TANAH TABUNG HAJI: AHLI PARLIMEN UMNO DAN PAS SENADA, GHAPUR SALLEH SEMAKIN MATANG

on Tuesday, June 16

Ahli Parlimen BN dan PAS Senada
Pada 26 Mei, 2015 yang lalu saya telah menulis surat ini kepada Pengerusi Tabung Haji. Pada hari ini, saya menerima berita dari tanah air, ahli-ahli Parlimen Malaysia turut senada dengan saya supaya pelaburan Tabung Haji Properties (THP) ke atas tanah TRX itu tidak dijual.

Saya gembira kerana ahli-ahli Parlimen Malaysia semakin matang di mana persepsi politik tidak boleh dijadikan asas untuk mengurus kerajaan dan negara. Termasuklah ahli Parlimen PAS turut memberi sokongan supaya THP mengekalkan pelaburan mereka di TRX itu.

Oleh yang demikian, Tabung Haji sebagai pemilik THP hendaklah bersikap matang dan tidak emosional ketika berhadapan dengan serangan bersifat politik. Urusan perniagaan perlu diurus dengan pengurusan profesional yang berkualiti, dalam hal ini Tabung Haji telah membuktikan pengalaman mereka mengurus pelbagai segmen perniagaan dengan berjaya.

Oleh yang demikian, saya sekali lagi mendesak Tabung Haji supaya membatalkan apa-apa transaksi atau pun perjanjian dengan mana-mana pihak yang berminat untuk memiliki tanah Tabung Haji di TRX.

Komen Segera Pengerusi Tabung Haji
Pengerusi Tabung Haji mesti memberikan ulasan segera dengan perkembangan terbaharu ini. Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini di sini , bahawa anda mempunyai dua pilihan, membatalkan penjualan tanah Tabung Haji atau anda meletak jawatan. 

Anda tidak sepatutnya berkompromi dengan para spekulators dan politikus palsu dengan membiarkan agenda umat Islam di dalam Tabung Haji tergadai oleh mainan persepsi dan politik mereka. 

Tidakkah anda belajar apa yang DAP sedang lakukan kepada PAS sekarang khususnya di Pulau Pinang, dan Selangor tidak lama lagi? Umat Islam menjadi mangsa politik, diberhentikan dan dipecat hanya kerana perbezaan politik! Walhal Kerajaan Persekutuan tidak pernah memecat sesiapa pun walaupun mereka berbeza fahaman politik! Adakah anda mahu Tabung Haji jadi begitu kerana persepsi politik?

Kepada DSP Ghapur Salleh dari Kalabakan, saya mengucapkan tahniah dan syabas kerana anda kelihatan semakin bersifat negarawan kepada negara. Walaupun saya jauh di perantauan, tetapi saya memberi perhatian yang berat kepada perkembangan politik dan kerajaan di negara kita.

Saya juga mengucapkan tahniah kerana anda berjaya mengumpulkan 40,000 rakyat di Tawau untuk menyerlahkan sokongan kepada Perdana Menteri menghadapi onak dan duri, ranjau berpolitik. 

Saya percaya sudah sampai masanya kita bersatupadu dalam kepelbagaian. 

Salam dari jauh,

Persiaran Harvard University, 
Boston, USA,
Jun, 16, 2015.






1 Komen:

Anonymous said...

Tolak sana rakyat bayar tolak sini rakyat bayar . Untung rakyat sana rugi rakyat sini :- 100 +100 -100 =100, saya tak nampak pun ada tambahan nilai kepada pelaburan rakyat / negara ni.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan