendekatan pertama. Maka akan ada 2 kemungkinan akan berlaku. PertamaUMNO bersatu dan bertambah kukuh atau yang keduaUMNO berpecah dan bertambah lemah.

Saya kurang selesa dengan idea di atas. Saya mencari seseorang yang berpengalaman untuk mendengar pandangannya. Orang besar juga. Hasilnya, disimpulkan bahawa sebenarnya idea di atas kelihatan sangat bodoh. Berperang adalah idea yang tidak bijak.

Ramai orang lupa, kerana terpedaya dengan sentimen dan doktrinisasi 'musuh-musuh perpaduan' di dalam media. Katanya lagi, sebenarnya majoriti anak-anak muda yang ditemui sayang kedua-duanya. Mereka sayang DS Najib dan juga Tun Dr. Mahathir. 

Mereka rasa kecewa kerana tidak ada pemimpin UMNO dan Melayu berusaha untuk membawa kedua-dua pemimpin ini berunding.

Ianya sangat membimbangkan, pendirian berkonfrantasi boleh membawa bencana yang besar! Orang putih kata, "It is very-very worrisome, confrontational stance could be disastrous".

Kepada DS Najib dan Tun Dr. Mahathir, mari lihat apa pilihan yang ada:-

1. Anda ingin memenangi perdebatan atau menang PRU14?

2. Anda ingin memenangi perdebatan tetapi kalah dalam PRU14?

3. Kurangkan perbahasan, dan boleh menang PRU14?

4. Anda sebagai Presiden UMNO dan menjadi Perdana Menteri Malaysia?

5. Anda sebagai Presiden UMNO dan menjadi Ketua Pembangkang yang baru?

6. Anda memenangi pertempuran tetapi anda kalah dalam peperangan?

7. Kata orang putih, "look the tree, not the wood'!

Nota: Pada April, 14, 2015 saya telah menulis hal ini juga. Anda boleh membacanya di sini bertajuk 'Orang Tengah'.

Salam dari jauh,

Delaware,
New Jersey, USA.
Mei, 16, 2015.


4 Komen:

Anonymous said...

nice reading sir

kak radi said...

Ya.. sy teramat setuju dgn artikal tersebut diatas,apa gunanya memanjangkan pertelengkahan tiada siapa yg akan menang dn tiada siapa yg akan rugi. Yg akan terkulai layu adalah umat bangsa melayu dn UMNO sendiri.

Anonymous said...

Saya dah pening! Ditambah lagi dgn peranan manusia sekeliling, trmasuk blogger yg bukan menjernihkan keadaan... tapi tambah simbah minyak. Pening org politik tak sama dgn pening org bawahan. Org bawahan peninh dok fikir cari makan, suap rezeki utj anak bini. Pening org politik bersilat pasal nak tegakkan kuasa sendiri. Tun M mendakwa, najib menjawab. Yg menanya mcam singa, yg menjawab macam rimau. Sudahnya tak selesai2... akhirnya pening yg dapat.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terimakasih kerana memberi komentar, semoga komentar anda memberi kebaikan kepada negara kita.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan