PERLANTIKAN SYED ALI, SIGNAL NAJIB SUDAH BERSEDIA ROMBAK KABINET

on Tuesday, June 23

Perlantikan Datuk Syed Ali AlHabshee sebagai Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNB), perlantikan semula TS Syed Hamid Albar sebagai Pengerusi SPAD dan sebelumnya perlantikan DS Azalina Othman sebagai Pengerusi FINAS membuktikan DS Najib sudah bersedia untuk membuat rombakan kabinet.

Saya telah menulisnya di sini bulan lalu dan jumlah pembaca sangat ramai.

Memandangkan Tun Dr. Mahathir tidak lagi menyerang DS Najib selepas kali terakhir di akhbar The New York Times, memandangkan juga pihak pembangkang semakin kehabisan maklumat menyerang 1MDB, saya lihat suasana tenang ini perlu dimanafaatkan oleh Najib untuk memperkemaskan lagi pasukan kabinetnya.

Isu menteri yang tidak bersama Perdana Menteri telah juga didiamkan, tetapi ia tidak bermakna menteri itu tidak boleh ditukar kepada orang yang lebih bagus. Jika dia tidak mahu meletak jawatan kerana menyayangi jawatannya dan mengetahui kesan buruk kepada politiknya, saya fikir itu hal peribadi bukan hal rakyat. Najib mesti mempunyai kekuatan untuk menukar sesiapa sahaja yang tidak lagi boleh bersamanya demi kebaikan rakyat.

Pertama, rakyat mahukan menteri atau timbalan menteri yang tidak memporak-perandakan fikiran rakyat dengan statements yang mengelirukan rakyat. Dasar kerajaan yang bagus menjadi tidak bagus di mata rakyat apabila menteri atau timbalannya memberi respon yang kelihatan tidak matang. 

Kedua, rakyat mahu melihat pasukan kabinet yang bersatu, bukannya berpecah-belah. Menteri yang tidak bersama PM walaupun satu orang, ianya menjejaskan keseluruhan pasukan kabinet itu. Rakyat akan melihat ianya satu pasukan kabinet yang lemah.

Ketiga, Najib perlu melantik golongan profesional untuk mentadbir kementerian yang kritikal. Tidak semestinya wakil rakyat sahaja boleh menjadi menteri atau timbalan tetapi kepakaran golongan profesional di luar sana amat penting untuk menguatkan pasukan kabinet dan mendapat sokongan rakyat. Datuk Abdul Wahid Omar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) satu contoh yang terbaik.

Keempat, tukar segera menteri atau timbalan yang sering mengeluarkan kenyataan tidak bijak. Kita memerlukan menteri-menteri seperti Datuk Mustapha Mohamad, Datuk Husni Hanadzlah dan sebagainya yang konsisten setiap kali berhadapan situasi sukar.

Kelima, Najib perlu berani melantik lebih ramai golongan muda supaya idea-idea kumpulan muda tidak terabai. Khairy Jamaluddin dan A. Rahman Dahlan antara contoh menteri muda yang sesuai pada zaman dan keadaan sekarang.

Keenam, golongan agama perlu diberi kedudukan yang istimewa di dalam kabinet. 

Ketujuh, lantik wakil rakyat PAS pro UG sebagai menteri penuh. Barangkali dimulakan dengan perlantikan DS TG Hj Hadi Awang sebagai Menteri Hal-Ehwal Agama. UMNO mesti menunjukkan kesungguhan yang mendalam, kerana TG Hj Hadi telah berjaya membuang kumpulan penentang pro UG dalam Muktamar PAS baru-baru ini. 

Malahan TG Hj Hadi juga memberi sokongan terbuka kepada Najib dalam isu 1MDB. Jika Tun Razak boleh menyatukan PAS dengan UMNO, saya yakin Najib juga berupaya. Tidak perlulah lagi bekerjasama di belakang tabir, elok terus sahaja di depan tabir. Itulah kemahuan rakyat.

Anda mungkin ada pandangan yang lebih baik. 

12 Komen:

jgn jadi bodoh!!! said...

bernas..tp jibby takkan berani

Anonymous said...

good idea..tp abg noon nak letak mana.. kluaq sg.buluh hancur ler jibby

Panglima Perang said...

Suka dgn pandangan perlu ambil pasukan dari Pas.. tapi kalau lantik presiden Pas sendiri,l tampak radikal. Tp who knows. PAS juga hanya perlukan pendirian pemimpin Umno dlm hudud. So umno leaders Must giv support on hudud. In fact,hudud adalah baik dan ia adalah Hukum Allah yg dipertanggungjawabkan kpd kita.amin

kiasfansuri said...

amin.

Anonymous said...

Bagus Pak Najib lantik kamu juga bah, kamu sudah banyak tolong Pak Najib sejak PRU13, kita di Sabah pun mau ada satu wakil macam kamu bah..ini kalilah

Anonymous said...

SANGAT SETUJU NO 7

Anonymous said...

Aaamiin yg ke 7

Anonymous said...

Semoga Bangsa Melayu kukuh bersatu menentang musuh Islam yang nyata, DAP.

Anonymous said...

Sangat bersetuju dan lupa orang sabah

Anonymous said...

Aku dah lama tak sokong Jibby.

Anonymous said...

Saya setuju bawa masuk Hj Hadi dalam kabinet, good idea

Anonymous said...

Dulu cina boikot Melayu jual limau CNY

Pernas di boikot pada tahun 70an dulu. Sanggup sampai tak berlimau dan ribuan tan dibiar busuk. Tak boleh langsung Melayu masuk biznes cina.

Sekarang Melayu kena boikot cina cuba tipu Melayu jual kueh dari China YANG DIKHUATIRI GUNA LEMAK BABI ....

Memang kesian pada sesetengah Melayu yang dapat masuk program Giant tapi Melayu ini hanya diperguna.

Malah Giant cuba tipu kata Giant kepunyaan Syed Mokhtar. Kalau betul, terima kasih tapi bohong ...

BOIKOT KUEH RAYA JUALAN GIANT DAN ECONSAVE! JANGAN MASUK BIZNES BARANGAN KELUARAN MELAYU!!!

SOKONG PENGELUARAN MELAYU!!! THEUNSPINNERS.BLOGSPOT

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan