REPUTASI NAJIB DI AMERIKA SYARIKAT, PEGUAM TIDAK BERSETUJU

on Saturday, June 20

Saya baru pulang dari University Havard dalam sesi lawatan sambil belajar. Saya juga sempat melawat pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang sedang menjalani kursus keusahawanan di Babson College, Boston. 

Walaupun matawang Ringgit Malaysia jatuh berbanding USD sekarang, namun kerajaan masih berkemampuan menghantar pelajar ke USA dalam pelbagai bidang. Ianya tidak terganggu. Pelajar-pelajar Malaysia di sini bijak menyesuaikan diri dengan suasana matawang Ringgit Malaysia jatuh.

Saya ucap tahniah khususnya kepada pihak JPA, MARA, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Khazanah dan sebagainya kerana memberi keutamaan kepada aspek pendidikan untuk melestarikan pembangunan negara.

Seperti kata Gabenor Terbaik di Indonesia beberapa kali, dalam Syarahan Perdananya di UKM di sini, sesebuah negara dan bangsa itu hanya boleh maju apabila rakyatnya memiliki pendidikan yang baik.

Di Amerika Syarikat, reputasi DS Najib sangat berbeza berbanding momokan sesetengah pihak di dalam negara. Dalam satu perjumpaan pemimpin muda Asia bersama Presiden Obama, seorang wakil pembangkang dari negara kita cuba membuat soalan provokasi kepada Presiden Obama, namun jawapan Presiden Obama disimpulkan begini, "Malaysia sebuah negara demokrasi yang baik, kita mesti menghormatinya". 

Kehadiran kali kedua Presiden Obama ke Malaysia semasa Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur bulan Oktober,2015 nanti membuktikan betapa hubungan diplomatik USA-Malaysia sangat baik. Ianya amat mustahil dirosakkan hanya dengan sebuah tulisan.

Peguam Tidak Bersetuju
Rata-rata pelajar Malaysia yang saya temui di sini mempunyai pandangan kenegaraan yang bagus tetapi kritikal. Seorang peguam muda dari sebuah universiti elit di Pennyslavania berkata, dia sangat tidak bersetuju campurtangan asing dalam hal ehwal negara kita walaupun terdapat beberapa kelemahan.

Begitu jua dalam aspek ekonomi, saya telah menulis pandangan-pandangan mereka di sini termasuk di sini. Mereka sangat berharap kerajaan akan memberikan perhatian.

Saya fikir kemelut sebenar negara bukan kepada Najib, tetapi di Selangor dan koalasi Pakatan Rakyat. Rata-rata suratkhabar di luar negara memberi liputan sangat jelek kepada perpecahan Pakatan Rakyat di Malaysia, kerana sebelum ini berbulan-bulan mereka memomokkan keburukan Najib, akhirnya menimpa diri mereka sendiri.

Soalan pertama, adakah kita sudah bersedia dengan idea Lim Kit Siang supaya sebuah "Pakatan Baharu" diwujudkan untuk menyelamatkan Malaysia? 

Perkara kedua, saya sangat terkejut dengan ulasan Mohamad Sabu ke atas TG Haji Hadi di sini. Tergamak sungguh Mat Sabu!

Selamat Berpuasa 
Dan Selamat Berhari Minggu.

University City,
Philadelphia PA,USA, 
Jun,20,2015.















5 Komen:

Anonymous said...

Nice reading...keep it up!

jgn jadi bodoh!!! said...

xpa biarkan..kepimpinan kita yg baik oleh Ah jib gor dah fikir semua..tgk mcm mana kita selesaikan isu antarabangsa mcm mana spt MH370,MH17,LAHAD DATU,PEMERDAGANGAN MANUSIA DI PERLIS,PEMBINAAN KETENTERAAN DI LAUT CHINA SELATAN OLEH CHINA...semuanya berakhir dgn kejayaan dan kita dipandang TINGGI di mata dunia..kita lebih dipandang tinggi dari Malaysia di zaman Tun M dimana kita digelar negara anti yahudi dan tersenarai dalam 10 negara yg diberi perhatian Amerika dan disanjung tinggi oleh blok2 kuasa dunia..alhamdullilah hujung tahun ni OBAMA datang lagi..tahniah Ah jib Gor kita dah jadi sekutu rapat USA paling rapat dr bekas2 PM terdahulu..tahniah jgn lupa TPPA..kita bakal mngecapi keindahan hidup di Malaysia..

#ilovebaculPM

Anonymous said...

Sy pikir masa dan keadaan tak bepihak kpd Tun M dalam sengketa dgn DSN. Apatah lagi TG Hj Hadi, TG Haron Dn memberi sokongan kepada DSN. Tak mungkinlah TG Haron Din bukan insan yang buruk sifatnya berbandng orang lain. Biasanya org Melayu dan Islam akan memberi lebih sokongan kepada Ulama berbanding org lain.

Juga sy lihat, apa yg Tun M lakukan semasa memerintah dulu kpd pembangkang dan penentangnya, kini da pula la yg merasainya, hukum karma gitu...

bagi sy rakyat biasa, mana yg baik sy sokong, nampak kerajaan ada kelemahan tetapi tak logik la jika semuanya buruk kan...

Piece Yo..

Anonymous said...

nampak keadaan skrg berpihak kpd DSN...org2 kuat Dr M dulu semua dah sokong DSN skrg

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terimakasih kerana memberi komen, semoga memberi kebaikan kepada negara.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan