KESALAHAN YANG MEMALUKAN: TARIK BALIK BUKU SEJARAH PPPM & PT3

on Thursday, June 18

Muka Hadapan Buku Sejarah PPPM & PT3 Sejarah

Buku Pembelajaran Holistik PPPM & PT3 Sejarah di atas adalah untuk kegunaan murid-murid tingkatan 1, 2 dan 3. 

Sebagaimana yang kita ketahui, sistem pelajaran di negara kita mengalami transformasi penting dengan pengenalan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) menggantikan PMR yang telah bermula pada tahun lalu (1 Julai 2014).

Muka hadapan buku tersebut jelas sangat padat dengan pelbagai informasi dan gambar, sudah tentu bertujuan untuk menarik minat murid-murid kepada subjek Sejarah.
Kesilapan Besar

Walau bagaiamanapun, saya sangat kecewa kerana terdapat kesalahan besar yang tidak sepatutnya berlaku dalam hal-hal berkaitan sejarah tanah air. 

Amat mengecewakan malah ianya boleh menjadi isu besar di Sabah kerana Donald Stephens atau nama Islamnya Tun Mohammad Fuad Stephens adalah pejuang kemerdekaan Sabah yang bersama-sama menubuhkan penubuhan Persekutuan Malaysia (1963), malah pernah menjadi TYT Sabah (1973-1975) dan Ketua Menteri Sabah (1963-1963 dan 1976). Amat malang buku yang tersebut di atas melakukan kesalahan yang amat besar itu. Penulis, penerbit dan pencetak perlu bertanggungjawab!

Gambar di atas adalah wajah Tan Sri Simon Sipaun, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (1988-1993) dan ahli Suruhanjaya Hak Asas Malaysa (SUHAKAM) sepanjang tahun 2000-2010. 

Itu bukan gambar Donald Stephens@Tun Muhammad Fuad Stephens. Saya tidak dapat membayangkan apakah akan terjadi kepada murid-murid sekolah sekiranya ada soalan yang berkenaan kelak dalam PT3. Sudah pasti ianya boleh mengundang kes mahkamah.

Gambar sebenar Donald Stephens@Tun Mohammad Fuad Stephens adalah seperti di bawah.
Tun Mohammad Fuad Stephens
Tarik Balik
Saya mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) supaya menarik balik buku tersebut daripada pasaran. Ianya adalah salah dan menganiaya pelajar. Kesalahan itu sememangnya patut dibayar dengan harga yang mahal. Saya percaya kesalahan tersebut amat memalukan penulis buku tersebut, tetapi sudah pasti menimbulkan kemarahan di Sabah.

Penulis, penerbit dan pencetak perlu segera menyelesaikan isu besar ini kerana ianya kesalahan fakta yang besar. Ianya boleh menjadi isu besar di Sabah. Malahan, kesalahan itu akan memberi implikasi negatif yang lebih besar khususnya dalam usaha kerajaan memupuk perpaduan nasional melalui matapelajaran Sejarah.

7 Komen:

Anonymous said...

ya buku itu mesti ditarkbalik dari pasaran, menganiaya budak sekolah

Anonymous said...

SALAM BRO,APA KERJA PEAGAWAI-PEGAWAI DI KPM TERUTAMA DI BAHAGIAN BUKU TEKS ? MAKAN GAJI BUTA KE ?

Anonymous said...

Memalukan sistem.pendidikan negara

profit said...

Menteri pendidikan letak jawatan sekali dengan ksu nya.....buta sejarah

Anonymous said...

salam bro..tiada apa2 artikel berkenaan ITP dan EPW..PM umumkan utk kenaikan ITP sahaja...EPW tiada walhal dalam 26/3/2015..menteri dah keluarkan kenyataan seperti di bawah di bernama

KUALA LUMPUR: Kadar baharu Elaun Perumahan Wilayah (EPW) akan diumumkan dalam masa terdekat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata ia bagi mengurangkan beban hidup penjawat awam dari Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung dan sebaliknya.

"Kita (kerajaan) akan umumkan perubahan ini secepat mungkin... dua, tiga bulan lagi atau dalam masa terdekat," katanya ketika menggulung perbahasan menjujung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi JPM pada persidangan Dewan Rakyat, Khamis.

Beliau berkata kadar elaun berkenaan tidak pernah disemak semula sejak 2002.
Dalam pada itu, beliau berkata semakan semula elaun tetap anggota Dewan Negara dan Dewan Rakyat sedang disenarai untuk bacaan kali kedua.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Assalamualaikum WW dan Salam Sejahtera,

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana membaca dan memberi komen, Sungguh ramai pembaca artikel ini.
\
Saya telah juga mendapat feedback drpd pihak KPM bahawa buku di atas bukannya Buku Teks. Ianya buku rujukan yang dbuat sendiri oleh penerbit buku itu sendiri. Buku itu juga tidak diperakui oleh Bahagian Buku Teks, KPM.

Kita berharap penerbit buku tersebut menarik balik buku tersebut di pasaran kerana ianya akan mengelirukan murid-murid. TK.

Anonymous said...

Negara tidak pernsh dijajah...hahaha

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan