SAMBUNG SEMULA RUNDINGAN PROJEK UG PAS-UMNO YANG TERGENDALA DAHULU, JANGAN BUANG MASA

on Tuesday, June 9

Sambung Semula Projek UG PAS-UMNO
Terlebih dahulu, saya secara peribadi mengucapkan Tahniah kepada TG DS Hj Hadi Awang dan TG Tuan Mat Tuan brahim kerana telah terpilih mengemudi saf tertinggi PAS untuk sesi 2015/2017. Begitu juga Pemuda dan Muslimah yang turut dimenangi oleh kumpulan team Ulama.

Kemenangan besar team Ulama ini telah mencetuskan suasana yang menggembirakan dan menceriakan. Kemenangan team Ulama di dalam PAS akan mempermudahkan lagi projek UG yang telah tertangguh sejak 2008.

Tiada siapa bisa menafikan projek UG baik di kalangan pemimpin tertinggi UMNO mahupun PAS. Usaha mencari titik pertemuan antara UMNO dengan PAS telah pun didedahkan oleh mantan Timbalan Presiden PAS di sini dan sini. Juga katanya, bahawa DAP itu kafir harbi di sini.

Malah pendedahan bekas Exco PAS Selangor ini sangat jelas di sini. Di sini lebh jelas.

Beliau menyatakan usaha menggerakkan UG PAS-UMNO dibuat selepas mendapat restu daripada kepimpinan tertinggi PAS pada tahun 2008. Namun, ianya patah di tengah jalan kerana peranan kumpulan Anwar dan pro-DAP dalam PAS ketika itu telah mengalahkan ramai pemimpin team ulama.

Ketika itu, dua pemimpin tertinggi PAS iaitu Datuk Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Dr. Hassan Ali telah disingkirkan daripada barisan kepimpinan PAS. 

Namun, Allah SWT Maha Adil dan kini memberi sekali lagi petunjuk dan peluang kepada PAS untuk menjayakan projek UG PAS-UMNO. Team Ulama yang pro UG PAS-UMNO telah menyapu bersih seluruh kepimpinan PAS dari Pemuda, Muslimah hinggalah kepada barisan Tertinggi PAS.

Perdana Menteri telah menyambut baik kemenangan team Ulama dengan ulasan penting akan membuahkan sesuatu yang lebih positif. Manakala pertemuan TG DS Hj Hadi Awang dengan TS Muhyiddin Yassin di Kota Kinabalu memberikan gambaran yang jelas.

Penilaian Buruk DAP Kepada PAS
Sementara itu, keputusan Muktamar PAS memutuskan hubungan dengan DAP hanyalah prosedur sahaja. Hubungan itu sudahpun putus. Majlis Syura PAS memberikan 9 sebab memutuskan kerjasama dengan DAP.

DAP bukanlah parti memujuk. Lim Guan Eng berkata, ahli-ahli PAS yang meletak jawatan di dalam kerajaan Pulau Pinang tidak pun memberi apa-apa kesan kepada DAP. Ada pun tiada kesan, tiada pun tiada dihirau. Itulah penilaian DAP kepada PAS.

Kesimpulan
Kepimpinan PAS bersegeralah menyambung semula rundingan dan projek UG yang tergendala tempoh hari. Jangan buang masa lagi.

Nama-nama besar seperti DS TG Hj Hadi Awang, TG Datuk Dr. Haron Din, Datuk Mustapha Ali dan lain-lain yang terlibat dalam projek UG PAS-UMNO dan rundingan dahulu bolehlah menyambung semula rundingan mereka yang tergendala.

Pesan DS TG Hj Hadi Awang, "UMNO bukanlah Firaun..."






1 Komen:

Anonymous said...

Seburuk buruk Ahli Syahadah ada juga nilainya di sisi Allah swt.
Sebaik baik yg bukan ahli syahadah tiada sedikitpun nilainya di sisi Allah swt.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan