BUGIS SABAH, BUMIPUTERA YANG DICEMBURUI

on Wednesday, June 3

Artikel pendek ini sangat memalukan untuk dibaca kerana hasil kerja yang semberonoh, membabi buta dan tanpa sumber rujukan. Malah ianya membuat orang lain ketawa besar kerana blog itu bertajuk anti fitnah Sabah, malangnya mereka sendiri menabur fitnah. Ia sangat-sangat memalukan diri mereka sendiri.

Jika kita merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan yakni sebuah undang-undang tertinggi di Malaysia, yakni mana-mana undang-undang di dalam negara kita tidaklah boleh melebihi ketertinggian daripada tafsiran oleh Perlembagaan Persekutuan. Perkara 161 menyatakan 

b) berhubung dengan Sabah, seseorang yang merupakan warganegara, ialah anak atau cucu kepada seorang daripada suatu ras asli bagi Sabah, dan telah lahir (sama ada atau tidak pada atau selepas Hari Malaysia) sama ada di Sabah atau dengan bapanya berdomisil di Sabah pada masa kelahiran itu.

Mengikut tafsiran di atas (sila juga baca perkara 160 dan 161 yang lengkap), dibaca juga Ordinan Sabah (Definisi Native dan Bumiputera)(1952)(1992) amatlah jelas bahawa orang Bugis yang sudah wujud di Sabah sebelum Sabah merdeka (1963), atau semasa Borneo Utara diperintah oleh kerajaan Belanda, atau semasa Borneo Utara diperintah oleh Kerajaan British (1946), Baron Von Overbeck (1877) dan Syarikat SBUB (1882), atau semasa Borneo Utara diperintah sebahagian besarnya oleh Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu dan Kesultanan Bolongan, maka orang Bugis di Sabah ketika itu dan keturunannya sehingga ke hari ini jika dilihat daripada aspek sejarah adalah bumiputera Sabah malah berstatus anak negeri Sabah. 

Anda juga perlu membaca catatan sejarah dari sumber Filipina bahawa pada tahun 1520/1521, angkatan pahlawan Bugis telah bersama-sama dengan angkatan bersenjata Kesultanan Sulu bersatu menghalau penjajah. 

Malahan, semasa Kerajaan British memerintah Borneo Utara orang Bugis telah diiktiraf sebagai salah satu anak negeri Sabah. Mungkin anda tidak pernah membacanya di Arkib.

Pemberhentian pemberian status anak negeri Sabah kepada masyarakat Bugis hanya berlaku ketika Sabah diperintah oleh parti BERJAYA apabila Ketua Menteri ketika itu mengubah tafsiran anak negeri dan bumiputera Sabah yang menjadi isu besar ketika itu. 

Sejarah tidak akan pernah berbohong, di mana masyarakat Bugis telah diangkat sebagai Ketua Daerah Tawau semasa pemerintahan kerajaan Belanda(1870). Manakala penempatan pertama di daerah Tawau juga dkenali dengan nama Kampung Bugis Tawau (1870-1915).

Sekiranya ada masyarakat lain lebih majoriti, lebih dominan dan lebih dipercayai ketika itu oleh pemerintah, sudah tentulah mereka akan diangkat sebagai Ketua Daerah. Contohnya, mengapakah tidak dilantik Ketua Daerah Tawau daripada kaum lain pada ketika itu (1870)? Jawapannya tentulah kerana kaum itu hanya wujud dan majoriti di bahagian atas Duke Of Kent menuju ke arah pantai barat North Borneo. 

Kekeliruan berlaku kerana segelintir pihak tidak mengetahui sejarah pemerintahan North Borneo dengan tepat dan terperinci, apatah lagi sentimen perkauman yang masih tidak hilang menyebabkan mereka turut menjadi buta hati, buta sejarah dan cemburu buta.

Kekeliruan juga timbul kerana ramai tenaga buruh dari negara Indonesia sengaja dianggap orang yang sama dengan masyarakat Bugis Sabah yang telah menjadi rakyat Sabah sejak sekian lama. Walhal, mereka sangat berbeza dari segi bahasa, kebudayaan, pemikiran dan sebagainya.

Ianya bukanlah pelik, kerana masyarakat Cina Sabah dengan Cina Indonesia yang ramai menetap d Sabah juga berbeza walaupun sama bangsa. Termasuklah kaum-kaum lain yang berasal dari negara Indonesia, Filipina, Australia, New Zealand, Singapura, Timor Leste, China dan Jepun tetapi sudah menjadi Bumputera Sabah kerana proses kahwin campur, asimilasi dan undang-undang walaupun mereka datang ke Sabah tidaklah seawal kewujudan masyarakat Bugis Sabah.

Pendek kata, kepada empunya blog, sebelum membuat tuduhan yang tidak betul kononnya orang Bugis Sabah hanya datang ke Sabah bermula tahun 1960an, eloklah membuat bacaan terlebih dahulu supaya artikel anda lebih kredible, tidak diketawakan dan tidak memalukan.

Saya telah menulis banyak mengenai Bugis Sabah sebagai pencerahan dan disertakan dengan sumber rujukan. Anda boleh membacanya semula sini , sini dan banyak lagi seperti di sini . Malahan saya turut membantu memberi cadangan kepada DSP Pairin Kitingan dalam isu-isu yang berkaitan seperti ini

Kesimpulannya, blog http://www.fitnahsabah.com/2015/06/kaum-bugis-bumiputerakah-bukan.html sangat memalukan penulisnya untuk dibiarkan terpapar di situ kerana ianya menunjukkan hasil kerja yang semberonoh, malas membaca, apatah lagi tiada kajian dan tiada sumber rujukan.

Sekiranya tidak ditarik balik dan dibiarkan di situ, maka bertambah-tambahlah nilai kedunguan penulis itu malahan blog itu akan turut  sama terpalit menanggung kedunguan yang berpanjangan. Kalaulah artikel itu diberikan kepada Profesor sejarah berbangsa KDM di Unversiti Malaya, saya bimbang ia dibakulsampahkan. Saya sangat kasihan.

Aramaiti.

Salam dari jauh,

Pennyslavania, USA,
Jun, 2, 2015.


15 Komen:

Anonymous said...

Masih wujud juga org mcm tu ya, mcm budak tingkatan 1 saja tulisannya, mahu kasi batu api saja dia tu

Anonymous said...

OTAK KARABAU BAH TU DIA

Anonymous said...

Cemburu buta, buta sejarah, buta hati memang ngam betul kau bah kalau menulis menikam di dalam kalbu bah... bukan certa kosong macam itu antfitnahsabah kepala otak udang

Anonymous said...

Artikel yang sunnguh BERNAS dari Aramaiti! BUMIPUTERA MELAYU BUGIS adalah anak jati Sabah - tak perlu mempertahankan diri dari FITNAH-KEPARAT yg. sengaja dibangkitkan oleh EJEN-EJEN PENGGANAS PEMISAH Sabah/Sarawak, yg. diTAJA Barat/Zionis yg. berpusat di SingaPORK itu!

Cita-cita PENGGANAS ini utk. MENYATUkan SingaPORK dgn. Sabah/Sarawak yg. kaya minyak-gas cuba dicapai dgn. strategi utama, MENAFIkan KEWUJUDAN, KEDUDUKAN dan HAK kaum BUMIPUTERA ISLAM/MELAYU Sabah/Sarawak yg. termasuk suku kaum Bugis, Bajau, Brunei, Sulu, Irranun, Melanau, Bidayuh dsbnya; apalagi di Sabah, yg. menyertai UMNO.

Di Sarawak, malangnya, UMNO tidak dibenarkan bertapak di sana dan BUMIPUTERA ISLAM Sarawak cuba dihasut untuk berpecah-belah baru-baru ini dgn. cubaan MENGHAPUSkan identiti BUMIPUTERA, melalui penyatuan di bawah identiti kaum Dayak (yang majoriti adalah Bumiputera Bukan Islam)!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Mereka mmg lebih gemar memutar belitkan fakta demi mencapai hasrat..dan pada masa yg sama mereka takut dengan bayang2 sendiri...

Anonymous said...

Org kdm tidak boleh mendakwa diri mereka 100% Sabah kerana sejarah membukti org KDM tidak wujud di kaw Tawau semasa zaman kesultanan Bolongan, Kesultanan Sulu dan zaman pemerintahan Belanda. Kalau di sebelah KK memanglah ramai

Kedua, bila muncul istilah Kadazan? dalam rekod sejarah hanya ada orang Dusun dan Murut sahaja, tetapi Kadazan adakah nama itu wujud tahun 1900?

Jadi janganlah mempersoal bangsa org lain kalau sejarah bangsa sendiri pun ada kelemahan di Sabah.

Hendaklah kamu akui orang Kadazan dan Dusun adalah berbeza! Kalau tidak percaya tanyak mu sama org Dusun yg lama2. Sebab itulah PBS dengan UPKO dengan PBRS tidak boleh duduk bersama sebab mereka lain-lain kaum sebenarnya.

Betulkah saudara penulis?

Anonymous said...

Ndakda skul itu penulis antifitnahsabah, bikin malu saja urang Sabah,

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

tk pembaca dan pemberi komen.

nia lisa said...

Kalau kau jadi bumiputra kau comform berjaya dunia akhirat kah sappo..ko tngok dlm penjara tu byk org bumiputra tu..ko tngok rumah ko lg mewah banding org bumiputra..kereta ko lg mahal dr bumiputra..pendidikan ko lg tinggi dr bumiputra..di malaysia ni yg pnting kita berusaha dan jgn buat jenayah,maka ada jalannya kita maju..kau sangka itu opu 5 brsaudara dtng johor langsung jadi rajakah minta diiktiraf oleh melayu..tidak..mereka pakai falsafah bugis mksr ujung lidah ujung anu dan ujung badik..mereka berusaha..mereka beri sumbangan tenaga dan nyawa mereka..mereka juga ikat tali darah melalui perkhawinan dgn raja tempatan..bukan dgn cara mendesak..sabar sappoku,guna lah pendekatan yg bijaksana jika mahukn sesuatu..berani tidak mnjamin kejayaan jika tidak ada kebijaksanaan dan ingatlah dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung..insyaallah org lain akn menyenangi kita..

nia lisa said...

Fakta sejarah mmg seharusnya mnjadikn suku bugis tersenarai dlm etnik bumiputra sabah..tapi dimana silapnya kita sehingga status itu hilang..adakah tokoh masyarakat bugis kita dahulu kurng pngetahuan,atau mereka tidak mahu campur dgn etnik majoriti kerana merasa 'darah bugis ini matanre dari suku lain',ataukah pemimpin kita dahulu sibuk dikandang sabung ayam,ataukah sibuk melancong di tanah ogi cari bini baru..sekarang pun kita boleh lihat jika pm najib dtng maka etnik lain lebih menonjol mnyambut,pemimpin bugis pula dirumah macam tunggu undangan maklumlah darah matanre..sejarah singapura menunjukkn bagaimana melayu bugis yg dahulunya pneroka awal kini dipintas oleh orang Cina yg kini mnguasai politik dan ekonomi..amat lah memalukan jika melayu bugis singapura skrg sibuk melolong mngatakan sejarah mereka lebih dahulu brkuasa dan harus diutamakn dlm segala hal..

nia lisa said...

Kita harapkan orang lain iktiraf kita..tapi sebelum itu tercapai adakah kita anak bugis sudah iktiraf diri kita sbg anak bugis yg tahu bahasa bugis,tulisan bugis,budaya bugis..identiti suku kiita sendiri belum cukup kuat untuk dilihat oleh org lain..org sabah tidak tahu macam mana itu tarian bugis,macam mana itu adat perkhawinan bugis..yg diorang tahu bugis itu kalo kawin wajib ada dangdut..makanan bugis yg tertonjol cuma burasak..PKBS seharusnya lebih giat mngangkat identiti dan budaya bugis..jangan hanya lagu dangdut jakarta yg melekat dgn org bugis..
..

MOHD SHAHRUDDIN said...

Bangsa merah ka bangsa kuning ka..bangsa putih..
hanya allah pilih yg paling bertaqwa dan beriman...
..jadikan islam sebagai hala tuju hidup barulah bangsa tu kuat..

Aku Kasturi said...

Bugis itu pelopor bangsa melayu..yg menjadi masalahnya ada segelintir masyarkat yg mengaku kononnya tanah sabah ini milik mereka dan melabel bangsa lain sebagai pendatang sbb cetek akalnya tiada adatnya. Apa kata sedar diri dulu, bukan mahu banggakan bangsa cuma ada sedikit ketidakadilan, bugis itu bangsa berdaulat, punya adat.

Anonymous said...

Setahu sya bagis memang pintar dan berjimat cermat akhirnya menjadi kaya raya

Lily Slafariena Liew Abdullah said...

suka baca tulisan ini....
trim ksih atas tulisan informatif ini..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan