 |
Salah Satu Aktiviti Senaman Pagi Di Kem BTN |
Berikut adalah ucapan mantan Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Dato' Shagul Hamid Abdullah semasa Kongres Patriotisme Remaja (2008). Ianya sangat panjang, tetapi saya petik ucapan di dua mukasurat terakhir untuk tatapan massa, kerana sesuai dengan isu semasa yang sedang hangat dperkatakan sekarang. Saya tidak mengedit ucapan ini, saya mahu pembaca membaca yang ori.
...Budaya
negara kita ini menganggapkan bahawasanya seseorang itu walaupun apa saja darah
keturunannya, bercakap Melayu, beragama Islam, bertutur bahasa Melayu, maka dia Melayu. Itu sebab orang Melayu macam-macam rupa sekarang, hitam legam pun ada, putih kuning
langsat pun ada, macam-macam rupalah, hidung mancung, hidung kemek sebagainya,
semuanya ada.
Semua kaum mempunyai
toleransi yang tinggi serta tahu had dan pantang larang dalam pergaulan
seharian. Itu yang Pak Lah kata tadi, ‘..yang kau buat benda yang bukan-bukan
tu buat apa?”. Don’t you have better things than rasing it the sensitive
issues? Rakyat sanggup berkorban. Sudah lama kita berkorban masing-masing dalam
pelbagai aspek. Maka sebab itulah kita dapat kecapi keamanan dan kestabilan.
Tanpa kestabilan, sukar bagi kita melaksanakan pembangunan negara.
Tetapi
tuan-tuan, kita juga perlu ingat, look at round the world, we just looking
around ourself. Syok la, syok sendiri. But look outside. Bukan semua
perkongsian kuasa dalam dunia ini berjaya seperti kita.
Contohnya di Lubnan, there
was a deal, treaty with kristian and muslims, share power. Cristian Presiden,
muslim prime minister. How long did will last? And today they still in war.
Cyprus, before British Colonization, Cyprus benar-benar duduk di bawah Othman
Empire, tapi datang British dia jajah, dia keluar saja, dia kata half to Kish,
and half to Greek. Lepas itu bergaduh. Agaknya sekarang dah damai sikit. Maybe
they were found the sulotion. They have to decided to share.
Filipina, datang
‘mat saleh’ they decide, and Amerika said I take the north, and you take north Borneo. Dia cakap dengan ‘mat saleh’. American dengan
Spanish and Britain
they decided draw a border. That border they not take in the account, tidak
mengambil kira sosio budaya.
Hari ini baru kita tahu rupa-rupanya selatan
Filipina bekas jajahan Sulu semuanya orang Islam. Sampai sekarang bergaduh
lagi. Sedangkan kerajaan yang berpusat di utara semuanya Kristian Katolik. Oleh
kerana mereka tidak berkongsi kuasa dengan bijaksana, mereka berperang sampai
sekarang. Hingga jemput pula askar Amerika menembak buat military exercise di
selatan, kononnya menembak rubber bullet, tapi orang yang mati tu tak kena
rubber.
That’s a case in Sri Lanka
today, Iraq, Fiji, so many
example. Jadi ramai pemimpin dan penjawat awam dari negara lain datang sini,
datang CID, datang kursus di INTAN, datang banyak-banyak kursus MTCP program
dan bertanya...”what your secret, Can tell us. How come you so stable?”. What’s
your answer?
The answer is kerana kita mengamalkan Sistem Demokrasi Raja
Berpelembagaan, yang mengambil kira latar belakangnya, sejarahnya, keadaan
majmuknya dan semuanya sudah ada. Integriti.
Maka sebab itulah, saya Cuma ingin
mengingatkan di sini, sebab itulah di akhir-akhir ini kita semua telah tahu,
dalam youtube, tak youtubenya, yang berlaku dalam internetnya, dalam
suratkhabarnya, macam-macam. There is still a law, we are still in operation
today return here as a post state.
Pada tahun 1971, pindaan telah dibuat pada
Perkara 10 dengan memasukkan Fasal (4). Fasal ini membolehkan parlimen membuat
undang-undang melarang mana-mana pihak mempersoal/mengungkit hak dan
keistimewaan yang dijamin oleh Perlembagaan khususnya soal kerakyatan. Nobody
can question whose citizenship. Pendatang tak pendatang whather rakyat ke tak
rakyat. Cannot question.
Isu bahasa, tak boleh dipersoalkan (Perkara 152).
Kedudukan istimewa orang-orang Melayu (Perkara 153) tak boleh disoalkan dan
kepentingan sah kaum serta kedaulatan raja-raja tidak boleh disebut-sebut. This
law is still operation. Tapi gamaknya in
1969, so far away now remote, so many in this hall were born long after 69, we
don’t understand what is all about. And people is forgot that the law is still
operation.
Dasar
wawasan negara tuan-tuan, saya mengatakan bahawa Malaysia bijaksana. Perkataan yang
digunakan ialah bijaksana. Kita telah membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang
berkongsi kuasa dan sekarang ini mengambil kira deminsi baru, mengambil kira
keadaan baru di mana kita mengahdapi globalization kita membuat dasar wawasan
negara baru tetapi kita ada ancaman.
I like to give you a an idea what
globalization all about. (Tayangan gambar di skrin). Pernah tengok kartun ini?
Ini lagi lucukan? Giant Wristler lawan wristler yang kerdil. Macam itulah, big
bank masuk ke Malaysia,
tutup Bumiputera Bank. Kena bergabung bank-bank yang kecil untuk melawan
gergasi besar ini. That what is globalization. It’s also about.
Dan ciri-ciri
runtuh sempadan, kepantasan aliran maklumat, melalui internet dari sini masuk
satu tiub satu negara, satu dunia boleh tengok, warganegaranya sendiri
memperlekehkan lagu negara sendiri dan G7 cuba mendominasi dunia. Kalau
campur dengan Rusia jadi G8. And what about this?(Gambar). Ex-presiden bank
dunia? Dengan Dick Channey, Mark Broxsawyer dan Norman Mascot. Before I finish
I want to show you this vedio. You want watch a video? (Tayangan video).
Baik
saya terus sebab kita tak cukup masa. Pergi ke hujung presentation saya. Sebagai
penutup saya,merangkumi apa yang sudah saya sampaikan tadi. Video tadi
menujukkan challengers of the era globalization.
Syarat-Syarat Patroitisme
Maka mengambil kira scenario
yang telah dipersembahkan tadi tentang latar belakang dan keadaan semasa kita,
sekarang ini cabaran-cabaran kita; agenda politik kita ialah apabila sebut
patriotic seharusnyalah orang yang mahu meneruskan perkongsian kuasa antara
kaum secara bijaksana dengan menitikberatkan perpaduan. That’s number one.
Syarat-syarat patriotisme.
Kedua, patriotik maksudnya kita sanggup meneruskan
menyokong penerusan Dasar Pembangunan Negara dengan tumpuan khas dengan
memastikan ekonomi pribumi meningkat seiring, sama tinggi dengan lain-lain
kaum.
Yang ketiga, sebagai seorang yang patriotik kita harus menyokong supaya memupuk
semangat perpaduan yang kuat yang mampu melawan daya tarikan budaya etnik
masing-masing agar akhirnya satu Bangsa Malaysia dapat dibentuk seiring
degnan teras-teras perlembagaan dan kepelbagaian budayanya.
Soalnya, Sudahkah Malaysia
menjadi sebuah negara yang cukup matang semua, rakyatnya matang melahirkan satu
sistem yang adil lagi sofistikated serta dihormati oleh semua warganegara? Atau
boleh diperbaiki lagi.
Adakah benar semua warganegara Malaysia ini
mahu mengamal peradaban sofistikated yang diperlukan bagi membina negara?
*Nota : Pembaca yang ingin mendapatkan ucapan penuh Dato' Shagul Hamid Abdullah, mantan Ketua Pengarah BTN di atas boleh memohon melalui emel kepada saya di alamat jentayu.abaka@gmail.com
Boston, USA, Jun,21,2015.